Thursday, November 24, 2016

Cuti sekolah bermula

Teks: Dalila Yusof

Assalamualaikum, Hari ni hari terakhir sekolah, si Sara. Seronokla nak cuti sebulan, ibu dah bagitau siap-siap , cuti sekolah kena tolong jaga adik dan kemas rumah. Walaupun dia adalah ketua budak nakal dalam rumah, dia juga ketua mengemas rumah. Anak sulung, semua benda adik akan ikut.

Si kakak sulung memang sudah boleh diharap, walaupun nakalnya boleh pengsan maknya. Apa perancangan anda cuti sekolah ini? Saya sibuk dengan persiapan perkahwinan adik perempuan bongsu. 



Monday, October 17, 2016

Magik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Tertekan sebab rumah sentiasa bersepah,si ibu bertanya kehairanan,
" Kenapa rumah asyik bersepah ni, baru kemas tadi? "
Selamba sahaja si Kina menjawab,
" Ini mesti magik, yelah dah kemas tiba-tiba terabur."
Kelu nak menjawab balik, budak sekarang pandai menjawab. Mungkin ibu dah lemau kot.

Bukan Puteri

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


"Kina, cuba tengok Cinderella, rajin kemas rumah. " Konon-konon nak bagi motivasi suruh kemas mainan.
" Memanglah, Kina malas sebab bukan puteri." Balas kina dengan penuh keyakinan.


Thursday, October 13, 2016

Kain Cotton Prada

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

NEW ARRIVALS
==============
Cotton Prada
🌸     High Quality Cotton Prada 100%.
🌸     2M Baju 1.5M Kain.
🌸    Bidang 60.
🌸      Harga RM85 termasuk pos ( SS + Rm5).
     Boleh dapatkan secara Borong /Retail.
🌸  j     Jarang.
🌸      kecut.
🌸     berbulu lepas basuh.
🌸      renyuk.
🌸  mudah digosok.
🌸  sejuk & selesa dipakai.
Berminat whatsapp :
0193229480
Nota kaki pemilhan kain.
1. Bidang 45
Saiz XS-L
* hanya perlukan 2 m untuk baju sahaja.
*4 meter untuk sepasang baju.
SAIX XL ++++
*perlukan 3 m untuk baju sahaja.
*sepasang baju lebih baik 6 meter
2. Bidang 60
*Kurangkan 1/2 meter setiap saiz , bergantung pada design baju.












Waktu tidur si kecil..

Teks:  Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum, rasa bersalah juga, kalau kita tertidur lama-lama. Kalau kita lihat panduan bekerja dari rumah, sangat menyarankan kita bekerja ketika tidur. Tapi, ada masa si bayi kecil tak mahu tidur, kita tidur sekali baru mereka tidur, lagilah kalau menyusu badan. 

Makanya tidur la sekali, sebab penat kita pun tertidur lama. Waktu malam pun sama, tak pe esok cuba lagi. Jangan putus asas kalau nak bekerja dari rumah. Mungkin anak tak biasa kita berjauh dengan mereka. Biasanya memang ambil masa lama untuk fahamkan anak-anak. Kita mahu bekerja dari rumah kerana nak ada masa untuk anak-anak. Sabar jelah untuk 10  tahun pertama ini, esok lusa dah menginjak dewasa kita yang nak berkepit dengan mereka. 


Monday, October 10, 2016

Bebelan Cik Ecah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Sewaktu nak masuk tandas, Cik Ecah duduk depan pintu, pesannya,

"Ibu jangan kencing rata-rata kat lantai, kencing dalam bilik air je tau, " sambil ulang 2 kali.
Tak tua lagi, dah dapat pesanan camtu. Dia yang kencing sepah-sepah. Anak-anak mereka suka mengikuti apa yang kita cakap dan tuturkan. Anak-anak ibarat cermin, mereka ibarat imej kita, mengikut apa sahaja perbuatan kita. 

Kita perlu hati-hati dalam apa sahaja perbuatan kita, kerana mereka tidak akan faham yang kita ajarkan, namun akan akan mengikut apa yang kita lakukan. 

Masa yg kian suntuk

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum dan selamat pagi, semalam menerima perkhabaran jiran yang meninggal kerana kanser tulang. Hati tiba-tiba tersentap, perjalanannya sudah smpai penghujungnya. Kita masih belum pasti, masih berbaki panjang atau pendek. Usia bukan penunjuk ajal, muda atau tua bukan soalnya. Yang penting sudah bersedia atau belum.
Sudah persiapkah kita dengan amal ibadat buat bekalan di akhirat. Sudah cukupkah perturunkan ilmu buat bekalan anak-anak berdikari tanpa kita. Rasa seram di dada. Mahu atau tidak perlu juga siapkan diri menghadapi kematian.
Nukilan
Dalila yusof