Showing posts with label Contoh blog protege ABDR. Show all posts
Showing posts with label Contoh blog protege ABDR. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Entri Khas Buat ibu tunggal daripada Sariah Awang Senik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Entri khas buat ibu tunggal

KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU TUNGGAL

Jangan bersedih kalau anda ditakdirkan sebagai seorang ibu tunggal. Terimalah dengan redha dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kita tidak pernah meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Memang hakikatnya terlalu amat pedih dan derita namun semuanya itu ada hikmah tersembunyi. Jangan biarkan diri terlalu lama bersedih. Memang agak sukar menerima kenyataan setelah hampir sekian lama bergelar seorang isteri. Tiada siapa yang meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Percayalah pada diri bahawa tuhan sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita hadapi sekarang.
Cari sesuatu kekuatan untuk bangkit semula daripada sebuah penderitaan. Contoh terdekat adalah anak-anak. Jangan abaikan mereka dek kerana asyik melayan hati dan perasaan kita. Selalulah bersama dengan anak-anak walaupun kita sekarang sedang melalui saat-saat yang paling sukar. Belajar untuk meneruskan kehidupan walaupun bergelar seorang ibu tunggal. Dan yang paling penting selalulah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kepada siapa lagi yang harus kita mohon pertolongan selain daripada tuhan yang maha esa.

Senantiasa sibukkan diri dengan sesuatu pekerjaan yang kita minati. Berhenti menagih simpati kerana ianya hanyalah melemahkan semengat kita. Berfikir secara positif dan anggap segala dugaan adalah sebahagian daripada sebuah kehidupan. Mungkin selama ini kita terlalu selesa sampaikan kita terlupa apa sahaja bakal terjadi di dalam kehidupan kita. Semakin banyak masalah bermakna tuhan yang maha esa semakin dekat dengan diri kita. Tidak siapa tahu apa mungkin penderitaan dan kesedihan adalah titik kejayaan di dalam kehidupan kita. Lihat di sekeliling kita....kita masih punya keluarga sendiri, anak-anak, ibubapa adik beradik dan juga saudara mara kita.

Pedulikan lah apa yang masyarakat kita anggap mengenai status seorang ibu tunggal. Anggap semuanya bagai angin lalu yang sesekali bertiup kencang. Apa yang lebih penting jagalah maruah seorang ibu tunggal. Mereka juga berhak bahagia walaupun tanpa seorang yang bergelar suami di dalam kehidupan mereka. Dan perkara yang lebih penting jangan sesekali menghukum sesiapa di dalam kehidupan kita. Sekalipun mereka semua selalu menghina dan menjatuhkan maruah seoarng ibu tunggal biarkanlah Allah SWT menjalankan tugasnya yang tersendiri. Jujur pada diri apa yang kita inginkan. Tidak perlu bersusah payah memuaskan hati dan perasaan orang lain yang sememangnya sifat seorang manusia itu tidak pernah puas. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT supaya kita senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Yakin pada diri bahawa seorang ibu tunggal juga mampu berjaya malah juga berjaya mendidik anak-anak menjadi seorang anak-anak yang soleh dan juga solehah.

Jangan terlalu bergantung dan berharap kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan kita walaupan saudara mara dan juga rakan-rakan terdekat. Cari punca pendapatan yangl lain. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan masalah yang mendatang.

Percayalah kita sebagai ibu tunggal mampu hidup bahagia sebagaimana orang lain. Kenyataannya di dalam negara kita sendiri terlalu ramai ibu-ibu tunggal yang sudah berjaya mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan bahagia. Dan yang teramat penting senantiasa lah tersenyum walaupun hakikatnya teramat pedih. Jangan terlalu bermuram dan murung memikirkan apa yang telah terjadi. Tiada yang menguntungkan jikalau asyik bersedih dan bermuram.

Apa sahaja yang terjadi hakikatnya bergelar seorang ibu tunggal umpama suatu anugerah daripada Allah. Hanya tuhan sahaja apa yang terbaik buat kita. Hidup mesti di teruskan..buang semua sifat negatif di dalam diri kita. Dan tanamkan sifat positif di dalam kehidupan kita.

Insha Allah suatu hari nanti kita akan berjaya mengatasi semua perasaan sedih dan duka itu. Belajar untuk memaafkan orang lain. Yakinlah dan hargailah apa yang kita miliki sekarang....kehidupan...anak-anak....perkerjaan dan juga keluarga yang kita sayangi selalu. Andai rasa terluka dan sedih ingatlah ada insan-insan yang lain yang lebih teruk daripada kita.
Berkenalan dengan penulis/ Pengurus Online ABDR; Sariah Awang Senik
Singgah di blog:http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/01/ketabahan-dan-kekuatan-seorang-ibu.html



Berminat sertai Akademi Bekerja dari Rumah? tempah segera di borang tempahan kelas online



atau hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof

Thursday, December 18, 2014

Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog

Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof 

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. 

Untuk Pendaftaran boleh hubungi saya Dalila Yusof melalui:
Whatsaapp: 019-3229480
gmail: dalilayusof86@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/PanduanSuriJadiBlogger

Tuesday, December 16, 2014

Contoh blog Kedai Online

Contoh Blog Kedai Online


Ini nmerupakan contoh kedai online daripada protege ABDR. 
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, hari ini rupanya sudah masuk separuh bulan Disember. Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. Aduhai rasa banyak lagi belum diselesaikan.
Insya Allah kita susun dan rancang dengan baik supaya semua dapat berjalan lancar.

Ok hari ini saya nak kongsi sebuah blog kedai online milik salah seorang pelajar blog saya. 


 



Ini salah satu contoh kedai online yang lengkap dengan
> Maklumat diri pemilik kedai
> Borang Tempahan
> Terma syarat
> Label
> Pages

Kedai online seperti ini sesuai untuk semua jenis produk, tak kira untuk dropship, atau produk kalian sendiri.

Seperti Aida, kedai online beliau hanya produk dropship sahaja, tapi kedainya lengkap dan memudahkan pelanggan untuk mencari produk. Produk juga ada gambar, siap dengan harga dan keterangan. 

Dan yang lebih penting sebenarnya, kami di ABDR tidak galakkan pelajar untuk hasilkan blog yang penuh dengan gadget-gadget yang bling-bling sehingga merimaskan pembaca untuk scroll dengan mudah dan cepat.

Tujuan pembaca mencari info di blog ada untuk lebih maklumat sebelum dapatkan sesuatu produk yang mereka inginkan. Jadi jika blog kita yang terlalu sarat dengan gambar-gambar, sehingga melambatkan proses loading, mereka akan terus skip sahaja, dan mungkin terus tak jadi nak jelajah blog kita. Rugikan di situ. 

Pelajar juga akan belajar menulis secara konsisten. Tak semestinya jamu pembaca dengan produk semata-mata. Tapi kongsi juga pengalaman, atau catatan harian yang ringan dan disukai pembaca. 

Kalian boleh lihat banyak lagi contoh blog kedai online yang lengkap seperti ini di blog saya. Lihat pada senarai protege di bawah bimbingan saya. Alhamdulillah, mereka berjaya hasilkan blog sendiri dalam kelas ABDR. Ada yang zero basic juga sekarang sudah konsisten menulis di blog.

Bagi yang ingin belajar hasilkan blog kedai online seperti ini, boleh sertai kelas online blog fanpage mula bisnes di akademi bekerja di rumah. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Mungkin 2 minggu terakhir ini, langkah permulaan untuk kalian mula bangunkan kedai online, boleh kasi panas-panas dulu, kasi semangat. Tahun depan tak berapa hari sahaja lagi, sudah boleh mula konsisten menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan medium jualan. 

Kami buka pendaftaran kelas setiap hari. Boleh mula daftar dan belajar hari ini, rujuk yuran terbaru kelas Online ABDR

Boleh juga terus 

Hubungi saya: 
Dalila Yusof
Pengurus Online ABDR 
019-3229480

Tuesday, November 18, 2014

Orang Berjaya Orang Yang tak Putus Asa.

Teks: Masayu Ahmad



Jika kita membuat kuih, kita pilih 10 lokasi terdekat untuk kita letak. Dan pastikan berapa jumlah yang kita tolak bahagian untuk tuan kedai, dan berapa jumlah bersih kita dapat. Sangat penting kiraan ini, waima menjual juih sahaja sebenarnya suri boleh fokus. Iaitu mengambil kira
-apa kemahiran yang kita ada.
-apa yang ada di dapur
-apa yang boleh kita maksimakan dengan permulaan bisnes kecil bermula di dapur.
-mulakan dari yang ini
Dengan matlamat, guna apa yang ada, modal yang minima.
Kami rai hari baru setiap hari. Selamat datang pelajar-pelajar baru November bergabung dengan kami, bakal 1000 ahli insya-Allah.
Pendaftaran kelas online dan offline setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas mula bisnes online.
3. Kelas penulisan ebook pertama.
4. Kelas beriklan mudah.my guru Zaila Mohamad
5 Kelas wordpress guru Azura Abdullah
6. Kelas akaun hubungi Aishah Hussein
7. Daftar dropship makanan hubungi Anys Idayu Zakaria
8. Belajar bisnes borong telekung solat hubungi Mie Normi
9. Pendaftaran rakan niaga ABDR Wani Mn Norazizah Sudin Netty Ah Hiyer
10. Kelas penulisan kreatif hubungi Monalita Mansor Mazlia Murat
20 kelas secara online, kelas fleksibel dan boleh belajar dari lokasi kalian tanpa perlu hadir ke kelas.

boleh baca selanjutnya di sini,
http://naufalsayang.blogspot.com/2014/11/orang-berjaya-orang-yang-tidak-putus-asa.html

berdaftar di sini ya




Monday, October 27, 2014

Acar tradisional




Masakan lama - Acar Tradisional
Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris
Foto: Carian Google













Bahan-bahannya:-

1 kg bawang besar - dipotong 2/3
1 kg timun
2 peket rempah serbuk (ikan/ayam)
15 tangkai cili kering (dalam 50 sen)
Bawang putih, bawang merah, halia kunyit (dalam nilaian RM1.00)
1 biji kelapa goreng
Cili merah / hijau (dalam nilaian RM2.00 - dipotong dua)
Udang kering (dalam nilaian RM2.00)
Sekeping belacan
1 botol kecil cuka
Gula dan Garam secukup rasa

Penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, sedikit biji sawi (boleh didapati dalam bentuk peket di kedai)

Cara memasak:-

Panaskan minyak, tumiskan bahan penumis dan bawang sehingga garing

Masukkan rempah, cili, belacan, kelapa goreng, cuka, garam, gula yang telah digaul dan goreng sehingga wangi

Masukkan bawang besar, timun dan dikacau sehingga masak


Selamat mencuba :)

Untuk pelbagai panduan katering boleh rujuk di 
http://sulatinhananu.blogspot.com/2013/04/masakan-lama-acar-tradisional.html





Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof

Saturday, October 11, 2014

Mengajar anak membaca menggunakan nama mereka

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin kongsikan teknik mengajar anak membaca menggunakan nama mereka sendiri.  Nama mereka lebih senang diingati dan sudah tentulah mereka ingin mengetahui nama mereka sendiri. Entri ini hasil perkongsian daripada ahli ABDR sendiri.

Teaching Kids Make Sense Of Their Names.

Nama anak kita bukan sekadar terdiri daripada huruf-huruf abc. Di antara aktiviti pra bacaan yang penting adalah untuk anak mengenal nama sendiri. Walaupun anak masih belum pandai membaca secara independen, ibu bapa boleh mengajar mereka 'make sense' of his/ her name. Dengan itu anak bukan sekadar menghafal namanya sekali gus atau hanya pandai menyebut nama-nama huruf ( abc, ei, bi, si) di dalam namanya, tetapi mula memahami simbol-simbol huruf mewakili bunyi-bunyi tertentu. 

                Gambar kad imbas nama daripada sayangibuhomeschool.blogspot.com


Aktiviti mengajar anak membaca, menulis dan mengeja namanya menjadi paling mudah sekiranya nama anak dieja dengan BETUL. Zaman sekarang ibu bapa mengeja nama anak ikut sedap ... Bercampur aduk ejaan bahasa Melayu, Inggeris... Mujurlah tak campur dengan bahasa Tamil dan Mandarin. Maklumlah 1 MALAYSIA kan!

Tips yang saya akan kongsikan sesuai  sekiranya anak-anak AKAN, SEDANG atau TELAH diajar membaca menggunakan KAEDAH FONIK. Oleh itu menulis dan mengeja juga menggunakan kaedah yang sama pada tahap awal penguasaan bacaan. 

    Ibu bapa / guru mesti memahami pecahan bunyi di dalam nama anak / pelajar.
    Nama 'Muhammad' ( sila rujuk kad imbas di atas ), terdiri daripada 
    bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'M'.
    Bunyi /u/ yang diwakili oleh huruf 'u'.
    Bunyi /h/ yang diwakili oleh huruf 'h'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'mm'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /d/ yang diwakili oleh huruf 'd'.
    PERHATIAN: Kekadang bunyi /m/ diwakili oleh simbol 'm' dan juga 'mm'.
Langkah 1:
    Tulis nama anak di atas kad putih sebegini   Aisyah .  ( JANGAN tulis SEMUA huruf menggunakan huruf besar. )
     Pecahkan (segment) nama anak kepada bunyi-bunyi paling kecil.
     Contoh 1 Ejaan BM baku:      Aisyah     / A - i - sy - a - h /
     Contoh 2 Ejaan BM lama:      Aishah     / A - i - sh - a - h /
     Contoh 3 Ejaan Manglish:      Ayesha.   / A - ye - sh - a /     ( 'ye' mewakili bunyi 'ii' )
     Kalau anak tanya "Kenape 'ye' bunyi 'ii', pandai-pandaila jawab." :)

Langkah 2:
    Tunjuk dan sebut pecahan bunyi nama anak satu persatu.
    Ibu:  Ini     / A - i - sy - a - h /.   Aisyah.
            Sekarang Aisyah sebut.
    ( Objektif: Anak memahami namanya terbina daripada simbol-simbol yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. )

Langkah 3:
    Modelkan kepada anak ejaan namanya.
   ( Mengeja secara lisan.)
   Ibu: Aisyah.  A - i - sy - a - h .
          Sekarang Aisyah eja nama Aisyah.

Langkah tambahan:
    Sekiranya anak mampu menulis, galakkan dia menulis namanya sambil menyebut bunyi satu persatu. 

Selamat mencuba! 

 http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/09/teaching-kids-make-sense-of-their-names.html

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof



   

Thursday, October 9, 2014

KETABAHAN HATI SEORANG YANG BERNAMA IBU TUNGGAL

KETABAHAN HATI SEORANG YANG BERNAMA IBU TUNGGAL

Teks : Sariah Awang Senik

Sebenarnya tiada seorang pun wanita di dunia ini yang inginkan status ibu tunggal. Hampir kesemua wanita mengimpikan akan hidup bahagia bersama-sama dengan seorang suami yang penyayang dan juga pengasih. Dan sesungguhnya seorang wanita atau isteri akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga masing-masing. Tetapi jikalau Allah SWT berkehendakkan sesuatu perkara buruk berlaku di dalam kehidupan seseorang wanita, kita hanya mampu berserah dan berdoa moga semua rintangan dapat di atasi sebaik mungkin. 

Memang tiada siapa menyangka setelah hampir berbelas tahun mendirikan rumahtangga, perkara seumpama ini akan terjadi di dalam diari perjalanan hidup saya. Saya memang seorang ibu tunggal dan saya tidak merasa malu dengan status yang paling di takuti oleh seorang wanita dan juga isteri. Hanya keikhlasan, kejujuran dan juga kesabaran menjadi kekuatan saya untuk meneruskan segala kehidupan saya. Tidak banyak beza semasa masih bergelar seorang isteri dan juga dengan status saya sekarang. Pada pandangan masyarakat melayu, status ibu tunggal umpama duri di dalam racun. 

Sebagai seorang yang bergelar ibu tunggal, terlalu banyak pekerjaan yang harus di selesaikan setiap hari. Mengurus rumahtangga dan juga anak-anak adalah suatu rutin harian setiap hari. Apabila telah bergelar seorang ibu tunggal faktor utama yang menghalang seorang ibu tunggal adalah masalah kewangan. Bukan semua ibu tunggal mempunyai latar belakang pendidikan yang sempurna dan juga belajar mendidik anak-anak sendirian. Sebolehnya sebagai seorang ibu tunggal berusahalah sedaya upaya untuk lari di bawah kepompong seorang bekas suami. Antara tips-tips yang boleh di amalkan adalah ;

- Berusaha lah untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada anak- anak tentang situasi yang baru.
- Meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak.
Tanya kepada anak-anak apa pandangan mereka dan juga segala perasaan mereka.
- Elakkan menanam perasaan benci anak-anak tentang ayah mereka.
-Biarkan anak-anak menilai segala apa yang terjadi dari pandangan mereka sendiri.

Apapun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal terlalu banyak cabaran. Elakkan menagih simpati daripada sesiapa. Berusaha membina semula kehidupan bersama anak-anak dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu tergesa-gesa. Dikuatiri tindakan yang terlalu tergesa-gesa bakal menghasilkan sesuatu yang tidak kekal.
Meraih simpati daripada orang lain bukanlah cara terbaik. Usahakan semuanya secara sendirian. Jangan memaksa orang lain untuk faham keadaan kita.
Sebenarnya, Allah telah tentukan apa yang terbaik buat kita dan juga anak-anak. Mungkin Allah telah menentukan yang kehidupan kita akan bahagia setelah kita melalui semua cabaran dan juga dugaan yang mendatang.

Moga semua ibu tunggal terus tabah melayari bahtera kehidupan bersama-sama dengan anak-anak. Jangan takut dengan sebarang masalah yang dihadapi. Lihat semua yang berlaku dari sudut positif.

Insha Allah suatu hari nanti kita akan berjaya juga. Amin, Alhamdulilah.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

protege ABDR: http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/01/ketabahan-hati-seorang-yang-bernama-ibu.html


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof

Tuesday, September 23, 2014

Pasaran terbuka


Berkenalan dengan penulis Mimi Mhb

Salam sayang untuk sahabat yang mengikuti siri entri blog saya yang tak seberapa Ini, maklumlah sekarang baru tercetus minat nak menulis, Bila dah menulis rugi rasanya baru sekarang nak berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya peroleh dari pembacaan dan pengalaman kehidupan. Memandangkan hobi masa lapang saya adalah membaca.
Sebelum ini saya telah berkongsi kenapa saya memilih ombak perniagaan yang berbeza dengan suami. Hari ini saya ingin jelaskan dengan terperinci kenapa saya memilih perniagaaan 100% pasaran terbuka.

Bukan kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan atau pun suami, tapi mungkin kerana saya bermula dengan status sebagai suri rumah sepenuh masa, saya lebih terdedah dengaan perniagaan internet yang hampir semuanya melibatkan pasaran terbuka. Matlamat saya lebih tertumpu kepada golongan 80% rakyat malaysia, yang terdiri daripada golongan sederhana. Dan mungkin juga saya tahu serba sedikit tentang risiko perjalanan perniagaan melibatkan tender kerajaan daripada suami.
Antara idola yang saya jadikan panduan adalah Puan Ainon Mohd, Saya banyak mengikuti catatan tulisannya tentang perniagaan. Contohnya perbezaan berniaga dengan tongkat kerajaan dan 100% pasaran terbuka.
Dengan bekerja dengan mengharapkan tender, mentaliti staff juga akan memberi kesan, staff merasakan mereka hanya kerja makan gaji, staff akan bekerja secara pasif, staff akan duduk dan tunggu kita balik dengan membawa tender projek, baru mereka sibuk mengerjakan projek itu. Jika tiada tender maka tiadalah kerja mereka. Beginilah yang akan berlaku selamaya, kita sebagai bos akan bekerja bagai nak mati mencari projek untuk memastikan ada kerja untuk staff dan syarikat kita.
Supaya dapat membayar gaji mereka.
Lain senarionya apabila 100% terlibat dalam pasaran terbuka. Kita dapat menurunkan ilmu-ilmu berniaga kepada staff. Kita dapat transform staff daripada pekerja sebagai staff syarikat kepada pekerja entrepreneur. Mereka berniaga bukan bekerja. mereka membayar gaji mereka sendiri dan akhirnya gaji kita pun staff yang akan membayar!!
Kita juga dapat melantik staff menjadi rakan kongsi kia apabila kita membuka bisnes-bisnes baru. Dengan kata lain perniagaan pasaran terbuka dapat mendidik jiwa staff untuk lebih bertanggujawab. Kita lebih menerapkan konsep jemaah.
Ini adalah serba sedikit pemahaman saya tentang berniaga dengan tongkat kerajaan dan kenapa saya memilih untuk berniaga dengan 100% pasaran terbuka.

Singgah di blog:http://mimiizzatirahim.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

1.Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pendaftaran Disember sudah bermula. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Sudah sedia boleh berhubung dengan saya, dalilayusof
atau email sahaja di dalilayusof86@gmail.com

Monday, September 22, 2014

Hutang oh hutang

Hutang oh Hutang
Teks: Norzalina Hamzah


Selepas tamat pengajian, mula bekerja, saya sudah mula bina profil hutang. Saya buat hutang kereta untuk 6 tahun. Habis sahaja hutang kereta, buat pinjaman perumahan pula. 15 tahun. Hendak dijadikan cerita, atas sebab keperluan dan keputusan yang kurang bijak pada masa itu, tambah hutang pinjaman peribadi. Juga buat keputusan untuk "upgrade" kereta.

 MasyaAllah. Entah bagaimana, pada suatu hari, saya duduk dengan sebatang pen dan sehelai kertas. Saya senaraikan semua hutang. Saya tuliskan bayaran bulanan setiap pinjaman yang ada. Saya hanya boleh bayar semua hutang ini mengikut jadual apabila umur saya mencecah 50 tahun! Adakah saya akan bekerja makan gaji selama itu? Bagaimana saya boleh buat keputusan yang tidak bijak selama ini? Jawapannya hanya satu- kurang ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan.

 Saya jumpa pegawai bank untuk konsultansi percuma. Saya cari maklumat tentang pengurus kewangan dan jumpa "financial planner". Saya baca kisah mereka yang telah berjaya bebas hutang. Saya buat kajian bagaimana untuk bayar pinjaman dengan lebih cepat.

Tahukah anda:

 1) Bebas hutang bukan bebas kewangan Terima kenyataan yang kita banyak hutang pinjaman sekarang. Bayangkan jika diberi wang yang banyak untuk bayar semua hutang. Kemudian, apa pula selepas itu? Masih belum bererti dan masih belum selesai masalah. Adakah ingin bekerja sehingga usia mencecah 50-an? Bagaimana menanggung kehidupan sekiranya tidak bekerja. Bebas hutang adalah komponen yang penting dalam pengurusan kewangan. Tetapi ia hanyalah sebahagian kecil darinya sahaja.

2) Pertimbangkan untuk berjumpa "financial planner" Saya berpeluang berjumpa Zaidi Ismail. Memanglah hanya kita yang tahu keadaan dan kedudukan kewangan kita. Tetapi tidak salah jika kita mendengar pendapat orang lain yang tentunya pakar di dalam bidang mereka sendiri. Kita duduk dan dengar bagaimana mereka analisa masalah kita dan mencadangkan langkah penyelesaian. Ada banyak yang kita boleh belajar dari mereka. Ada banyak peluang yang kita akan temui.

Baca seterusnya di sini http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/08/hutang-oh-hutang.html ...


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

 a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

 b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.

c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

 d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

 e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog

. f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox di dalilayusof apabila sudah bersedia

 http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Friday, September 19, 2014

Bersedia jadi kaya, Norzalina Hamzah

Bersedia menjadi kaya

Ini kisah apabila kita tiba-tiba mendapat durian runtuh. Aku kaya. Aku kaya.
Cik Kiah baru sahaja mengeluarkan wang dari akaun KWSP nya untuk pengeluaran umur 55 tahun. Banyak sungguh aktiviti cik kiah usahakan bermodalkan wang KWSP tadi. Cik Kiah join bisnes MLM. Cik Kiah pergi bercuti ke destinasi percutian impian. Nampaknya Cik Kiah benar-benar menikmati hari-hari persarannya. Beberapa bulan kemudian, kelihatan Cik Kiah kembali bertugas tetapi kali ini sebagai pengawal keselamatan. Risik punya risik rupanya wang Cik Kiah kehabisan dan projek yang diusahakan gagal.

Seorang lagi pula pekerja syarikat swasta yang mengambil pilihan untuk diberhentikan dan menerima wang pampasan (VSS). Berbekalkan wang itu, Encik Osman pula bergaya bagaikan orang kaya baru. Segalanya serba baru bagi beliau. Beli kereta baru, beli barang-barang kehendak idaman beliau, isteri dan anak-anak. Tidak beringat lagi tentang masa hadapan.

Atau pernahkah kita sendiri menerima sebarang duit terpijak dan akhirnya duit lesap begitu sahaja. Keadaan hidup sebelum mendapat wang dengan selepas mendapat wang adalah sama. Peluang yang ada disia-sia. Barulah kemudiannya rasa sesal datang kerana tersalah belanjakan wang tadi. Barulah merancang kalau dapat wang terpijak lagi, akan diurus dengan berhemah. Tetapi entah bilanya akan dapat peluang sebegitu lagi.

Sebenarnya ini adalah keadaan di mana kita tidak bersedia menjadi kaya. Jangan terkejut. Bukan masa menghadapi kesusahan sahaja perlu pelan tindakan . Menjadi senang juga perlu pelan tindakan. Apabila dapat sahaja sejumlah wang, perkara pertama yang kita fikir adalah apa hendak dibeli dan bagaimana lagi wang ini harus dibelanjakan. Minda menjadi begitu kreatif.

Mengetahui yang kita bakal menerima sejumlah wang yang besar, adalah penting merancang mengurusnya dengan baik. Sudah tentunya ada bahagian yang perlu disimpan dan ada bahagian untuk dibelanjakan. Tentukan "wishlist" iaitu senarai kehendak yang ingin dipenuhi seperti beg tangan isteri, jam tangan berjenama untuk diri sendiri mahupun percutian idaman untuk dipenuhi. Dalam masa sama laburkan untuk dapat lebih lagi. Pastikan kehidupan kita berubah dengan peluang kekayaan yang diberi. Walau tidak banyak, tetap ada perubahan menjadi lebih baik. Jangan kaya sekejap sahaja.

Singgah sini http://norzalinahamzah.blogspot.com/
Berkenalan dengan salah seorang Pengurus online kami, Norzalina Hamzah
Kelas Asas Blog dan Penulisan.
Guru Online: Aishah Hussein
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Wednesday, September 17, 2014

Bagaimana Mahu Mula bisnes online

Bagaimana Mahu Mula Bisnes Online

Teks daripada guru online: anysidayu
Saya Puan Aina, pesara kerajaan. Bagaimana puan boleh bantu saya untuk bisnes online. Saya adalah kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online?

Masalah puan Aina ini, ada beberapa sebab di bawah:

Tak pandai guna email.
Tak pandai buat email.
Tak pandai transaksi online.
Tak pandai nak cari produk.
Tak pandai cari pelanggan.
Tak tahu nak pilih produk.
Tak tahu nak jejak pembekal/pemborong.

Itu sebab namanya Kelas Asas Blog dan Fanpage, Mula Bisnes.

Kelas asas ini sesuai dengan masalah di atas. Untuk yang sudah otai, boleh pilih kelas lain yang lebih baik dari kelas asas yang kami ABDR tawarkan.

Kami buka atas soalan dan pertanyaan sekalian suri.
Jadi bagi kalian yang mempunyai senarai di atas, pilih kelas asas bisnes online, kemudian pilih pakej yuran.
Sudah faham, kemudian pilih guru. Mahu masuk guru mana, kita sangat terbuka. Kerana guru kelas bisnes ini, insya-Allah sudah biasa dengan urusniaga produk digital mahupun produk fizikal.

Apa pula produk digital?
Apa pula produk fizikal?

Ini semua kita ada terangkan di dalam kelas dan dalam ebook rujukan. Selepas daftar boleh faham dan hadam 4 ebook rujukan.

Bagi mereka yang sudah sedia mahu mula, boleh hubungi saya. Memang ramai yang sertai kami dari zero basic. Langsung tidak tahu bagaimana hendak mula. Mereka usaha, belajar buat hingga selesai. Alhamdulillah, sudah ramai yang pandai berbisnes online melalui blog dan fb. 
hubungi saya di sini ya