Showing posts with label Motivasi Surirumah. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Surirumah. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Tips sentiasa ceria di rumah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin kongsikan satu laman web rujukan saya untuk mengemas rumah. Saya memang dilahirkan sebagai seorang yang tidak terurus bertambah pula dengan anak yang semakin ramai menyebabkan saya makin kelamkabut. Awal-awal saya tertekan, yela kalau dahulu kita mampu mengemas berjam-jam tanpa gangguan sesiapa. Sekarang ini, tak sampai 15 minit nak buat kerja anak akan menganggu. Bagusnya zaman ini kita boleh mencari idea melalui medium internet terutama Google dengan mudah. 


Salah satu laman web yang menjuruskan pengurusan rumah adalah Flylady, jangan terkejut siap ada lagi bagi tugasan dalam sebulan untuk ubah diri jadi terurus tau. hu..hu..




FlyLady’s 11 Commandments

FlyLady has 11 commandments that will help you begin to FLY:
  1. Keep your sink clean and shiny.
  2. Get dressed every morning, even if you don’t feel like it. Don’t forget your lace-up shoes.
  3. Do your morning and before-bedtime routine everyday.
  4. Don’t allow yourself to be sidetracked by the computer.
  5. Pick up after yourself. If you get it out, put it away.
  6. Don’t try to do two projects at once. ONE JOB AT A TIME.
  7. Don’t pull out more than you can put back in one hour.
  8. Do something for yourself everyday, maybe every morning and night.
  9. Work as fast as you can to get the job done. This will give you more time to play later.
  10. Smile even when you don’t feel like it. It is contagious. Make your mind up to be happy, and you will be.
  11. Don’t forget to laugh everyday. Pamper yourself; you deserve it!

Saya terjemahkan 11 panduan untuk sentiasa terurus di rumah. 

1. Sentiasa pastikan sinki bersih dan berkilat
2. Sentiasa pakai pakaian yang cantik setiap pagi walaupun tak suka,. Jangan lupa pakai kasut cantik. 
3. Sentiasa buat rutin pagi dan sebelum tidur setiap hari.
4.  Jangan melekat atau mengadap komputer sepanjang hari. 
5. Sentiasa ke hadapan. Jika tak mampu, ketepikan. 
6. Buat kerja satu demi satu. 
7. Apabila buat satu kerja, jangan keluarkan barang lebih daripada apa yang kita mampu letak semula dalam satu jam. 
8. Lakukan sesuatu untuk diri sendiri setiap hari , mungkin masa siang atau waktu malam. 
9. Lakukan kerja sepantas yang mungkin. Ini memberi masa untuk berehat atau bermain. 
10. Senyum walaupun tengah bersedih atau susah hati. Senyuman membuat minda kita  gembira, kita rasa seronok.
11. Ketawa setiap hari, manjakan diri, kita berhak juga untuk gembira. 

Nasihat guru saya, jika kita membaca sesuatu, baca, baca dan baca kemudian kita tulis semula. Saya suka , sebab apabila kita membaca, kita menulis, kita lekatkan dalam minda kita. Semoga bermanfaat untuk semua. 

RAKAN NIAGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?
Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi " kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)
3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?
Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah,kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Produk hanya atas talian,tak perlu simpan stok,tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.
 
4. Berapa yuran yang dikenakan?
Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya sekali sahaja.Tiada modal berkali-kali.Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.
 
5. Apakah perbezaan yuran tersebut?
Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, dan ebook super wahm super mom)
* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)
 
6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?
* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
 
7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :
1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2) Logo rasmi SOHO Directory
3) Kelas-kelas Online
4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5) Ruang Periklanan
 
8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.

Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.

Sudah sedia hubungi saya ya:

hubungi saya untuk mendaftar.
whatsapp: 019-3229480






Thursday, February 12, 2015

MOtivasi pagi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sakit itu sementara jika kita berusaha.

Wednesday, February 4, 2015

Motivasi pagi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Permulaan memang sukar, permulaan memang sakit. Cukup sukar nak paksa diri untuk keluar daripada zon selesa, zon paling bahaya. Hidup memang perit, sebab kita tak boleh sentiasa duduk setempat di zon selesa,  kita perlu sentiasa bergerak ke zon kurang selesa. Jika tidak kita akan ditimpa masalah.

Saturday, January 24, 2015

Motivasi pagi ini

Teks: Dalilal Yusof
Bismillahirahmanirahim...




Hari ini senaraikan perkara apa nak buat kemudian, lajukan langkah untuk siapkan kerja. Cuba, cuba lagi samapai berjaya tiada siapa lahir-lahir terus berjalan dan bercakap. Semuanya melalui proses yang sama jatuh, bangun, kemudian berlari dan melompat. Pelat bercakap, bermula dengan sepatah perkataan kemudian dua tiga dan petah bercakap. Latihan yang kita sentiasa lupakan. Bukan tiada bakat, cuma usaha tak berpanjangan dan selalu putus asa. 

Thursday, January 22, 2015

Senyum walau apa pun berlaku


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


http://www.wattpad.com/
Orang yang tabah sentiasa senyum walaupun disakiti berulang kali.

Monday, December 29, 2014

Alam sebelum dan selepas perkahwinan.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Dalam sebuah artikel keluaran majalah anis, ada suatu petikan yang berbunyi"Semakin lama berkahwin... orang lelaki menjadi semakin pendiam (kerana tanggungjawab yang semakin berat dan anak semakin bertambah ramai) manakala perempuan jadi semakin bising. becok dan peleter (terhadap anak-anak yang semakin bertambah dan membesar)." Suami makin lama makin sukar difahami. Pernah dahulu dengar daripada sebuah ceramah, lelaki ini adalah makhluk yang hidup dalam pelbagai alam, sebelum kahwin lain, sebelum dapat anak lain, dengan kawan-kawan lain,  itu belum mencecah umur 40 tahun, itu lagi lain. Jika kita lihat suami kita,  memang ada sedikit sebanyak perangai berikut, cuma kita kena pandai tackle hati suami.


  • Makin tak pandai luahkan perasaan
Kalau sebelum kahwin, macam-macam ayat manis boleh dikarang, tapi selepas kahwin. Rasanya dulu, sebelum berdating tu, mesti baca novel cinta sebanyak mungkin baru dapat karang ayat manis. Lelaki oh lelaki. Nak ucap "I love u" pun makin sukar, nasiblah kalau masih nak peluk dan salam waktu pergi kerja. Bicara suami lebih kepada signal, body language dan macam-macam signal lagilah. Kalau kita tak faham isyarat badan suami,  bahaya juga kalau mengadu dengan orang lain lebih-lebih lagi perempuan lain. Pening juga kepala dibuatnya. Bagi suami, isteri sepatutnya sudah faham perangai suami sendiri tidak perlu diluahkan lagi. Namun, si isteri pula tergaru-garu kepala pening dengan tingkah suami yang diam sepi tanpa bicara. Jadi kena belajar banyak tentang gerak badan suami, perhatikan setiap tingkah si suami, mungkin ada yang ingin diluahkan dalam isyarat tersembunyi. 

  • Suka cakap lepas.
Ini yang paling makan hati, setiap inci perbuatan, masakan kita, apa yang kita pakai semua serba salah. Ini tak betul, itu tak betul, tapi tak reti nak tunjuk macam nak buat. Cakap dah takde tapis tapis lagi terus terang, bukan yang elok-elok ditegurnya, tapi makan dalam woo. Bukan main susah pula tu nak minta maaf. Egonya tak bertempat. Tapi kalau kita perasanlah tiba-tiba dia jadi baik, belikan makanan, tiba-tiba ajak berbual, itulah cara suami memujuk isteri. Biasalah kalau tiba-tiba suami buang tabiat itulah cara suami meminta maaf daripada isteri. Kan...kan...


  • Makin pendiam.
Lelaki ni memang pendiam, kadang-kadang susah betul nak dengar suara di rumah. Cubalah, kalau jumpa kawan, macam nak rak diboraknya. Lagi-lagi jumpa kawan perempuan termasuk anak dara, bini orang, hui..berjam-jam boleh borak. Kadang-kadang dengan perempuan yang pendiam pun boleh diajak berborak, tapi dengan bini adui...kelu lidah. Sakit jiwa kan..kan...Pertanyaan bertubi-tubi daripad mulut kita tapi hanya sepatah perkataan dijawabnya. Ish, kalau tak mengenangkan anak-anak ni, mahunya lari membawa diri. Buat apa kahwin dengan pak pacak atau tunggul. Tapi tulah, lelaki yang kita pilih dahulu, menyesal pun tak guna. Ada kemungkinan juga masa kita tanya tu silap masa, tak pun tengah tertekan dengan kewangan yang makin meruncing atau trafik jem ke. Atau mungkin soalan yang kita tanya suami rasa tak payah jawab, ataupun jawapan pada soalan tu ada pada jawapan kepada soalan sebelumnya. Biasalah, kitakan ni kan depan mata, bagi mereka bila-bila masa boleh jawab soalan kita. Lagipun nak lari ke mana, kalau anak dah berderet-deret tu kan? 

  • Makin pekak.
Kita punyalah membebel dia buat tak dengar sahaja, rasa teruja nak luangkan masa dengan suami, bercerita pasal anak-anak. Bercerita tentang apa yang kita lakukan hari ini. Tapi kita tengok cik suami layan mesej, Fb la, whatsapp kawan la. Yela kitakan sepanjang hayat dengan suami. Tu kalau jodoh panjang, kalau tak panjang...sabar jelah. Tapi pelik juga kalau perempuan lain, telinga tak pekak pula, sepenuh perhatian diberikan. Nasib badanlah isteri woi, tak kiralah kita kahwin beribu kali, lelaki tetap lelaki. Lelaki kan makhluk pelbagai alam, jadi terimalah hakikat ini, sebelum kahwin bagai nak rak, pijak semut pun tak mati, lepas kahwin...la...la...la...Rasanya pijak gajah pun mati. 

Tapi itulah hakikatnya, suami walaupun banyak kecacatan fizikal, kita perlu gali dan korek mana-mana keistimewaan suami, bukan sebab anak sahaja. Ada tuh, cuma kita sahaja tak nampak. Selagi perkahwinan kita aman, suami pun matang, tak tinggal kita terkontang-kontang, selagi tulah perkahwinan kita oklah tu....Suami biasanya kasih sayang ditunjukkan pada material, dalam diam-diam usahakan sesuatu untuk kita. Kalau kita pandai hargai setiap satu pemberian suami, memang akan ditambah lagi dan lagi. Jika kita perlekehkan setiap pemberian diberi, jaga-jagalah nanti. 

Rujukan: Majalah Anis 

Sunday, December 28, 2014

Suami perlu bangunkan kemahiran isteri.


Teks: Dalila Yusof
Bismilllahirahmanirahim...


Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti percutian bersama kawan-kawan suami ke Perak. Orang lain sibuk berehat menonton bola, saya sibuk cari idea nak menulis, ha...ha. Antara yang mencuri perhatian dalam majalah ANIS keluaran Jun 200 adalah artikel mengenai betapa pentingnya suami membangunkan kemahiran isterinya. Zaman sekarang, isteri tidak lagi lengkap dengan ilmu kemahiran yang mana setiap wanita perlu ada. Antara kemahiran yang seorang wanita perlu ada, adalah mahir menjahit, memasak, hatta mengemas rumah. Lantaran, kebanyakkan wanita sibuk dengan pengajian hingga ke menara gading, kemahiran ini di tidak di titik beratkan oleh ibu bapa. Tak hairanlah kalau wanita yang baru berkahwin tak pandai macam-macam.

Saranan daripada Dr. Robiah, "Suami perlu bangunkan kemahiran isterinya mengikut apa yang dia mahukan,"

"Misalnya jika isteri tidak pandai masak, berilah ruang pada isteri untuk belajar masak. Suami kena sediakan kemahiran dan kemudahan supaya apa yang dia mahu itu terbina pada isterinya."

Dalam hal ini, katanya, suami harus berikan penghargaan pada isteri.

"Setiap wanita, biar dia penat tak apa, asalkan perhatian daripada suami ada. Ada Penghargaan."

Anis keluaran Jun 2007.

Kesimpulannya, jika mahukan isteri memasak hantarlah ke kelas memasak. Paling kurang pun, sediakan kemudahan internet, senang isteri nak cari resepi di internet. Kalau nak suruh belajar mengait dan menjahit, juga paling mudah belajar di internet. Cik abang hanya perlu sediakan printer dan komputer serta mesin jahit. Mesin jahit paling murah boleh dapat yang RM 200 ke bawah tau. Saya guna untuk jahit yang mudah-mudah sahaja. Janji saya jahit, tak payah tunggu cikgu depan mata. Jangan tak tahu sekarang paten nak buat baju budak-budak dah boleh diperoleh daripada internet secara percuma tak payah bayar. Banyak yang percuma kena rajin melayari internet mencari paten-paten yang percuma tak kira kait atau jahitan. Kalau nak isteri cantik, kenalah hantar pergi ke spa, belikan alatan mekap dan berikan masa untuk bermekap. ha...ha..nak rehat pun tak sempat bagaimana nak bermekap dengan anak kecil sekeliling pinggang.

Jadi para suami jangan terlalu cepat melatah, mengatakan isteri terlalu teruk berbanding perempuan lain, renung-renungkan banyak ke tidak, cukup atau tidak kemudahan yang diberikan pada isteri. Jangan sekadar bagi arahan, isteri bukan orang gaji, namun pendamping  suami di kala susah dan senang. Berikan isteri peluang membetulkan langkah setiap kali kecundang. Isteri pula jangan cepat putus asa, segarang mana pun si suami memberikan kritikan bertubi-tubi, hati suami pasti tersentuh apabila isteri makin pandai melakukan apa yang suami ingini.

Kalau rasa nak suruh isteri berniaga online, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.






Wednesday, December 24, 2014

"Saya Hanyalah Surirumah"


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


http://www.slideshare.net/mindmantra/housewife-hurdles

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ni saya ingin kupas sedikit tentang sindrom "saya hanyalah seorang surirumahtangga". Saya tahu ramai surirumah yang sangat rendah keyakinan diri termasuklah saya yang menulis ini. Tergerak hati menulis entri tentang ini, selepas saya terjumpa perkongsian daripada Dr Hemantt Mittal tentang situasi surirumah di India. Pernah tonton  cerita english vinglish lakonan Sri Devi, cerita tersebut memang sangat meruntun hati walaupun hanya sekadar lakonan, memang sedikit sebanyak mengambarkan kisah seorang suri rumah tangga.

Dalam kajian Dr Hemantt Mittal, beliau banyak menemui ramai surirumah yang hebat-hebat, namun tersembunyi disebalik status surirumah. Ramai yang merasakan diri mereka merana dan tertekan disebabkan 5 perkara.


  • Kurang penghargaan (Lack of Recognation) 
Jika ditanya surirumah berapa kali keluarga memberikan pujian setiap kerja yang dilakukan, bukan hanya kerana masakan, boleh dikira dengan jari. Penghargaan dan pujianlah adalah ibarat bayaran bagi setiap penat lelah seorang surirumah menguruskan rumahtangga, anak-anak, memasak menguruskan keperluan suami. Adakala, suami tak perasan perkara tersebut dan dianggap remeh bagi si suami. Paling sedih, apabila suami mula membandingkan setiap inci kerja yang dilakukan dengan ibu suami, mungkin pada suami supaya isteri semakin bagus, namun sebenarnya melukakan hati si isteri sedikit sebanyak. Paling terkilan, apabila suami terlalu membandingkan isteri dengan perempuan lain. 

  • Sikap Mertua
Jarang kita lihat mak mertua menganggap menantu seperti anak perempuan mereka. Mertua biasanya terlalu ego, sistem kepercayaan yang memandang rendah pada menantu perempuan terutama yang tak bekerja, kurangnya komunikasi positif menyebabkan berlakunya konflik sepanjang perkahwinan, paling teruk membawa kepada penceraian kerana campur tangan daripada keluarga mertua. Tapi tidak semua mertua begitu, kalau kita perasan apabila kita jadi menantu, kita banyak belajar daripada mak mertua berbanding mak sendiri, mak sendiri kita masih manja lagi. ha..ha..

  • Anak
Tak kira apa pun peringkat sosial, surirumah berterusan dipersalahkan jika:

  1. Melahirkan anak perempuan
  2. Anak tidak mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan 
  3. Perangai anak nakal. 
Pelik...pelik...anak adalah benih yang tercantum antara lelaki dan perempuan, jika dapat anak perempuan bukan sebab perempuan yang bermasalah, segalanya daripada lelaki. Penentuan jantina berdasarkan daripada  sperma gen x atau gen y sudah tentulah daripada lelaki. Benih perempuan hanyalah memiliki satu faktor x ataupun gen x. Jika gen x daripada sperma lelaki bergabung dengan benih perempuan berfaktor x, maka hasilnya xx, jadilah bayi perempuan. Jika yang bergabung dengan ovum , x adalah sperma gen y , maka xy terhasil bayi lelaki. Jadi sebenarnya bukanlah salah perempuan, lelaki yang perlu dipersalahkan. Tak caya ? Saya rujuk daripada artikel ini...benih suami atau isteri yang menentukan. Karenah anak , pencapaian anak adalah tanggungjawab bapa juga, jika si bapa tak menunaikan tanggungjawab mendidik anak, sambil lewa, anak akan jadi nakal , walaupun si ibu cuba mendidik sebaik mungkin. Lesen besar si bapa dah beri macam mana anak tak nakal. 
  • Sindrom Saya hanyalah Surirumah
Status sebagai surirumah adalah pembunuh terbesar bagi motivasi  untuk mencipta identiti untuk berdikari pada diri seorang surirumah. Dr Hemantt Mittal, berkata beliau menjumpai ramai surirumah yang berpotensi tinggi menjadi hebat tapi tersembunyi di sebalik identiti seorang surirumah. Saya tambah di sini, biasanya apabila kita jadi surirumah kita rasakan kita terlalu teruk, terutama apabila kewangan meruncing, kita rasakan tak mampu membuat suami, malah menyusahkan suami yang terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Kebanyakkan surirumah mempunyai banyak idea untuk menambah perbelanjaan keluarga. Malangnya suami tidak mengizinkan bimbangkan anak tak terjaga. 

  • Keinginan
Kebiasaanya, tugas surirumah yang paling utama, adalah memastikan kebahagian suami, kemudian kebahagiaan anak. Kita lihat surirumah terpaksa mengorbankan badan yang cantik untuk melahirkan anak-anak yang sihat sebagai zuriat buat suami. Badan makin mengeleber, kembang sudah tak secantik dahulu. Manakala, tugas surirumah yang kedua, untuk kebahagian dan keperluan anak-anak. Ramai surirumah yang serabai di rumah, ramai yang bertanya kenapa? Ini jawapannya, kalau ke tandas pun anak melalak, inikan bersolek lagilah sukar. Kebiasaanya, keperluan malah, keingininan diutamakan terlebih dahulu berbanding diri sendiri. Kemudian, pada masa yang sama surirumah perlu memastikan keseimbangan pada keluarga dan sosial. Statusnya surirumah kenapa berat sungguh tugasnya? Sepanjang perjalanan hidup  pernahkah ditanya keinginan seorang surirumah? 

Adakala, drama banyak memaparkan cerita-cerita yang tak sesuai ditontonkan, terutama drama percintaan, keganasan, paling teruk cerita hantu. Maka, banyaklah hantu-hantu yang berkeliaran malahan lebih menakutkan daripada drama yang ditonton. Mat-mat jiwang yang pandai berkata-kata, kalah dialog hero kacak dalam filem. Namun, saya suka sungguh cerita English Vinglish, walaupun lakonan sahaja, menggambarkan sedikit sebanyak cerita sebenar kisah duka surirumah. Salah satu kata-kata Sri Devi pada babak terakhir yang paling saya suka:.

"This mariage is beautiful thing. It is the most spesial friendship, friendship of two people who are equal. Life is a long journey. Meera sometimes you will feel you are less. Kevin you will also feel lees than Meera. Try to help each other, to feel equal. It will be nice. Sometimes married couple don't even know, how the other is feeling. So, how they will help each other? It means marriage is finished? No. That is the time you have to help yourself. Nobody can help you better than you. If you do that, you will return back feeling equal. your friendship will return back. Your life will be beautiful. "

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah. Satu persahabatan yang istimewa antara 2 insan yang sepadan. Hidup merupakan perjalanan hidup yang panjang. Adakala anda  akan terasa rendah diri dengan pasangan. Adakala, pasangan anda juga akan merasa rendah diri dengan anda. Anda perlu menolong antara satu sama lain untuk rasa yakin diri, rasa setaraf antara satu sama lain. Ia akan jadi baik . Adakala, pasangan berkahwin tak tahu apa yang difikirkan pasangannya. Jadi bagaimana, mereka menolong antara satu sama lain? Adakah perkahwinan sudah berakhir? Tidak. Inilah masanya anda perlu menolong diri anda sendiri. Tiada siapa yang boleh menolong selain diri sendiri, Jika kita lakukan itu, kita akan rasa setaraf kembali, perhubungan dalam perkahwinan anda akan kembali baik semula. Hidup akan menjadi indah semula."

Apabila kita menjadi surirumah, kita rasa terkongkong, terasa diabaikan, terasa dianiaya dan tak dihargai. Kenapa? Kerana kita tak ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan, kita terlalu mengejar pujian daripada orang lain. Kita terlalu mengharapkan suami menolong kita. Tiada pujian, kita tertekan. Kita terlalu merendahkan diri kita, menyakitkan diri kita, kita membenarkan kata-kata penghinaan yang ditujukan pada kita. Kerana apa? Kita hanya surirumah? Cuba renungkan sejenak, kita ini hebat lebih daripada orang lain. Kita lakukan pelbagai perkara dalam satu hari, pengasuh anak-anak, pendidik anak-anak, membersihkan rumah. Kita sedang membina dan mengasuh anak-anak kita menjadi terrbaik, supaya anak-anak kita menjadi terbaik di dunia dan akhirat. Kita mampu memeluk anak-anak kita setiap hari, memberi makan kepada mereka, memastikan mereka makan dan tidur yang cukup. Jangan ingat ini perkara yang mudah. Kalau suruh bapak budak jaga anak satu hari pun boleh nangis, inikan orang gaji dengan pengasuh. Berhentikan kata-kata negatif pada diri, perbanyakkan ilmu psikologi tentang anak-anak dan juga suami. Ini zaman dunia tanpa sempadan, ilmu mudah didapati melalui internet sahaja. Rebut peluang ini untuk memantapkan diri kita dari hari ke hari. Sudah-sudahlah mengeluh dari hari ke hari, fikirkan apa yang kita mampu lakukan walaupun hanya di rumah sejajar dengan teknologi yang makin moden. Pemasaran percuma yang kita perlu manfaatkan, bayarannya hanya fokus sahaja setiap hari berserta tentulah internet ya saudari.

Jika berminat boleh dapatkan Pakej mampu milik, untuk belajar blog bagi menjana pendapatan dari rumah. tak payah susah-susah tinggalkan anak. Mengadap komputer selang seli dengan rutin anak-anak. Mula-mula susah lama-lama dah biasa nanti makin ok. Ok nanti saya mengomel lagi...he...he

Thursday, December 18, 2014

Saya Tak Malas!

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

gambar: alphamom





Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya nak berkongsi satu perkongsian daripada FlyLady tentang betapa teruknya kita jika terlalu perfectionis. Apa itu "perfectionistism"? Perfectionism, dalam bahasa melayu bermaksud keinginsempurnaan.


Apabila kita perkatakan tentang keinginsempurnaan dalam menguruskan rumahtangga, mesti kita bayangkan rumah yang sentiasa berkemas, berkilat, cantik sentiasa, betul kan...kan...Anak-anak yang sentiasa comel dan kemas, perabot yang teratur. Em...hakikatnya? Apabila kita duduk rumah, sudah tentulah, rumah sentiasa berterabur, terutama jika mempunyai anak yang suka "mengemas". Jawabnya mestilah tak sempurna pun. Dan haruskah, masyarakat seperti pelik mengapa surirumah yang berada di rumah semuanya kucar kacir..ha..ha...Perlu diingatkan di sini, kekemasan rumah bergantung kepada aktiviti dan kesihatan anak-anak, rumah yang kemas menandakan anak-anak, tidak aktif dan sakit.


Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.



 Namun itu bukan penghalang untuk kita mengemas rumah, tapi taklah secantik di hotel, asalkan rumah sentiasa tersusun dan tiada najis, itu sudah cukup. Jika nak menghias pun, buat sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan keinginsempurnaan membuatkan saya selalu tertekan menjadi surirumah, saya mahukan anak saya tidak menyepahkan rumah, mahukan mereka sempurna makan, tidur. Pendek kata, boleh meroyan kalau inginkan semuanya sempurna. Sudah lelah saya biarkan rumah makin bersepah. Ha..Ha...rasa jadi teruk pula. 

Keinginsempurnaan ini memang banyak merosakkan pemikiran kita secara sedar atau tak. Perasan atau tidak, kita hanyalah manusia biasa, siapa kita untuk mengatakan kita cukup sempurna dalam setiap apa yang kita lakukan? 



  • Dijadikan alasan untuk tidak mahu maju ke hadapan. Kita jadi malas. 
Kita bukanlah malas sebenarnya kita takut melakukan sesuatu kerana takut dapat keputusan yang teruk, tak mampu nak pastikan rumah sentiasa bersih. Kita bukan malas cuma kita takut orang anggap kita tak cukup bagus, tak sempurna. Semuanya menjurus kepada lemah semangat menyebabkan kita tak mahu melakukan apa-apa yang membantu kita kepada peringkat yang lebih baik. Betul tak?

"Perfectionism is when we decide that we can’t do something because we won’t have the time to do it “perfectly”. " Flylady

Keinginsempurnaan adalah apabila kita rasa kita tak mampu melakukan sesuatu dengan "sempurna" kerana tiada masa, tak cukup masa. Ingat lagi dahulu, sewaktu dapat anak sulung, tertekan betul apabila tiada masa nak mengemas, basuh baju dan masak. Silapnya saya dahulu, saya tak cukup ilmu. Rasa menyesal kerana apabila dah ada anak 3 baru perasan banyak betul masa dengan anak seorang dulu. Saya perasan bukannya tiada masa tapi saya merasakan masa mengemas sepatutnya mesti panjang seperti  sewaktu tiada anak dahulu. Masa kebanyakkannya terbuang begitu sahaja, sebab terlalu fikir dan mencari cara bagaimana nak lakukan dengan cantik dan cepat.



Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Boleh saya simpulkan di sini, dalam hidup ini kita perlukan sesuatu untuk memaksa kita jadi terbaik. Kadang-kadang masalah itulah yang akan memaksa kita untuk berubah. Permulaan banyak yang silap, apabila kita lakukan sesuatu perkara itu setiap hari, dalam tak sedar kita makin bagus dan idea akan bercambah. Jadi berhenti perlekehkan diri, mengatakan kita tak mampu buat itu buat ini. Yang paling penting paksa diri setiap hari untuk mahirkan diri dengan melakukan sesuatu perkara atau kemahiran berulang kali, tak kiralah memasak, atau menjaga anak, mengurus rumah tangga. Kemahiran memerlukan masa untuk diasah dan digilap supaya jadi semakin bagus.

 Kita tak mampu jadi macam mak kita atau mak mertua kita, jangan memperlekehkan  diri mengatakan kita teruk semata-mata kita tak sebagus mereka. Mereka hidup sudah lama, pastinya banyak pengalaman sudah dikumpul menjadikan mereka semakin baik. 



"You can do anything for 15 minutes
Housework done incorrectly still blesses your family
You can’t organize clutter; you can only get rid of it." flylady

Saya suka dengan cara menguruskan rumah daripada FlyLady yang selalu menekankan kita boleh lakukan apa sahaja, dalam masa  15 minit. Dengan syarat kita betul-betul fokus dengan apa yang kita lakukan. Walaupun kita mengemas rumah tak sebaik mak kita, jangan tertekan, yang penting kita lakukan kerja rumah dengan baik. Rumah nampak elok, tersusun dan teratur, tiada najis sudah cukup buat kita selesa untuk duduk di rumah. Kita tak boleh mengatur rumah yang berselerak tapi kita boleh membuang semua benda yang membuat rumah berselerak. 



  • Memperlekehkan anak, dan suami. Perosak hubungan kekeluargaan

"Perfectionism is the thinking that other people are incompetent compared to what you can do and how you can do it"


FlyLady


Keinginsempurnaan adalah  sentiasa merasakan orang lain tidak mampu melakukan sesuatu perkara berbanding dengan apa dan bagaimana kita melakukannya. Pendek kata, apa sahaja orang lain lakukan, tidak sebaik yang kita lakukan. Ada sahaja tak kena di mata kita. Saya pun kadang-kadang begitu dengan anak-anak, malah suami. Apabila mula-mula membaca artikel daripada FlyLady ini, baru rasa seperti kepala diketuk dengan kayu sahaja. Baru saya sedar, betapa teruknya saya, saya pentingkan keinginsempurnaan dalam setiap aspek dan inci rumah. Semua nak sempurna, akhirnya saya juga yang merana. 


Contoh paling mudah, apabila suami menolong kita mengemas rumah, mesti pernah terdetik dihati kita, banyak yang suami buat tak menepati apa yang kita ingini bukan? Banyak yang salah, cara basuh pinggan, cara sapu rumah. Selepas itu, apa yang kita lakukan? Kita buat semua sendiri, sebab nak kan semua nampak sempurna. Suami makin malas menolong, kita makin penat buat semuanya sendiri. Bukan apa yang suami buat tak sempurna cuma tak sama macam kita buat! Yang paling penting kita tekankan  dan galakkan anak-anak dan suami menolong dan tahu tanggungjawab membersihkan rumah. Makin lama, makin mereka pandai dan paling penting mereka tahu tanggungjawab mengemas rumah bukan terletak pada bahu kita sahaja. Jika mereka buat tidaklah sempurna 100 %, saya tetap ucap terima kasih, sebabnya mereka meringankan beban saya tak banyak sikit tak mengapa. Saya akan sudahkan kerja yang tertinggal tanpa merungut. 



Keinginsempurnaan bukanlah tidak bagus, ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan sendiri, dan apabila kita lakukan sendiri, kita tak boleh merungut, kerana kita lakukan atas pilihan dan tanggungjawab  kita sendiri. 

Bayangkanlah, kalau setiap apa yang kita lakukan asyik dikritik dan serba tak kena, bagaimana perasaan kita, mesti  tertekan dan rasa rendah diri. Begitulah yang dirasai oleh pasangan dan anak-anak, hasilnya kita merosakkan pemikiran mereka dan menjadikan mereka rendah diri. 

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Cukup payah sebenarnya nak membuang perangai yang sudah sebati dalam hidup kita. Semuanya memerlukan latihan untuk membuang perangai keinginsempurnaan dalam diri kita. Kita tak perlukan masa yang "sempurna", keadaan yang "sempurna", dan rancangan yang "sempurna" untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Tetapkan jam detik selama 15 minit untuk fokus pada sesuatu tugasan atau perkara, daripada bazirkan 15 minit berfikir dan merungut tentang tak ada masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan tersebut. 






http://www.flylady.net/d/br/2013/06/01/there-is-no-perfect-time/

Saturday, December 13, 2014

Motivasi pagi.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Gambar: supercamp


Saya tiruvasikan perkara ini untuk renungan surirumah yang baik dan comel lote..


Untuk hidup yang lebih bahagia sebagai surirumah,

BERHENTI:


  •  Merasakan diri mangsa keadaan. Suami itu, suami ini.  Anak itu, anak ini. jangan rasakan semua benda yang jadi pada kita berpunca daripada orang lain. Orang tak ambil peduli pun kalau kita jatuh, apabila kita jatuh lagi orang pijak.  
  • Banyak alasan, anak saya nakal, tak cukup masa. Saya tak boleh bekerja kerana anak masih kecil. 
  • Membiarkan masyarakat memberitahu dan tentukan cara kita hidup. Masyarakat selalu memberitahu betapa bodohnya kita tak bekerja. Kita terlalu membebankan suami. Betul ke? 
  • Cuba membuat orang lain gembira. Kita cuba ikut apa sahaja cakap dan kehendak orang lain. Kita mahu orang tahu betapa pentingnya kewujudan kita. Sedangkan kita ini sangat diperlukan anak-anak dan suami. Kita perlu jadi terbaik untuk keluarga kita. 
  • Terlalu bergantung pada orang lain untuk membuat kita gembira. Kita terlalu takut dengan apa yang orang perkatakan tentang diri kita, kita tak berani nak membuat sesuatu yang baik untuk diri kita. Kita makin rendah diri memikirkan orang sentiasa memperlekehkan diri kita. Teruknya kita makin tertekan dan tertekan. Hidup kita terumbang ambing disebabkan kata-kata orang yang tak bernilai. 
MULAKAN:

  • Cara masa bersendiri. paling mudah bangun seawal pagi, kita ada masa untuk mandi dan buat kerja tanpa "gangguan" anak dan suami. Kita rasa tenang walaupun hanya sekadar 1-2 jam sudah memadai. 
  • Tutup segala gajet sebentar, dan hirup udara segar, dalam rumah pun  boleh, buat lah perkara yang paling kita suka, menjahit, mengemas, memasak. 
  • Berfikiran positif. Tak kira apa pun berlaku, orang khianat kita, duit tak cukup, anak nakal, orang pandang rendah pada kita, jadikan perkara tersebut sebagai tekanan positif, menjadi pemangkin dan pemaksa kita berubah ke arah yang lebih baik. 
  • Cari sendiri kebahagian kita. Jangan paksa orang untuk sayang dan hormat  kita, kalau kita sendiri tak sayangi diri dan terlalu perlekehkan diri kita. Perlajari perkara baru dan cari ilmu baru, supaya minda kita sentiasa terbuka. Cari hobi baru, resepi baru,  baca dan buat eksperimen, Apabila kita sentiasa sibukkan diri dengan perkara yang kita suka, kita kurang berfikir yang bukan-bukan dan kita bina keyakinan dalam diri kita. 
  • Pamerkan kreativiti, betul tak semua orang dilahirkan dengan kreativiti tapi zaman sekarang kita boleh cari idea-idea kreatif di internet. Paling saya suka cari idea di Pinterest, pelbagai imej kreatif terkumpul dalam satu pinterest. Contoh macam yang saya kumpulkan dalam Pinterest saya. Kita cuba sampai berjaya!


  • Hargai dan tulis apa sahaja impian kita. Kalau tak tulis kita lupa. Kalau kita cuba ingat balik boleh jadi gila tau! Apabila kita tulis kemudian baca, ibarat memahat di dalam otak, ingat sampai bila-bila. Boleh baca kalau lupa, lebih-lebih lagi apabila semangat merundum gila. 
  • Kemudian berusaha sampai kita berjaya. Jangan fikir sangat jadi ke tak. Dulu-dulu saya selalu fikir, bagaimana, macamana. Rupanya, jalan penyelesaiannya kita akan dapat daripada pengalaman. Pengalaman kita akan dapat daripada banjyaknya mencuba, bukannya banyak bertanya sahaja, dan membaca tanpa mengambil tindakan drastik.Paling penting tanya orang yang berpengalaman, biasanya walaupun mereka marah kita, kutuk kita, sekurang-kurangnya kutukan itu kutukan positif. Kutukan positif akan paksa kita lebih maju. Kritikan terlalu negatif sila buang dalam tong sampah. Nanti melemahkan kita. 
  • Carilah kegembiraan untuk diri kita, bukan buat benda yang bukan-bukan dan merosakkan diri kita. Tapi carilah sesuatu yang memajukan diri kita daripada hari ke hari. Banyakkan membaca buku orang yang berjaya. Ilmu...ilmu..., baca, baca dan baca, kemudian kaji, kaji, kaji sampai berjaya. 

Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.
  • Bagi semangat pada orang lain untuk percaya bahawa mereka boleh lakukan. Bantu mereka, berikan mereka ilmu, dan sentiasa buat mereka percaya mereka boleh percaya. 




Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)



Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (dalila)


**************************************************************************








[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Yuran: RM 250



Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya 
sms /whatsapp : 019-3229480 (Dalila)