Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

Mana tumpahnya kuah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim..


"Kina, tolong ambilkan air untuk akak. Akak hauslah. "
" Ameklah senini, ish akak ni. " rungut Kina tapi masih tolong bawakan air.
" Aishah, tolong buangkan sampah ni. " pinta Kina.
Ibu minta tolong kakak buat sesuatu, nanti kakak minta tolong Kina buat sesuatu. Kemudian, Kina pun minta tolong Aishah buatkan sesuatu. Nanti, Aina besar sedikit, Aisyah mintak tolong Aina buat sesuatu. Apa yang ibu buat kat anak-anak itulah yang diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Anak-anak belajar dengan mengikut bukan mendengar arahan.
" Mana tumpahnya kuah kalau ke nasi, kalau ke lantai dah membazir. "
hu..hu..

Saturday, April 1, 2017

Tadah telinga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


" Ibu kat sekolah tadi kan..pot pet..pot pet.. Ibu dengar tak ni?. " bersungguh-sungguh anak-anak bercerita samapai sahaja di rumah.
Tadah jelah telinga, walaupun kita tengah pening nak buat kerja. Latih diri dengar anak bercerita setiap hari, biasakan mendengar. Suatu hari nanti anak dah sibuk dengan dunia mereka. Kita pula rindu dengar bebelan mereka. Apa lagi kalau kita ni dah biasa 24 jam dengan anak-anak lagi rindu menebal.
Waktu kecil anak ni lah, kita akan sibuk nak cari duit nak cukupkan makan minum, pakaian dan pendidikan anak-anak. Tapi singkat sahaja masa anak dengan kita, tu jelah masa kita nak didik, belai dan canai anak-anak ikut acuan yang kita nak. Penat tak penat harung jugalah. Anak-anak kan amanah. Boleh ke tak boleh perlu buat sehingga boleh.

Latihan Memasak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Latihan memasak
Kadang-kadang perasan juga, apa yang kita masak. Anak-anak suka, tapi orang lain tak suka. Biasanya bapak budak la mengada-ngada. Sampai buat muka tunjuk perasaan baru makan. Yelah, mana la boleh lawan masakkan kat kedai makan, yang hari-hari masak yang serupa. Mestilah beza dengan orang yang masak nak cepat asal kenyang sudah. Yelah Cik Aina kuat mengamuk, kalau dia dah berkepit, bukan senang nak merempit.
Tapi bila anak-anak dah biasa makan masakan kita. Barulah mereka nak makan penuh selera. Kata kuncinya bukan sedap tak sedap. Rajinkan diri masak di rumah, biasakan anak dengan masakan kita. Masakan atau hasil tangan kita ada nilainya, ibarat cap jari. Tak sama walau di mana pun. Kalau kita pesan makanan di kedai belum tentu serupa dengan masakan ibu kita.
Apabila anak dah dewasa, biarlah anak rindu sangat dengan masakan kita. Masakan kita akan jadi penguat kasih sayang anak-anak kat kita.Yang penting rajin masak bukan soal sedap atau tak sedap.Jadi ibu ni kena gigih belajar masak sampailah sedap. Kata omputih "Praktis make perfect. " Tak pandai belajarlah sampai pandai.
Teringat pesan ayah
"Kau malas la masak kat rumah, nanti laki kau minum kat kedai je. Janda kat kedai makan lawa-lawa. "
Ayah cukup marah kalau mak duduk lama-lama kat rumah anak. Katanya rindu masakan mak.
Hu..hu..

Friday, March 31, 2017

Cabaran menulis bah 1

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Biasanya orang selalu pesan, kanak-kanak kalau diam maksudnya dia buat projek bukan-bukan. Memang pun, Ibu masuk bilik menaip blog, anak pun senyap. Jengah sekejap, patutlah senyap dan gembira. Tiada sorang pun kacau ibu dalam bilik. Habis satu rumah disepahkan. Ibu bertukar hijau, semua pakat-pakat tolong kemas semula. 

Yang paling menarik, setiap kali baba balik sibuk bercerita betapa cantiknya mereka mengemas rumah. Tak cerita pula projek mengembur satu rumah dekat baba. Sabar jelah. 



Thursday, March 30, 2017

Ibu yang garam

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..




" Ibu ni garamlah dengan Kina, nak cari ibu barulah. " rungut Kina.

" Kina ni nakal dengan ibu, ibu pun nak cari anak baru. " usik ibu.

Semakin kuat Kina menangis, nangislah ibu kebal dengan tangisan Kina.


Cukup suka menyakat kanak-kanak riang, sekejap sahaja ibu usik selepas tu anak-anak akan ketawa keriangan.  

Kakak bermulut manis

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin kongsikan kisah si kakak yang bermulut manis.

" Ibu ni garangkan? " tanya ibu pada kakak. 

"Eh mana ada ibu baik sangat" si kakak bermulut manis dengan ibu. 



Si kakak sekarang sudah kurang menangis tetapi sudah pandai bermulut manis. Anak-anak sebenarnya belajar memahami rentak ibu mereka. Betullah orang kata, anak-anak makin besar kita rasa makin mudah. Sewaktu anak kecil, memang susah nak jaga.Tapi bergantung juga cara didikan dan tanggapan positif ibu pada anak-anak. 

Masih banyak perlu pelajari untuk mendidik anak. Cara didik anak ni tak semestinya sama macam teori di "Facebook". Pandai-pandailah nak bereksperimentasi dengan anak-anak. Fahami perangai anak-anak, dari situ boleh kawal anak-anak sendiri. Jangan lupa ibu perlu pandai psikologi dengan anak, berikan kata-kata positif pada anak-anak. Biar melekat hingga tua. 

Tuesday, March 7, 2017

Tak jawab soalan ujian

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

.
Ujian pentaksiran 1 sudah bermula di sekolah, rasa ibu pula bersekolah, jantung berdegup kencang memikirkan ujian. Anak masih tetap tenang tanpa baca buku dan ulangkaji.

" Kakak boleh jawab tak ujian tadi? " tanya ibu sambil duduk lipat baju yang menimbun-nimbun tak surut.

"Akak tak jawab soalan tadi." balas si kakak dengan penuh keyakinan di dada.

Terperanjat dengar jawapan si kakak.

" Kertas akak kosonglah, tak jawab ujian. " Dalam kepala berfikir budak ni mesti dapat markah kosong nanti.

" Memanglah tak jawab, akak tulis tadi atas kertas. " balas kakak masih dengan penuh keyakinan di dada.

Adui, budak kicik ni picit baru tau. Tak tau nak marah atau gelak. Ibu pilih gelak sekuat hati.

Detik mencemaskan depan rumah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Seorang lelaki berbadan besar memegang beg kecil, berlari termengah-mengah di hadapan rumah.
" Berhenti, jangan lari." Jerit seorang anggota polis berlari dari belakang sambil mengacukan pistol.
Apa tunggu lagi, saya pun berlari masuk dalam rumah tanpa menoleh ke belakang. Tutup pintu dan tingkap, nasib baik anak sudah duduk dalam rumah. Mengigil memeluk si kecil, nasibla anak- anak tak bermain di depan rumah tadi. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, orang bekerja kita duduk diam dalam rumah.

Kadang-kadang kita tak sangka, banyak kejadian buruk boleh berlaku di depan rumah. Malang tak berbau, harus berhati-hati di mana sahaja. Trauma nak keluar seorang tanpa suami di sisi. 

Monday, March 6, 2017

Si kakak banyak songeh

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim...


Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang si kakak yang banyak songeh bab makanan ni. Ceritanya tentang donut yang di minta oleh si kakak. Saya bangun pagi-pagi, semata-mata nak buat donut. Dah siap donutnya saya tabur sahaja gula "icing" bukan coklat seperti yang dipinta.

Apabila dia pulang dari sekolah, donut tersebut masih ada tak terusik langsung. Sanggup tahan lapar, sebab tak makan donut. Saya langsung tak bagi dia duit belanja supaya dia makan bekalnya.

"Kakak kenapa tak makan donut yang ibu buat" saya bertanya pinta penjelasan.

"Kakak nak donut coklat. Kat kantin sekolah ada jual donut letak "sprinkle". Si Sara cuba membela diri.

Petang itu, ibu buat juga donut coklat tanpa "sprinkle. Almaklumlah, kalau nak membeli "sprinkle" terpaksa ke pasaraya, kedai runcit tak jual sprinkle minkle ni. Balik dari sekolah baru dia cuba habiskan seketul donut. Konon-konon nak jaga hati ibunya.

Waktu yang paling mencabar, anak sudah pandai membandingkan masakan ibu dengan masakan kantin sekolah. Tiba-tiba rasa murung sebentar, penatnya masak anak pandai mengomel sahaja.

Sunday, March 5, 2017

Seronok ke sekolah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, hari ini saya berkongsi keletah anak ke tadika. Sudah lebih 2 bulan Kina ke tadika. Nampaknya sudah seronok belajar, cuma masih takut-takut untuk bersuara diam tiada langsung kedengaran bunyi suara.


"Ibu, cepatlah nanti semua kawan dah balik. " gesa Kina apabila lambat menghantar dia ke sekolah. 

Kalau dibandingkan 2 minggu pertama bulan januari,  menghantar ke tadika. Mukanya masam kelat, meraung dan melompat. Ada sekali, cikgu sampai main kejar-kejar nak tangkap Si Kina masuk dalam kelas. 

Sekarang dia masuk sendiri ke kelas, nasib baik kawan-kawannya juga banyak bercakap dengan dia. Hampir setiap minggu jugalah, ada jamuan hari jadi di tadika. Perkara ini, banyak juga membantu Si Kina seronok ke tadika. Cabaran sungguh apabila mahu mengajar anak sesuatu benda baru dan memasuki alam persekolahan. Tapi apabila sudah berjaya rasa lega dan gembira di hati. Ibu boleh fikir projek lain pula selepas ini. 

Tuesday, February 21, 2017

Terapi menulis surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang terapi menulis untuk surirumah. Surirumah, apabila anak masih kecil lagi, kita terbatas dengan dunia luar. Bertuah la kalau suami bekalkan internet di rumah. Kalau tak, macam katak bawah tempurung jelah.

Orang perempuan ini sebenarnya suka bercerita pot pet pot pet 24 jam, tak gitu? Kita ni kadang-kadang ada masa nak juga bercerita tentang kait, perangai anak-anak dan pasal jahitan yang kita buat tu. Kalau cerita pasal anak-anak boleh juga suami mendengar.

Cuba kalau cerita pasal kaitan dengan jahitan, mesti dia tak paham. Tulis dalam fb dengan blog ada juga yang memahaminya. Dah tulis lega sedikit kepala. Kalau tak rasa berat sahaja kepala. Nak jumpa kawan waktu anak kecil-kecil ni, dalam alam maya boleh la.

Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya





ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem

Monday, February 20, 2017

Diam itu baik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


"Anak puan sangat pendiam di sekolah." tegur guru Sara. 

Petang itu, saya meminta jadual kelas daripada gurunya. Agak terkejut juga sebab berlainan sungguh 
karakternya di rumah, bising dan ada sahaja idea untuk melawan cakap ibu. Kita boleh simpulkan di 
sini, perangai anak-anak sangat berbeza apabila berada di luar rumah.

Apabila ditanya kenapa diam di sekolah. Dia hanya mampu tersenyum sahaja. 

Satu hari, selepas menyelongkar kehidupannya di sekolah. Barulah saya tahu, kenapa dia diam sahaja di sekolah. 

"Kawan-kawan akak, selalu buat bising dalam kelas. Akak baik sahaja. " cerita Sara dengan penuh semangat.

" Oh, akak anak murid yang baiklah ya. " saja mengusik anak.

"A ah, akak diam je, kawan lelaki selalu buat bising. "

Oh, patutlah diam di sekolah. Diam maksudnya baik. Macam salah tafsiran ni.

Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya



ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem



Friday, February 17, 2017

Aisyah punya cikgu

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Aisyah punya cikgu cakap, banyakkan minum air. Cikgu tak bagi makan gula-gula. "
Aisyah bercerita dengan penuh semangat.

" Cikgu Aisyah namanya Dalila kan? " usik ibu.

" A ah, nama cikgu Aisyah , Dalila. Aisyah panggil teacher. Cikgu rotan, yang tak buat kerja pastu masukkan dalam bilik tikus. "

Aih tak sabar dah nak sekolah sampai tiru kakak punya cerita kat sekolah. Semua yang diceritakan hampir sama dengan yang kakak-kakak cerita dekat ibu. Pandai dia olah sedikit bagi nampak cerita dia. 

Wednesday, February 15, 2017

Zaman kanak-kanak yang membosankan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Zaman kanak-kanak sekarang membosankan, tak macam zaman mak dia dulu. Panjat pokok, berlari tengah panas, main masak-masak, main batu seremban, dan banyak lagi. Banyak sangat kongkongan, jangan itu jangan ini. Yang boleh youtube, ipad dan tv kononnya nak bagi anak baik dan diam nampak comel.

Bahaya juga kalau anak ini dibiarkan 24 jam bermain ipad, kadang-kadang cerita Elsa pun ada cerita lucah dalam youtube. Rancangan televisyen pun banyak cerita kartun mat salleh saja. Memang bagus cerita barat, tapi budaya mereka pula diserap dalam kepala anak-anak tanpa kita sedar. Anak-anak akan menyerap 100% cerita yang ditonton. 

Macam-macam kes penculikan berlaku, takut sangat nak bagi anak main walaupun depan rumah. Salah satu sebab anak melawan, mereka tak bebas bermain dan bereksperimentasi. Mereka belajar daripada bermain dan keluarkan peluh dengan aktiviti fizikal. Kesian anak-anak dan kejamnya ibu. Zaman sekarang zaman paling mencabar, dengan kes pedofillia dan sindiket penculikan kanak-kanak. Zaman anak-anak terasa sangat mencabar. 




Friday, February 10, 2017

Anak nakal

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari itu mengadu dengan mak, tentang kenakalan anak-anak.
"Kau pun nakal dulu Dila, macam tulah kau masa kecil dulu. " balas mak.
Rasa macam baik je dulu, nasib baik mak tak sempat tulis diari kenakalanku. Kalau tak mesti boleh baca sekarang. Mesti ada persamaan dengan anak-anak waktu kecil. Nasib sempat tulis buku resepi sahaja.
Nanti nak kumpulkan catatan keletah anak-anak, bolehlah buat pengubat rindu waktu anak dah dewasa.

Adik terpinggir

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof
Bismillahirahmanirahim...


"Kakak ni, main dengan Aisyah la pula." jerit Aisyah sekuat hati.

"Yela-yela, akak main." balas kakak dengan muka terkejut.

Dulu-dulu, Sarah dengan Kina asyik gaduh berebut barang. Sekarang ni makin rapat pula. Kalau main bertiga mesti Aisyah macam tak wujud. Gelak-gelak berdua je, Aisyah macam "syok" sendiri sahaja.
Kalau main kejar-kejar, kakak takkan kejar Aisyah. Kakak akan main kejar-kejar dengan Kina sahaja. Aisyah berlari seorang diri. 
Anak ke tiga ni memang akan dipinggirkan ke, mesti kakak-kakak cemburu Aisyah rapat dengan ibu. Nasib baik Aina ada, tunggu Aina besar ye. Boleh bermain dengan Aina.

Tuesday, February 7, 2017

Cabaran terbesar surirumah, kepenatan

Teks: Dalila Mohd Yusof

Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum, apabila anak-anak sudah mula memasuki zaman persekolahan, ibu-ibu terutama yang menjadi surirumah sepenuh masa ini akan akan mempunyai pekerjaan tambahan menjadi pemandu tukang hantar dan jemput anak dari sekolah.

Permulaannya, Allah sahajalah yang tahu, sakit pinggang dan satu badan. Lama-lama kita dah makin biasa, barulah terasa boleh bernafas. Mungkin orang lihat kita boleh tidur sesuka hati, tapi kepenatannya memang la tak hilang.

Cabaran besar ialah kepenatan, apabila kita penat dan tak larat, kita jadi malas dan mengantuk.  Apabila tertidur, lama pula tu, gara-gara kepenatan, kadang-kadang sampai petang.

Pesan mak, apabila ada anak-anak masih kecil yang memerlukan perhatian 24 jam ini, memang penat.

     "Kalau kau fikir penat, penatlah jadinya. "

Kalau kita fikir penat, memang asyik nak rehat sahaja. Semua kerja tak menjadi. Fikir seronok, seronok jaga anak, dengan keletah nakal dan manjanya, membuatkan kita tersenyum riang. Sewaktu kita buat kerja biasakan diri berzikir, itu sahajalah kekuatan buat kita kaum wanita. Tak kiralah bekerja atau surirumah terutama melayan karenah anak dan suami.


Memendam rasa.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..






Hari itu, 2 pasang telekung semua tak siap lagi. Hanya telekung Sara sahaja sempat siap. Jadi Si Kina pakai telekung lama, tapi Si Aisyah hanya pakai tudung sahaja.

Aisyah sudah mula mencebik, tanda terasa hati. Mungkin sudah lama memendam rasa. 

" Ibu ni, asyik kakak je dapat barang, Aisyah tak de pun. "

Aisyah meraung sekuat hati. Terperanjat juga, apabila dia meluahkan perasaan. Mungkin, sebab kakak-kakak dapat beg sekolah, bekas pensil, barang-barang sekolah dan buku. Dia tak dapat, tak pernah pula, dia meraung sebegitu. Apabila pujuk dia hanya menerima. Anak diam selama ni, tak semestinya dia terima sahaja pujukan kita.




Thursday, November 24, 2016

Cuti sekolah bermula

Teks: Dalila Yusof

Assalamualaikum, Hari ni hari terakhir sekolah, si Sara. Seronokla nak cuti sebulan, ibu dah bagitau siap-siap , cuti sekolah kena tolong jaga adik dan kemas rumah. Walaupun dia adalah ketua budak nakal dalam rumah, dia juga ketua mengemas rumah. Anak sulung, semua benda adik akan ikut.

Si kakak sulung memang sudah boleh diharap, walaupun nakalnya boleh pengsan maknya. Apa perancangan anda cuti sekolah ini? Saya sibuk dengan persiapan perkahwinan adik perempuan bongsu. 



Monday, October 17, 2016

Magik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Tertekan sebab rumah sentiasa bersepah,si ibu bertanya kehairanan,
" Kenapa rumah asyik bersepah ni, baru kemas tadi? "
Selamba sahaja si Kina menjawab,
" Ini mesti magik, yelah dah kemas tiba-tiba terabur."
Kelu nak menjawab balik, budak sekarang pandai menjawab. Mungkin ibu dah lemau kot.