Sunday, January 25, 2015

Apa yang kita dapat pelajari daripada anak-anak?

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat tengahari buat pembaca sekalian, hari ini saya ingin utarakan sedikit tentang apa yang kita pelajari daripada anak-anak kita yang comel dan nakal. Hari ini, ramai yang takut nak melahirkan anak yang ramai, kos hidup yang makin meningkat, takut tiada siapa yang jaga dan takut tiada masa untuk diri sendiri dan pasangan. Takut macam-macam lagi.

Teringat sewaktu mengandungkan anak kedua dan ketiga, doktor dan jururawat kerajaan akan bising-bising kalau asyik mengandung sahaja. Waktu itu masih mentah tak tahu apa-apa, menangis rasanya, dengar mereka merungut, mungkin banyak sangat orang bersalin menjadikan beban kerja bertambah dan gaji adalah ciput tak setimpal dengan tugas mereka. Paling tertekan, apabila mengandungkan Aisyah, tapi perasan sebenarnya walaupun tak bersedia ada anak ramai, tapi apabila kita terpaksa harungi juga, kita akan berjaya juga  menjaga anak yang berderet-deret tu. Aisyah yang paling saya takut tak terjaga tulah yang paling saya sayang. ha..ha...Jadi apa yang kita pelajari daripada budak-budak comel ni?

http://savingourfuture.com/


  • Pengikat paling kuat dalam sebuah perkahwinan
Lahirnya anak-anak di dunia ini, adalah pengikat kepada hubungan suami isteri. Sukar sebenarnya untuk hidup dengan orang yang berlainan budaya, cara hidup, adakala apa yang kita kata betul, pasangan rasa salah, begitu juga sebaliknya. Ibarat lelaki daripada planet Marikh bertemu dengan wanita daripada planet Zuhrah yang panas tu. Huh, jauh berbeza, setiap kali bergaduh kita pasti akan mengalah melihat anak-anak yang comel masih memerlukan sokongan ibu bapa mereka. Mereka memerlukan ibu bapa bukan salah satu. Begitulah hebatnya pengikat hubungan suami isteri. Demi anak kita sanggup bertahan dan akhirnya, pasangan saling memahami dan kasih sayang itu makin tebal walaupun dilanda badai tsunami. Biasanya, apabila berkahwin apa pun berlaku. Tak kira lah teruk mana sekalipun, selagi tiada pihak ketiga, akan tetap baik dan damai, lebih-lebih lagi apabila ada anak apalagi jika berderet-deret. 

  • Pemberi semangat yang paling kuat 
Ingat lagi dahulu, jika kita tak mahu lakukan sesuatu, kita sanggup berikan beribu malah berjuta alasan misalnya bekerja sambil lewa. Namun, kelahiran anak-anak bakal merubah segalanya, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak cukup segala keperluan, sihat dan gembira menjalani zaman kanak-kanak. Kita sanggup buat apa sahaja, biarlah anak-anak ada segalanya, kita tak cukup makan, tak cukup tidur pun tak mengapa. Kita belajar walaupun kita tak tahu bagaimana nak lakukan sesuatu perkara kita akan paksa diri untuk belajar, untuk tahu perkara tersebut. Contoh paling mudah, kita tak tahu nak masak kita belajar, kita masak samapi pandai. Kita beli macam-macam buku, sampai kita pandai. Duit tak cukup, tapi kita cari juga duit sampai betul-betul cukup. Tanpa anak, kita tak mungkin berusaha seteruk dan sekuat itu, betul tak? 

  • Guru yang mengajar erti sabar. 
Kemas, terabur, kemas terabur, ah..tensen jadi ibu tau tak. Sebenarnya, di sini kita belajar erti bersabar. Kalau hari-hari kita pukul tak jadi orang anak tu, lunyai dikerjakan kita. Di sini kita belajar bagaimana nak mengajar anak kemahiran hidup dengan kesabaran yang cukup tinggi. Yelah, budak-budak sukar nak faham apa yang kita ajar, lama-lama mereka akan pandai. Itu belum lagi ajar membaca, memasak, adab dan macam-macam lagi. 

  • Berusaha/belajar  bersungguh-sungguh walaupun diherdik/ terjatuh
Perasan atau tidak, banyak benda yang kita boleh pelajari daripada anak-anak. Sekali terjatuh, mereka menangis kemudian bangun, buat perkara yang sama. Walaupun berdarah terjatuh, kita marah, mereka tetap ingin belajar sesuatu yang baru.   Memang kita ini manusia dilahirkan dengan semangat inkuiri (sifat ingin tahu) yang sangat tinggi. Bak kata orang Melaka, menggigal nakkan sesuatu, cuba juga buat walaupun selalu gagal. Namun, apabila kita dewasa, kita mudah putus asa. Kita lemah apabila gagal mencapai sesuatu matlamat. Kita takut nak buat sesuatu walaupun nak melakukan perkara yang baik bimbang orang cemuh. Tapi perkara jahat kita tutup mata buat terus. Atas alasan tak nak hipokrit.  Jika mahu berjaya kita perlu tiru sifat mereka ini, menggigal buat sesuatu sampai berjaya, baru boleh berjaya! 

  • Sangat pemaaf
Bergaduhlah seteruk mana sekalipun, tak sampai setengah jam, sudah berbaik, boleh gelak-gelak lagi. Itulah perangai anak-anak. Budak-budak mereka cepat lupa dan mudah memaafkan, walaupun salah besar mana pun. Adakala, kita marah anak-anak seteruk mana pun mereka tetap mahukan kita, mereka mahu kita peluk merekakan?  Tak seperti orang dewasa yang sangat pendendam. Kita perlu contohi perangai ini, pasti dunia akan aman.



Kita belajar banyak benda daripada anak-anak. Belajar kerja kuat, belajar bersabar dengan anak-anak dan pasangan kita. Belajar cari duit yang banyak untuk mencukupkan keperluan anak-anak. Belajar memaafkan orang lain walaupun seteruk mana perangai mereka. Belajar bangun walaupun jatuh berkali-kali, berdarah atau cedera parah untuk mencapai kejayaan. Kita yang banyak belajar daripada anak-anak, sebab itu kita jadi makin matang apabila ada anak.




Rujukan: 

http://ratuhati.com/bayi-dan-kanak-kanak/asuh-dan-didik/1565-apa-yang-ibu-bapa-boleh-belajar-daripada-kanak-kanak/1565-apa-yang-ibu-bapa-boleh-belajar-daripada-kanak-kanak


Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam


Atau mahukan kelas online? 

Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Boleh hubungi saya : 

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com