Tuesday, August 19, 2014

Penerangan Akademi Bekerja Dari Rumah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....

Apa itu Akademi Bekerja Dari Rumah? Saya simpulkan serba sedikit di sini. Akademi Bekerja Dari Rumah merupakan satu kumpulan mak cik-mak cik, ada yang masih bekerja ada juga yang suri rumah mahu merealisasikan impian mereka melihat anak mereka berada di depan mata, mendidik dan menyuap anak makanan yang dimasak sendiri dan tak melepaskan pengalaman berharga melihat anak membesar di depan mata. Namun, masih mampu menjana pendapatan menggunakan kepakaran yang sedia ada, ada yang memanfaatkan kemahiran semasa mereka bekerja, contoh sebagai penulis, arkitek, ada juga memanfaatkan kemahiran mereka gunakan sebagai surirumah seperti memasak, menjahit, mengemas ataupun hobi seperti mengait, pada mulanya sebagai hobi tapi manfaatkan sepenuhnya dalam penulisan blog dan ditukarkan sebagai pendapatan sampingan. Kami mempunyai kepakaran yang berbeza tapi mempunyai nawaitu yang sama, tapi masih mampu menyokong antara satu sama lain. 

tempah segera di borang tempahan kelas online