Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

WAHM, jadikan diri kita fleksible

Teks: Dalila Yusof 
Bismillahirahmanirahim...

Antara petikan dalam ebook sumber Super WAHM Super Mom, ubah rutin jangan terkongkong dengan gelaran WAHM, Jadikan diri kita fleksible.

Wahm (work at home mom) Ibu bekerja di rumah.
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah. Jangan terikat apabila bergelar wahm, kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja kita dari masa ke semasa.
Usahawan sepenuh masa
Apabila kita sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama masih boleh bekerja di mana-mana sahaja, dan kebebasan sebenar masih boleh urus dan ada pejabat dari rumah.
Ubah kebiasaan
- Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada. Jadikan ia fleksibel mengikut kesibukan kita.
Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.
- Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat.
Saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.
- Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat.
Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu memberi perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.
sumber ebook Super wahm Super mom


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Tuesday, April 14, 2015

Motivasi tinggi, WAHM

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Motivasi yang cukup tinggi memang amat diperlukan apabila bekerja dari rumah. Huih, macam-macam nak buat, sampai rasa nak pengsan. Ini ulasan daripada WAHM dalam bab 3, ebook super wahm, super mom

"Motivasi dalam diri sangat penting. Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan.

Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha."

Farah Hafizah.

promosi bulan april ini


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof


Thursday, April 9, 2015

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan



Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan
1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan. Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.
Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.
Setelah kestabilan dicapai, baginda juga mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.
baca selanjutnya dalam ebook 101 idea home based bisnes

A user's photo.

Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com


sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Wednesday, April 8, 2015

Rekod setiap urusan jualan


Rekod. 

Keterujaan menjual juga menyebabkan ada usahawan suri yang membenarkan hutang. Ingat ini, tidak ada pembayaran, maknanya tidak ada barang. Barang akan dikeluarkan dari stok, apabila sudah berlaku transaksi, dan sudah ada bukti pembayaran. Ada banyak kes, pelanggan yang kata sudah bayar tetapi tidak ada bukti transaksi.

Mungkin hanya kes-kes tertentu sahaja, contoh pelanggan setia yang kita sudah tahu kejujurannya. Tetapi rekod dan bukti pembayaran itu sangat penting.

Sumber: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Sunday, April 5, 2015

Tips Suri berkerja dari rumah jaga emosi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tips suri bekerja dari rumah: Jaga Emosi
1. Ketika anak sedang melalak, pelanggan bertalu-talu tanya order. Bertahan dan bertenang sahaja. Pelanggan tak nampak pun kalian tengah cemas kiri dan kanan. Jawab sehabis baik, atau tinggal lima minit baru sambung. Bimbang nanti apa yang kita tulis berbaur emosi, pelanggan tak jadi beli.

2. Bersedia dengan apa sahaja risiko. Salah satu risiko biasa, pelanggan mahu esok sampai esok juga, walhal baru tu dia bayar. Sabar juga, jawab dengan baik dengan jujur.

3. Jangan menyalahkan sesiapa. Berusaha memperbaiki keadaan, siapa pun tidak salah, kadangkala ada perkara berlaku diluar kawalan kita. Belajar untuk bersabar dan menangani masalah. Nama pun pengurus rumah tangga dan pengurus online kan, urus sahaja masalah itu dengan baik.

4. Kata kunci di sini, jaga emosi, sabar, usaha luarbiasa.. Ini pula panduan hebat tak hebat cabaran bekerja di rumah kisah benar boleh baca di sini

baca selanjutnya dalam ebook superwahm supermom



Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Tips Mula bisnes tanpa modal.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...



Mula bisnes tanpa modal (tanpa pinjaman)
Boleh atau tidak mula bisnes tanpa modal. Ya paling dan sangat disarankan bagi kalian yang baru mula dan ingin pecahkan tembok 'ada pinjaman baru ada modal'. Ada wang modal baru boleh mula. Ini salah. Sedangkan banyak cara kita boleh mula tanpa modal, kalau ada hanyalah modal minima, zaman IT begini, internet dan komputer sahaja. Macammana kalau tak ada modal. Ok, berkut 10 cara paling mudah dan pastikan kalian dengan konsisten boleh buat dan praktik.
1. Simpanan tetap secara bulanan.
Ok, sekarang kalian sekarang masih bekerja, sudah ada dalam fikiran mahu memulakan bisnes online secara sambilan. Tetapi tidak ada produk lagi dan rasa mahu ada modal dahulu. Mulakan dengan simpanan tetap secara bulanan. Katakanlah, hujung tahun depan baru mahu mula. Kita kumpul dahulu modal minima secara tetap. RM50 X 10, bersamaan RM500. Kalau RM100 X 10 bulan maksudnya RM1000, kalau RM200 X 10 bulan maksudnya RM2,000.
Modal RM500, RM1000 dan RM2000 adalah sangat cukup.
Jika bekerja masih bekerja, letak dahulu modal ini dalam satu tempat yang tidak diusik. Konsisten seperti biasa modal ini. Jika surirumah boleh mula dengan berapa banyak peruntukkan yang suami sudah beri.
2. Gunakan apa yang ada. Komputer dan internet.
Ok, baik sekarang tidak ada modal, tetapi ada komputer dan internet sahaja. Jika belum ada, kos untuk komputer dan internet paling minima RM3K, jadi boleh gunaan berdikit dahulu simpan modal asas seperti ditunjukkan di atas. Sudah ada RM3K, dapatkan komputer dan internet. Saya percaya hampir setiap rumah kini sudah ada internet dan komputer.
Sekarang, bagaimana pula menggunakan kemudahan ini. Iaitu komputer dan internet. Kalian perlu ada paling asas adalah face book. Mula daftar dengan face book. Satu akaun khusus untuk peribadi, satu lagi akaun fan page untuk kedai.
Empat langkah sahaja.
-Komputer dan internet
- Buat akaun fb, peribadi dan fan page
-Cari produk tanpa keluar modal
-Mula masukkan gambar, promosi dan jual.
Baca selanjutnya dalam ebook 101 idea home bisnes

 Untuk menempah: 

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Wednesday, March 25, 2015

Perbezaan surirumah dan surirumah yang bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirrahmanirahim..

Apa beza ya suri yang bekerja dari rumah dan surirumah?


Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.
Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.
Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.
Tepis pandangan ini secara positif
Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.
Dapatkan pakej ebook ini sekarang pada harga RM30 sahaja! 
Untuk pembelian, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof


Thursday, March 12, 2015

Tips memilih tempat bersalin










Memilih pusat bersalin adalah salah satu cara mendapatkan rawatan yang sesuai berdasarkan bajet ibu hamil. Berikut beberapa perkara yang perlu anda lihat dalam senarai perbandingan hospital besalin. 
• Rawatan sepanjang kehamilan
• Pakar perbidanan yang berkelayakan dan diiktiraf
• Kakitangan dan juru rawat yang cekap dan bertoleransi
• Pemeriksaan selepas bersalin
• Pemeriksaan kesihatan (v sign)
• Penjagaan bayi dan penyusuan
• Penjagaan selepas pembedahan
• Penjagaan lanjutan kes perubatan
• Menawarkan pakej perbidanan tradisional contohnya urut tradisional selepas bersalin dan penjagaan semasa berpantang.
• Khidmat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin
Penjagaan ibu selepas bersalin amat penting demi kesihatan jangkamasa panjang ibu dan menjamin suami bertambah sayang.
Rawatan termasuk mandian serum semulajadi, urutan regangan, bertungku, barut dan bengkung, berbedak, berpilis, sapuan minyak dan lain-lain.
• Menawarkan pakej rawatan spa seperti sauna, refleksologi, urutan badan, jakuzi selepas ibu habis pantang 44 hari.
 

Bismillahirahmanirrahim. Suri sekalian yang menanti hari sedang bersalin dan bpantang. Sudah dibuka jualan ebook dengan harga kasih sayang RM30 sahaja.
-Tawaran ini sehingga 30 Mac 2015
-Harga selepas ini RM60 untuk 2 ebook.

-Beli ebook 44 reisipi berpantang, dapat satu lagi ebook panduan rawatan 44 hari berpantang secata tradisional dan moden.
-Bayar di sini dan isi borang di bawah
Langkah 1: Boleh buat pembayaran dahulu dalam akaun saya (sila whatsaap 019-3229480 untuk no akaun)
Langkah 2: Isi borang ini
http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/borang-tempahan-kelas-online.html
Langkah 3: Emailkan ulasan ebook 44 resipi ke dalilayusof86@gmail.com, kami akan email ebook bonus
Tawaran ini harga promosi ini bakal tamat 30 Mac 2015

Resepi 44 hari berpantang



Bahagian 1: Menu Nasi
1.     Nasi Herba
2.     Nasi Goreng Lada Hitam
3.     Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4.     Bubur Nasi Ulam
Bahagian 2: Ikan
5.    Ikan Bilis Herba Istimewa
6.    Ikan Bilis Lada Hitam
7.    Ikan Gelama Bakar
8.    Ikan Kembung Bakar
9.    Ikan Parang Masak Pindang
10.   Ikan Selar Panggang
11.   Ikan Selar Rebus Halia
12.   Ikan siakap Kukus Halia
13.   Ikan Tenggiri Singgang
14.   Sup Ikan Haruan
15.   Sup Ikan Merah
Bahagian 3: Daging
16.   Daging Lada Hitam
17.   Singgang Daging
Bahagian 4: Ayam
18.   Ayam Organik Bakar
19.   Ayam Organik Bakar Halia Muda
20.   Ayam Organik Lada Hitam
21.   Ayam Organik Masak Tomato
22.   Sup Ayam Kampung
Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
23.Kailan bertauhu
24. Kerabu Pegaga
25.Pisang Kebatu Rebus
26.Sawi Lada Hitam
27.Sawi Rebus
28.Sup Sayur Campur
29.Tempe Goreng Istimewa
30.Tumis Sawi Herba
31.Halwa Halia
Bahagian 6: Minuman Herba
32. Air Halia Muda
33. Air Kunyit
34. Air Rebusan Pegaga
35. Jus Halia Kurma
36. Rebusan Manjakani
Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange
Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang
Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang

Beli ebook 44 resipi pantang sekarang, boleh dapat bonus ebook panduan berpantang. Hanya berharga RM 30 untuk 2 ebook. Tawaran akan tamat hujung bulan ini.  Kelebihannya, boleh muatturun ebook dalam hp pintar anda dan dibawa di mana sahaja. 


hubungi saya untuk pembelian ya: 
whatsapp: 019-3229480


Thursday, February 12, 2015

Bab 11: Perkonsian Pengalaman

Bab 11: Perkongsian Pengalaman


Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi. 

Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata. :) Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnes

Ini pula

Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja dari rumah.
Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu, saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada saya untuk berada di lokasi sentiasa:
- SOP (standard operation procedure)
- Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
- komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja. Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada saya untuk beroperasi.
Untuk saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel.

Saya peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini, pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah kecantikan bekerja dari rumah. 

Perkongsian Puan M

Siapa mereka, kalian boleh baca dalam naskah ebook 101 idea home-based bisnes ;)

Hanya RM 50 sahaja, 
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com

Thursday, January 29, 2015

Apa itu SOHO

Bab 6: Apa itu SOHO

Bab 6: Operasi Dari Rumah


 Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
               Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
               Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
 Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
            Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

SOHO moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
               Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
               Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.

Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Miliki sekarang!

Bayar di sini Bayar di sini, RM50 (pn.masayu@gmail.com)



sudah terbit versi ebook!
30.11.2013

Bayar di sini 

Bayar di sini, RM50 (dalilayusof86@gmail.com)

http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/borang-tempahan-kelas-online.html


Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi Pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat pelanggan Online

Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Bayar di sini 

Bayar di sini, RM50 (dalilayusof86@gmail.com)

http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/borang-tempahan-kelas-online.html