Tuesday, April 4, 2017

Mana tumpahnya kuah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim..


"Kina, tolong ambilkan air untuk akak. Akak hauslah. "
" Ameklah senini, ish akak ni. " rungut Kina tapi masih tolong bawakan air.
" Aishah, tolong buangkan sampah ni. " pinta Kina.
Ibu minta tolong kakak buat sesuatu, nanti kakak minta tolong Kina buat sesuatu. Kemudian, Kina pun minta tolong Aishah buatkan sesuatu. Nanti, Aina besar sedikit, Aisyah mintak tolong Aina buat sesuatu. Apa yang ibu buat kat anak-anak itulah yang diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Anak-anak belajar dengan mengikut bukan mendengar arahan.
" Mana tumpahnya kuah kalau ke nasi, kalau ke lantai dah membazir. "
hu..hu..

Saturday, April 1, 2017

Tadah telinga

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


" Ibu kat sekolah tadi kan..pot pet..pot pet.. Ibu dengar tak ni?. " bersungguh-sungguh anak-anak bercerita samapai sahaja di rumah.
Tadah jelah telinga, walaupun kita tengah pening nak buat kerja. Latih diri dengar anak bercerita setiap hari, biasakan mendengar. Suatu hari nanti anak dah sibuk dengan dunia mereka. Kita pula rindu dengar bebelan mereka. Apa lagi kalau kita ni dah biasa 24 jam dengan anak-anak lagi rindu menebal.
Waktu kecil anak ni lah, kita akan sibuk nak cari duit nak cukupkan makan minum, pakaian dan pendidikan anak-anak. Tapi singkat sahaja masa anak dengan kita, tu jelah masa kita nak didik, belai dan canai anak-anak ikut acuan yang kita nak. Penat tak penat harung jugalah. Anak-anak kan amanah. Boleh ke tak boleh perlu buat sehingga boleh.

Latihan Memasak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Latihan memasak
Kadang-kadang perasan juga, apa yang kita masak. Anak-anak suka, tapi orang lain tak suka. Biasanya bapak budak la mengada-ngada. Sampai buat muka tunjuk perasaan baru makan. Yelah, mana la boleh lawan masakkan kat kedai makan, yang hari-hari masak yang serupa. Mestilah beza dengan orang yang masak nak cepat asal kenyang sudah. Yelah Cik Aina kuat mengamuk, kalau dia dah berkepit, bukan senang nak merempit.
Tapi bila anak-anak dah biasa makan masakan kita. Barulah mereka nak makan penuh selera. Kata kuncinya bukan sedap tak sedap. Rajinkan diri masak di rumah, biasakan anak dengan masakan kita. Masakan atau hasil tangan kita ada nilainya, ibarat cap jari. Tak sama walau di mana pun. Kalau kita pesan makanan di kedai belum tentu serupa dengan masakan ibu kita.
Apabila anak dah dewasa, biarlah anak rindu sangat dengan masakan kita. Masakan kita akan jadi penguat kasih sayang anak-anak kat kita.Yang penting rajin masak bukan soal sedap atau tak sedap.Jadi ibu ni kena gigih belajar masak sampailah sedap. Kata omputih "Praktis make perfect. " Tak pandai belajarlah sampai pandai.
Teringat pesan ayah
"Kau malas la masak kat rumah, nanti laki kau minum kat kedai je. Janda kat kedai makan lawa-lawa. "
Ayah cukup marah kalau mak duduk lama-lama kat rumah anak. Katanya rindu masakan mak.
Hu..hu..

Friday, March 31, 2017

Cabaran menulis bah 1

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Biasanya orang selalu pesan, kanak-kanak kalau diam maksudnya dia buat projek bukan-bukan. Memang pun, Ibu masuk bilik menaip blog, anak pun senyap. Jengah sekejap, patutlah senyap dan gembira. Tiada sorang pun kacau ibu dalam bilik. Habis satu rumah disepahkan. Ibu bertukar hijau, semua pakat-pakat tolong kemas semula. 

Yang paling menarik, setiap kali baba balik sibuk bercerita betapa cantiknya mereka mengemas rumah. Tak cerita pula projek mengembur satu rumah dekat baba. Sabar jelah. 



Thursday, March 30, 2017

Ibu yang garam

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..




" Ibu ni garamlah dengan Kina, nak cari ibu barulah. " rungut Kina.

" Kina ni nakal dengan ibu, ibu pun nak cari anak baru. " usik ibu.

Semakin kuat Kina menangis, nangislah ibu kebal dengan tangisan Kina.


Cukup suka menyakat kanak-kanak riang, sekejap sahaja ibu usik selepas tu anak-anak akan ketawa keriangan.  

Kakak bermulut manis

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin kongsikan kisah si kakak yang bermulut manis.

" Ibu ni garangkan? " tanya ibu pada kakak. 

"Eh mana ada ibu baik sangat" si kakak bermulut manis dengan ibu. 



Si kakak sekarang sudah kurang menangis tetapi sudah pandai bermulut manis. Anak-anak sebenarnya belajar memahami rentak ibu mereka. Betullah orang kata, anak-anak makin besar kita rasa makin mudah. Sewaktu anak kecil, memang susah nak jaga.Tapi bergantung juga cara didikan dan tanggapan positif ibu pada anak-anak. 

Masih banyak perlu pelajari untuk mendidik anak. Cara didik anak ni tak semestinya sama macam teori di "Facebook". Pandai-pandailah nak bereksperimentasi dengan anak-anak. Fahami perangai anak-anak, dari situ boleh kawal anak-anak sendiri. Jangan lupa ibu perlu pandai psikologi dengan anak, berikan kata-kata positif pada anak-anak. Biar melekat hingga tua. 

Tuesday, March 7, 2017

Tak jawab soalan ujian

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

.
Ujian pentaksiran 1 sudah bermula di sekolah, rasa ibu pula bersekolah, jantung berdegup kencang memikirkan ujian. Anak masih tetap tenang tanpa baca buku dan ulangkaji.

" Kakak boleh jawab tak ujian tadi? " tanya ibu sambil duduk lipat baju yang menimbun-nimbun tak surut.

"Akak tak jawab soalan tadi." balas si kakak dengan penuh keyakinan di dada.

Terperanjat dengar jawapan si kakak.

" Kertas akak kosonglah, tak jawab ujian. " Dalam kepala berfikir budak ni mesti dapat markah kosong nanti.

" Memanglah tak jawab, akak tulis tadi atas kertas. " balas kakak masih dengan penuh keyakinan di dada.

Adui, budak kicik ni picit baru tau. Tak tau nak marah atau gelak. Ibu pilih gelak sekuat hati.