Showing posts with label Ulasan Kelas Online. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Kelas Online. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Testimoni Kelas Asas Blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillhairahmanirahim...

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage ~ Pn Sadiah Abdul Karim

Nama pelajar : Pn Sadiah Abdul Karim

Guru online : Zaila Mohamad

Sumber : http://sadiahabdulkarim.blogspot.com/2014/12/perkongsian-kelas-asas-blog-cikgu-zaila.html#more

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah. 

Salam perkenalan saya dengan Puan Zaila disambut mesra. Bermula dengan mengkhatamkan ebook dan seterusnya beberapa langkah penambahbaikan blog, maka lahirlah blog kesayangan saya ini. Semua bimbingan yang diberikan oleh Puan Zaila hanya melalui facebook dan wasap sahaja. Sungguh mudah. Pada asalnya, saya berhasrat menulis tema ekonomi Islam, namun disebabkan saya belum mampu memperisakan tema ekonomi Islam dalam versi santai yang mampu menarik pembaca, makanya saya telah mempelbagaikan tema blog saya termasuk diari diri, busana muslimah dan el hakeem bros. 

Puan Zaila sering mengingatkan saya supaya rajin mengemaskini blog. Ini sememangnya sangat perlu bagi individu yang culas seperti saya. Tanpa bimbingan mentor dan perkongsian rakan-rakan seperjuangan, mengekalkan momentum adalah sesuatu yang sangat mencabar. Inilah kelebihan yang sangat besar dalam akademi bekerja dari rumah ini. 

INSENTIF 
Dalam perniagaan, keuntungan material adalah insentif signifikan yang sangat-sangat mempengaruhi percaturan seseorang peniaga. Dalam masa yang sama, insentif lain seperti bertambahnya networking, kepuasan pengguna, peningkatan ilmu dan pengalaman dan lain-lain juga mampu mendorong usaha yang lebih keras dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat izin Allah, bimbingan guru online saya, Puan Zaila dan usaha keras (yang belum cukup keras sebenarnya), saya sudahpun berjaya balik modal RM180 yuran pendaftaran kelas online dalam bulan pertama (Nov 2013) juga. Berbaloi bukan? 

Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya, adat berniaga ada masa untung bersih saya meningkat dan ada masa statik. Dalam banyak keadaan, keuntungan dalam perniagaan atas talian sangat bergantung kepada promosi dan promosi yang berkesan adalah promosi yang telus. Bagi saya, promosi seperti ini sangat praktikal dilakukan menerusi blog. Dan, itulah yang diajar dalam kelas ini - menulis dengan ikhlas tentang kita dan apa yang kita jual. Teorinya, semakin kerap kita mengemaskini blog, semakin dekat diri kita dengan pelanggan dan semakin senang sekali pelanggan berurusniaga dengan kita. 

KENAPA TIDAK? 
Tahun baru 2105 bakal menjelma. Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka. 

Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah) 
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah. 

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha. 

Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah! 

Salam kejayaan :) 

Sunday, December 14, 2014

Menjana Pendapatan dari Rumah melalui Blog dan Facebook.

Menjana Pendapatan Dari Rumah Melalui Blog dan Facebook

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain. 

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!

Jumpa lagi :)


Kami buka pendaftaran kelas setiap hari. Boleh mula daftar dan belajar hari ini, rujuk yuran terbaru kelas Online ABDR

Hubungi saya: 
Dalila Yusof
Pengurus Online ABDR 
019-3229480


Saturday, December 13, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Norzalina Hamzah

Akademi Bekerja dari Rumah semakin mara menghampiri 1000 penyertaaan. Kini kami sudah mencapai 901 blog alumni ABDR. Pendaftaran kami buka setiap hari. 


Mari berjemaah dengan keluarga besar ABDR. 


Sertai mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari.


Hubungi saya: 
Dalila Yusof
Pengurus Online ABDR 
019-3229480


Mari ikuti apa ulasan pelajar kelas Asas Blog Penulisan. 

Penjenamaan Diri Melalui Kelas Online Blog ABDR

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Norzalina Hamzah

Guru Online: Aishah Hussein
Protege: Norzalina Hamzah
Sumber: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html


Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!


Tuesday, September 30, 2014

Ulasan Kelas Blog Penulisan

Ulasan Kelas Blog Penulisan

Ulasan kelas Blog Penulisan
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Natrah Mohamed
Sumber : http://www.natrahmohamed.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-abdr.html

Teks: Natrah Mohamed

Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?

Akademi Berkerja Dari Rumah.

Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya
 kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu,
Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu 
adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa bl
saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? 
Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang 
memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun 
yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti 
secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih
 hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa 
yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog
 yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. 
Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat
 dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang 
sangat pendek. Hehehe.

2 tahun saya tinggalkan blog itu, akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya
 menyertai Shaklee. Saya mula menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak 
konsisten. Saya upah kawan baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog 
Nabilah Ahmad iaitu Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan 
kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.

Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan untuk terus update blog. Jika tidak, ia 
bakal menjadi tukun tiruan. Setiap hari, di newsfeed FB saya sering melintas status 
Puan Anys Idayu Zakaria yang bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan
 bertanya lanjut. Dengan penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)



Perbualan pertama dengan Puan Anys

Chatting di inbox dengan Puan Anys.

Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya. Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed,
akhirnya menarik saya menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil ma
 yang lama. Kerana, saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan
 Anys nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu
menjaga kedua-duanya serentak.

Akhirnya saya sertai ABDR dan mula mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan
nama sendiri sebagai url blog, update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak
gambar ABDR.  Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak
nama sendiri. Hihi..

Semakin hari saya mula yakin untuk menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update
 dan buat entry tentang Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli
 dengan entry produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak
juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari kelas ini

Alhamdulillah, setiap entry saya di blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan
cara itu, pengunjung ke blog saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika
 blog dulu, agak lambat untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan
Puan Anys serta sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog
masing-masing, ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?
Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye.
Bukan 44 hari berpantang !) Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu
menulis ulasan tentang kelas  ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan
 ulasan ini.

Ok, itu saja ulasan saya.

Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak menyesal sertai ABDR !

Selamat berjaya geng ABDR semua.

Natrah aka Mama Nasih

_________________________________________________________________________

Untuk mereka yang sudah ada blog, mahu belajar menulis secara konsisten di blog boleh sertai kami di ABDR dalam kelas blog penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof