Showing posts with label Tips asas blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips asas blogging. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Cara scheduledkan blog

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Kebelakangan ini memang terlampau sibuk dengan aktiviti mengait, sampai tak mampu nak menulis di blog. Hu..hu. salah satu tips yang cikgu blog selalu ajar adalah tulis 5 entri sekaligus, kemudian jadualkan blog tersebut. Jadi walaupun sibuk mana sekalipun, entri kita akan disiarkan secara berjadual setiap hari.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan tips membuat  meyiarkan blog secara berjadual. Sistem ini akan membolehkan kita aktif di blog walaupun sangat sibuk. Perkara yang boleh kita kawal kita perlu kawal sepenuhnya. Supaya kita tak sakit kepala memikirkannya. Perlu bijak menyusun masa yang tak pernah cukup ini.


langkah-langkah:

1. Buat entri yang baru seperti biasa.

2. Apabila kita mahu tekan ke jadualkan penyiaran blog, tekan butang schedule.


Add caption
 3. Klik kepada set date and time. pilih hari apa kita mahu entri ini disiarkan berserta tarikh.

4. Sudah siap tekan butang done, dan tekan butang publish.

5. Hasilnya, blog akan disiarkan mengikut waktu dan tarikh yang kita tetapkan.



Jika mahukan blog anda disiarkan serentak dalam facebook anda, anda perlu mendaftar dengan networkedblog. Jadi apabila blog disiarkan secara automatik akan disiarkan dalam facebook tanpa perlu guna secara manual. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada tutorial untuk menselaraskan blog dengan facebook dengan menggunakan networked blog ini. Mudah kerana anda tidak perlu membuat kerja berulang kali. Memudahkan kerja dan masa anda.

Sekian dulu buat masa kini. Terima kasih kerana membaca.

Rujukan

khaiangel.blogspot.com

Tuesday, March 31, 2015

Tutorial memasang commentluv pada blogger

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Apa itu commentluv? Bukan bermaksud komen untuk cintan cintun tapi satu perisian yang memudahkan blogger untuk membuat backlink pada sesuatu blog. Secara automatik apabila kita memberi komen pada blog yang mempunyai widget commentluv ini akan memberi backlink padav entri baru kita.

 Ini akan memudahkan kawan blogger kita untuk membuat blogwalking pada blog kita. Kebiasannya, apabila saya membuat blogwalking, kebanyakkan blog sukar meninggalkan backlink. Yang paling tak seronok kalau saya letakkan link blog pada komen akan dianggap spam. Biasanya commentluv hanya ada pada woodpress, tapi hari ini jumpa pula caran install commentluv di blogger daripada bloggingden.

Tutorial memasukkan widget comment luv.

1. Mula-mula buka laman web http://intensedebate.com/ dan buka akaun melalui sign up.






Mahu bekerja dari rumah dan perlukan sokongan, bergabung dengan kami di Akademi Bekerja dari rumah



2. Isi borang , dan hantar kemudian klik pada link pengaktifan daripada akaun email. Pastikan tanda pada pilihan  “I want to install inteseDebate on my blog or website". 



 3. Sekarang login ke dalam akaun " IntenseDebate" account, kemudian pergi ke Sites > Add BlogSite.



4. Masukkan  URL blogspot blog dalam “Step 1: Specify URL”

5. Sekarang pilih  Blogger platform “Step 2: Choose Platform” kemudian pergi ke langkah terakhir. 

6.  Dalam Step 3:  "Installation" ikut arahan untuk install "plugin" dalam blog. Tandakan pilihan  “All new posts” (disarankan).


7. Sekarang pergi ke Blogger dashboard, muaturun blogger template dalam  “.XML” daripada “Backup/Restore”.




8. Kemudian, upload blogger template td dengan mengklik  pilihan “Choose file”.Kemudian klik pada “Upload file and continue” .

9. Sekarang, kita akan terus ke skrin ini. Salin code template tersebut, tekan ctrl c (copy)

10. Pergi ke  blogger profile dan klik ke  Template > Edit html. Gantikan code asal dengan menukarkan kepada code yang disalin tadi, tekan ctrl A untuk pilih semua kod, kemudian tekan ctrl v9 untuk menyalin kod yang di copy tadi. Kod ini tak akan merosakkan template asal tadi atau apa sahaja. Kemudian tekan,   Then “Save template".

11. Jangan lupa klik pada  “Configure this IntenseDebate account”. Kemudian, pergi ke pluggin klik  “Activate” to active the CommentLuv plugin.



Sebenarnya widget ini hanya untuk woodpress, tapi kini blogger juga boleh menggunakannya. Terima kasih, blogging den atas idea yang bernas ini, sekarang blogger juga boleh berinteraksi dengan pembaca blog dan kawan blogger dengan lebih mesra.

psst: jangan lupa cuba comment luv yang saya baru pasang tu ..he2,,

Promosi Bulan April ini:
 

Harga sebenar : RM25 + RM30 + RM25 = RM80


Harga sebenar : RM25 + RM30 + RM50 = RM105
Untuk dapatkan ebook ini sila hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof



Sunday, March 22, 2015

10 ciri blog berpengaruh

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Pasti ramai yang tertanya-tanya ya bagaimana mahu membina blog blog yang berpengaruh di mata pembaca. Berikut merupakan 10 ciri blog berpengaruh daripada cikgu Anys Idayu


1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.
Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.
3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.
Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR, kami buka pendaftaran setiap hari. 

Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

Sunday, January 25, 2015

Bagaimana kelas online ABDR dijalankan?

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiirahmanirahim...
Ramai yang tak yakin tentang kelas online Akademi Bekerja Dari Rumah. Pengalaman saya, saya sangat bersyukur apabila terdapat kelas online belajar blog. Kenapa? Anak sudah tentu tiada siapa yang jaga, memang sukar nak tinggalkan anak-anak kalau nak pergi belajar di kelas kemahiran.  Saya pernah suarakan pada suami nak belajar kelas menjahit dan coklat tapi sukar sebab tiada siapa nak jaga 3 orang budak baik ini. Sehari mungkin boleh diterima, kalau 2  3 hari agak sukar. Jadi, kelas online adalah mudah kerana fleksibel dan boleh iakses bila-bila masa. 

Daripada salah seorang guru online ABDR, Pn Aishah Hussein.

Ada yang bertanya bagaimanakah kelas dijalankan?
Apa yang dimaksudkan dengan online? Guna webinar ke?
Berapa jam kelas sehari? Berapa kali seminggu/sebulan?
Sebenarnya masa untuk kelas tidak ditetapkan. Ia adalah fleksibel. Bermaksud, pelajar boleh berhubung terus dengan guru online pada bila- bila masa.
Nota diberikan di dalam grup kelas. Ebook asas blog akan menjadi buku rujukan dari semasa ke semasa. Ada soalan lontarkan sahaja di inbox facebook. Bimbingan kelas one-to-one juga akan diadakan apabila peserta dan guru memang sedang online.
Kenapa aturannya dilakukan begitu.
Kerana kami memahami setiap pelajar yang menyertai ada komitmen sendiri. Rata-rata yang menyertai kelas asas blog adalah suri rumah yang sibuk dengan tugasan kerja dan rumah.
Ada antara peserta yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk buka facebook langsung di siang hari, walaupun waktu rehat.
Ada yang suri rumah sepenuh masa tetapi siang hari perlu fokus pada anak-anak kecil. Dan tidak lupa juga kepada perebutan kuasa ke atas gajet oleh kanak-kanak riang di rumah mereka:) Jadi masa luang masing-masing tidak sama. Dengan cara ini kami memberi ruang kepada peserta agar tidak rasa tertekan untuk menyiapkan tugasan di kelas.
Ada yang bertanya kalau saya masuk kelas asas blog ni, apa manfaat yang mereka dapat. Boleh ke naikkan trafik blog kami?
Kami di akademi saling bantu-membantu mempromosikan blog peserta-peserta lain, walaupun bukan dari kelas sendiri. Tetapi terus-terang saya katakan, usaha haruslah datang dari peserta sendiri.
Ikut modul yang diajar di dalam kelas. Rajin buat entri menarik minat pembaca. Inshaallah akan ramai pembaca yang singgah di blog.
Jika entri tidak dibuat, walau dipromo setiap hari, pembaca akan rasa bosan sebab setiap kali singgah asyik entri yang minggu lepas. Akhirnya blog jadi bersawang.
Malah ada peserta saya yang memang rajin membuat entri yang berkaitan dengan tajuk blog, dalam masa sebulan sudah mencapai ranking 10 teratas dalam carian google. Mana tidaknya, sambil masak pun beliau masih mencari idea untuk menulis. Tiada laptop, guna telefon bimbit pun dapat siapkan blog mengikut standard akademi dalam masa 10 hari. Minat dan usaha harus seiring.
Apabila sudah mencapai standard, tidak bermakna peserta akan terputus hubungan dari akademi. Malah peserta masih boleh terus menyumbang dan berkomunikasi dengan guru dan peserta lain. Menambahbaik peluang bisnes yang ada antara peserta akademi dan mengembangkan ukhwah dan network yang ada antara peserta.
Moga niat kami ingin membantu suriumah yang ingin menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga masing-masing diberkati Allah.


Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com

Wednesday, November 12, 2014

Tip Multitasking apabila bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Apabila bekerja dari rumah, kita memang takkan cukup masa. Anak yang kuat merenggek, nak itu nak ini. Memang sangat pening, jika kita ingin bekerja dari rumah lupakan sistem waktu bekerja di pejabat, 9-5 ptg. Waktu bekerja di rumah adalah bermula daripada pukul 4/5 pagi hinggalah lewat malam. Kita perlu mencuri masa melakukan kerja, sambil melayan kehendak dan menguruskan anak. Walaupun anak penting tapi tanpa melakukan kerja sambilan tiada pendapatan yang masuk. Kita bekerja sendiri tidak sama dengan makan gaji, setiap bulan pasti ada gaji. Bekerja sendiri, buat kerja sedikit langsung tiada gaji, perlu bekerja lebih keras daripada makan gaji. Tapi untungnya kita mampu menguruskan anak-anak sendiri.

Apabila bekerja dari rumah@ berniaga dari rumah sudah pastilah kita bergantung sepenuhnya dengan pemasaran di internet. Jadi kita perlu memanfaatkan medium pemasaran yang percuma seperti facebook dan blog. Blog sesuai untuk yang baru berniaga. Tanpa perlu sewa kedai yang mahal, tak termasuk bil air dan elektrik lagi, sambil berniaga boleh menguruskan rumahtangga, dan anak-anak. Pendek kata lebih jimat dan selesa, seperti kita tahu untuk 3 tahun pertama, perniagaan adalah sukar, dan sangat mencabar. Erti kata lain, perniagaan tahun pertama biasanya banyak rugi daripada untung. Jika berlaku kerugian, apabila menggunakan kedai online kita tidak mengalami kerugian yang banyak. Namun begitu, sangat penting kita berguru untuk mengurangkan risiko kerugian. 

Bisnes online hanya perlukan: 
  • Komputer/ laptop
  • Internet
  • telefon bimbit 
Cukup semuanya sudah boleh bermula.

Apabila menggunakan medium blog sebagai pemasaran, kita perlu sentiasa memperbaharui entri-entri baru dalam blog bertujuan menarik minta pengunjung ke kedai online kita. Tanpa entri baru kedai kita akan sepi tanpa pengunjung. 

"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
 
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah
'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog) 

Perlu latih diri pantas dan multitasking. 


http://www.metahatem.com/blog/multitasking-mother

  • Sangat penting menjaga masa apabila bekerja dari rumah tidak boleh leka dan sentiasa latih diri untuk pantas melakukan kerja. Misalnya, jika kita mencuba resepi terbaru, tulis resepinya dan ambil gambar semasa memasak. Jika resepi tersebut menjadi, hiaskan cantik-cantik atas pinggan kemudian ambil gambar sebelum mula makan. Kemudian apabila ada masa tulis resepi dan siarkan dalam blog apabila ada masa. 
  • Sentiasa pastikan kamera atau lebih mudah handphone sentiasa dengan kita, sentiasa bersedia mengambil gambar perkara menarik yang berlaku, nanti boleh tulis di blog. Paling mudah gambar anak, buat sebagai latihan disamping itu, kita mempunyai banyak memori yang boleh dikongsi bersama mereka kelak. 
  • Tuliskan sebarang idea yang terlintas dalam kepala di dalam buku nota.  Mudah nak ingat dan semak apabila diperlukan. Paling pasti kita tak berserabut otak di kepala sebab banyak sangat memikir. Otak jadi santai dan tenang, dan tak sakit kepala nak ingat balik.  Sentiasa bawa buku nota ke mana sahaja. Idea boleh muncul bila-bila masa. Jadi sentiasa sediakan pen dan nota walau ke mana anda pergi. 
  • Perkara penting apabila bangun sahaja waktu pagi, periksa buku nota supaya kita tahu apa yang kita perlu lakukan. Secara tidak langsung membantu kita menguruskan tugas harian dengan mudah termasuklah persediaan menyediakan projek yang seterusnya. 
  • Tulis entri sedikit demi sedikit. Tak perlu menyiapkan satu post dalam satu masa. Jika kita hanya mempunyai masa 20 minit, mulakan dengan menyediakan satu post dalam bentuk draf, tulis tajuk dan rangka termasuk sedikit idea, letakkan sebarang rangkaian (link) yang kita perlukan, kemudian simpan. Apabila ada masa, letak gambar dan mula tulis post utama. Apabila ada masa lagi, habiskan bahagian tengah, kemudian kesimpulan dan siarkan apabila ada masa lebih. 
  • Sentiasa pastikan telefon pintar ada bersama kita. Pertama kita boleh mengambil gambar jika terdapat sebarang perkara yang menarik ataupun sebarang projek yang lain. Yang kedua, gunakan untuk mencatat sebarang idea yang perlu ditulis dalam notebook  kemudian, yang ketiga kita boleh melayari facebook atau blogwalking apabila anak tidur atau tiada kerja untuk dilakukan. 
Berhenti di sini dulu ya. Nanti jumpa lagi.

Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. 

Rujukan daripada: 

http://www.thisbirdsday.com/habits-successful-mom-bloggers/
ebook asas blog, Masayu Ahmad.

Sunday, August 17, 2014

Tips Blog Niaga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tips blog niaga :
1) harus simple & jangan ada banyak gadget / aplikasi yg boleh melambatkan loading
2) gambar barang harus clear, letak harga bawah gambar & keterangan produk
3) Pastikan nama, phone no & email ada di tepi side bar supaya senang pelanggan nak hubungi
4) letak borang pesanan di bawah entri supaya pelanggan senang membuat pesanan setiapkali melihat produk
5) letakkan terma & syarat jual beli di bahagian pages atas blog

belajar lanjut dalam kelas online blog mula bisnes
pendaftaran dibuka setiap hari
Masa belajar yang sangat fleksibel untuk suri yang super duper sibuk.
pm untuk mula daftar dan belajar


Berminat sertai kelas online belajar buat blog kami, hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof

Monday, June 16, 2014

Panduan Mudah Dijejaki Oleh Google

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.
Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.
Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google
1. Nama kita sebagai penjenamaan contoh:  Aishah Hussein
2. Email juga penjenamaan aishah.hussein@gmail.com
3. Blog http://aishah-hussein.blogspot.com/


Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum
kak aishah sudah mula menapak carian 1 hingga 10
1 carian mewakili 10
10 mewakili 100 carian pertama
jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
cuba letak nama pengasas kami, Masayu Ahmad, hampir 10 carian itu penuh
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Keterangan lanjut ada di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook:https://www.facebook.com/dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480
Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van