Thursday, March 26, 2015

Faktor ibu cepat naik marah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari-hari, ada sahaja perangai anak yang menjengkelkan, kita tahu mereka masih budak lagi. Namun apa ya, penyebab kita mudah marah mereka. Tak seronok la kan asyik marah anak, kita tensen, anak pun sama tensen. Lagi dimarah lagi dibuatnya.


Tak seronok jadi ibu yang garang dan pemarah, 1) Kita tak mahu anak anggap kita ni menjengkelkan dan kuat marah, 2) Kita sukar didekati anak kerana bagi mereka kita sukar dibawa berbincang, dan anak makin jauh dengan kita, 3) Kita sentisa tertekan kerana kita selalu marah, kalau asyik marah berkedutla muka nanti, hu..hu

Apa beza ya surirumah yang berkerjaya dan surirumah sahaja

Antara sebab kita cepat naik darah dengan anak:


  1. Kita rasa, apabila anak tak patuh setiap arahan kita, kita anggap mereka menghina kita sebagai ibunya, betul tak? 
Selalu terjadi begitu, dan saya rasa begitu. kita selalu lupa mereka adalah anak kecil yang sedang belajar erti hidup, pasti mereka tak faham jika kita hanya memberi arahan tanpa menunjuk ajar  mereka. Contohnya, jika kita menyuruh anak mengemas mainan, tanpa mengajar mereka cara mengemas, mereka langsung tak faham. Ibaratkan kita disuruh masak piza, tapi kita tak tahu, disuruh juga, mahu menangis kalau tiada resepi, tak gitu. Keinginsempurnaan ini memang merupakan tabiat sejati dalam kehidupan seorang perempuan yang mampu membunuh perhubungan baik dalam keluarga. Semua nak sempurna, buat ini salah, buat itu salah.

Anak-anak sebenarnya mereka ingin lihat kita gembira, namun mereka tidak tahu caranya. Dan kita sebagai orang dewasa yang tentunya banyak pengalaman, perlulah mengajar anak caranya. Kadang-kadang kita marah anak kerana mereka tidak mendengar cakap kita. Kemarahan kita tidak akan menguntungkan, kerana mereka makin degil. 

Kita sebagai ibu, perlu bertenang dan ingat bahawa , hanya kecekalan, displin dan latihan yang membawa kepada keputusan yang kita hendaki, bukan dengan kemarahan yang membara.  Pernah saya bertanya salah seorang rakan yang memang pakar dalam psikologi kanak-kanak, bagaimana komunikasi dengan anak-anak yang terbaik supaya anak mendengar cakap. Beliau menjelaskan bahawa arahan dan nasihat perlui diulang berkali-kali, minimumnya 200 kali, baru anak faham. Huh, ini tak sampai 10 kali kita sudah mendidih darah, patutlah anak tak dengar cakap. 

Mahu bekerja dari rumah dan perlukan sokongan, bergabung dengan kami di Akademi Bekerja dari rumah

2. Ubahlah jangkaan yang terlalu mengunung tinggi pada anak-anak

Kita selalu mahukan masa untuk diri sendiri, kadang-kadang kita rasa anak terlalu membebankan. Kita mahukan semua kerja pantas dilakukan, dan mempunyai banyak masa untuk lakukan kerja rumah secantik waktu bujang dan ketika tiada anak. Kini, rumah bersepah, ke tandas pun perlu cepat-cepat. Kita tertekan dengan anak-anak yang asyik nak berkepit sahaja. Aduih, kita rasa anak menyusahkan.

Itulah pengorbanannya apabila ada anak, tak cukup tidur, nak ke tandas pun tak sempat, rumah berterabur. Kita jangan terlalu berharap anak boleh lakukan semuanya dengan sendiri, jangan harapkan anak berusia 2 tahun untuk terus jadi macam budak berusia 6 tahun. Ajari anak perlahan-lahan, bentuk mereka perlahan-lahan.

Apabila kita sudah menerima kenyataan rumah kita tak seindah dahulu, kita tiada masa yang lapang seperti dahulu, semuanya tentang anak sahaja. Maka kita akan rendahkan jangkaan kita yang segunung tinggi itu. Buat perlahan-lahan kerja rumah, dan biarlah rumah tu tak sempurna mana pun. Asalkan kita kemas setiap hari dan tiada najis atau kotoran yang boleh mengancam kesihatan kita. Itu sudah cukup bagus, yang penting anak terjaga. Setiap kerja kita perlulah sentiasa melibatkan anak supaya merka tak terasa terabai dan dipinggirkan.

Bak kata Puan Rachel:

I should expect obedience, but not 100% obedience. 
I can expect a good attitude, but not if I’m a sour puss all day. 
Kita mengharapkan anak ikut cakap, tapi bukannya 100 % kepatuhan. 
Kita mengharapkan akhlak yang baik, tapi tidaklah jika terpaksa bermasa muka sepanjang masa.

3. Ibu juga perlukan rehat waktu sendiri.

Paling penting bangun la, seawal pagi, apabila kita bangun pagi kita sempat menguruskan keperluan anak-anak dan suami. masak, kemas mainan, berblogging dan masa untuk diri sendiri. Dah siapkan perkara penting kita rasa tak tertekan. Mula-mula, kelamkabut, lama-lama kita makin mahir menghadapi karenah anak yang makin mencabar. 

Bangun awal, kita rasa lega, kita boleh buat apa yang kita ingini. Seronok, bangun pagi, kita jadi lapang sahaja.


4. Keadaan menjadi tak terkawal.

Apabila kita mula-mula dapat anak, kelamkabut nak uruskan anak, rutin juga berubah. Semua kerja tidak teratur, sukar nak memasak, nak mengemas. Kemudian, kita makin bagus dalam menguruskan rumah tangga. Dikurniakan rezeki lagi, bertambah ahli keluarga yang baru. Mana nak uruskan, si kakak adik, membuatkan kita kelamkabut.

Kita terlalu lelah dengan perangai anak, kita biarkan mereka lakukan sesuka hati. Bangun lambat, tidur lambat. Suka hatilah janji ibu boleh buat kerja. Akhirnya, anak tak terkawal, merengek dilayan. Kita makin hilang sabar, akhirnya gunung berapi melutup. Silapnya, kita tak kawal anak bukan anak kawal kita. Jadi apabila semuanya tak terkawal, kena tekan butang reset dalam minda anak. Boleh lihat tips how to reset button when things under control.

Apa yang perlu kita lakukan, menentukan jadual harian anak-anak. Beritahu anak apa yang kita jangkakan pada mereka. Ulang-ulang sampai anak faham, pernah bertanyakan pada psikologi, kaedah yang terbaik untuk anak faham kita. Ulang apa yang kita jangkakan pada mereka sebanyak 200 kali. Ulang arahan dan nasihat berkali-kali supaya mereka faham dan melekat dalam minda anak.

Waktu paling bagus, waktu anak nak tidur, bermain dan dalam bentuk cerita. Susah sebenarnya nak tahan marah. Semuanya perlukan latihan, bak kata satu buku motivasi yang saya suka, Ikut Hati Anda penulisan Andrew Mathew. Setiap orang yang kita jumpa adalah guru. Dalam hal ini adalah anak-anak, mereka melatih kita bersifat sabar dan tegas dalam mendidik mereka.

5. Kita tertekan dan perlu redakannya.

Adakala, surirumah ini ada downtime juga, apa yang perlu kita lakukan apabila kita tertekan ya? Hormon yang tak stabil terutama waktu mengandung dan waktu darah haid, menyebabkan kita jadi baran sahaja. Kita tertekan anak pula makin nakal dan kuat menangis, apa lagi kita mudah naik tangan.

Jadi surirumah adakala kita terkongkong seperti dalam gua. Tanpa komunikasi dengan dunia luar, rasa kosong sahaja. Manakala, persekitaran pula hanya dengan anak-anak, rancangan kartun, tv drama korea, hindustan, melayu dan arab. sangat tertekan. Biasanya kita tertekan, kita akan menghadap masalah itu, asyik fikir sahaja macamana nak buat, buat itu, buat ini, satu pun tak menjadi. Itu dahulu, sekarang ini gunakan internet medium yang paling mudah untuk berkomunikasi dalam dunia luar. perlu pandai cari kumpulan sokongan berdasarkan minat kita misalnya mengait, menjahit dan memasak. Ish zaman sekarang, surirumah sekarang lebih maju ke hadapan jangan tak tahu. Di barat, jangan tak tahu nenek-nenek jadi blogger, nampaknya kita sudah jauh ketinggalan.

Pelajari kemahiran baru walaupun di rumah, internetkan ada. Belajar kemahiran menjahit, mengemas, menghias, mengait, memasak dan sebagainya ada di internet sekarang ini. Gunakan dan manfaatkan sepenuhnya teknologi ini. Kita tak mungkin bosan duduk di rumah.

Tak pun suruhla, suami bawa anak keluar bermain di taman, tinggalkan kita untuk melapangkan minda. Biasanya, cukuplah satu jam atau 2, itupun kita akan rindu anak balik. kan? Paling penting kita tak mampu nak kawal keadaaan yang menyebabkan kita tertekan, tapi anak-anak tak sepatutnya menerima tempias tekanan kita. Kemungkinan kita perlu lihat komitmen kita , buat perlahan-lahan, dan nilai balik keutamaan kita. Mana yang penting atau tak.

Kemarahan itu normal, tapi kita perlu mengawalnya. Anak bukan sahaja anugerah, mereka juga turut mengajar kita pelbagai perkara.

Walaupun anak perlu memahami sebab musabab keburukan setiap tiap tindakan mereka yang salah, kita tak perlu memarahi mereka. Apa yang penting, kita perlu terangkan mereka berkali-kali. Adatlah kita pun pelupakan?
Menulis artikel ini bukanlah bermaksud saya tak pernah marah anak. Hui...satu benda yang sukar dilakukan tapi saya juga berusaha seperti anda untuk kurang memarahi anak. Penat juga kalau satu hari, asyik marah. hu..hu, Banyakkan selawat dan biarkanlah rumah bersepah, lepas itu kemaslah kembali. Sekarang cuba melatih untuk kurangkan cakap benda negatif pada anak. Sebenarnya, kenakalan anak bergantung kepada cara kita memandang mereka. Kalau kita rasa mereka nakal, memang mereka nakal. Nampak sahaja, kenakalannya di mata kita. Walaupun mereka cuba jadi baik, macam kita nak. Kalau kita rasa mereka baik, maka baiklah mereka. Nampak sahaja kebaikkannya, walaupun mereka buat nakal. Perasan tak? 







Rujukan:



amotherfarfromhome


4 comments:

  1. Bagusnya info yang Dalila kongsikan ini. maklumlah ibu-ibu pun manusia biasa. Adakalanya bila tindakan anak-anak di luar kawalan, memang ada termarah juga. Apapun anak-anak adalah anugerah terindah dan meruapakan amanah yang perlu kita jaga sebaik mungkin. Amin

    ReplyDelete
  2. Tulah, tengah berlatih tahan sabar, dengan banyakkan bermain dengan anak..hu2...kadang-kadang meletup juga...

    ReplyDelete
  3. Betul DY....bila mereka tak ikut arahan kita tu yg jadi kita nak marah tu. Bukan anak kecik jer cenggitu.......anak dah besarpun sama jer, lagilah mendidih mak ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu2...memang kena sabar, kalau tak bawak sampai ke tua benda ni..esok anak dah kawen tak mungkin ikut cakap kita..he2

      Delete