Teks: Dalila Yusof
Bismillahiirahmanirahim...
Ramai yang tak yakin tentang kelas online Akademi Bekerja Dari Rumah. Pengalaman saya, saya sangat bersyukur apabila terdapat kelas online belajar blog. Kenapa? Anak sudah tentu tiada siapa yang jaga, memang sukar nak tinggalkan anak-anak kalau nak pergi belajar di kelas kemahiran. Saya pernah suarakan pada suami nak belajar kelas menjahit dan coklat tapi sukar sebab tiada siapa nak jaga 3 orang budak baik ini. Sehari mungkin boleh diterima, kalau 2 3 hari agak sukar. Jadi, kelas online adalah mudah kerana fleksibel dan boleh iakses bila-bila masa.
Daripada salah seorang guru online ABDR, Pn Aishah Hussein.
Ada yang bertanya bagaimanakah kelas dijalankan?
Apa yang dimaksudkan dengan online? Guna webinar ke?
Berapa jam kelas sehari? Berapa kali seminggu/sebulan?
Apa yang dimaksudkan dengan online? Guna webinar ke?
Berapa jam kelas sehari? Berapa kali seminggu/sebulan?
Sebenarnya masa untuk kelas tidak ditetapkan. Ia adalah fleksibel. Bermaksud, pelajar boleh berhubung terus dengan guru online pada bila- bila masa.
Nota diberikan di dalam grup kelas. Ebook asas blog akan menjadi buku rujukan dari semasa ke semasa. Ada soalan lontarkan sahaja di inbox facebook. Bimbingan kelas one-to-one juga akan diadakan apabila peserta dan guru memang sedang online.
Kenapa aturannya dilakukan begitu.
Kerana kami memahami setiap pelajar yang menyertai ada komitmen sendiri. Rata-rata yang menyertai kelas asas blog adalah suri rumah yang sibuk dengan tugasan kerja dan rumah.
Kerana kami memahami setiap pelajar yang menyertai ada komitmen sendiri. Rata-rata yang menyertai kelas asas blog adalah suri rumah yang sibuk dengan tugasan kerja dan rumah.
Ada antara peserta yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk buka facebook langsung di siang hari, walaupun waktu rehat.
Ada yang suri rumah sepenuh masa tetapi siang hari perlu fokus pada anak-anak kecil. Dan tidak lupa juga kepada perebutan kuasa ke atas gajet oleh kanak-kanak riang di rumah mereka:) Jadi masa luang masing-masing tidak sama. Dengan cara ini kami memberi ruang kepada peserta agar tidak rasa tertekan untuk menyiapkan tugasan di kelas.
Ada yang bertanya kalau saya masuk kelas asas blog ni, apa manfaat yang mereka dapat. Boleh ke naikkan trafik blog kami?
Kami di akademi saling bantu-membantu mempromosikan blog peserta-peserta lain, walaupun bukan dari kelas sendiri. Tetapi terus-terang saya katakan, usaha haruslah datang dari peserta sendiri.
Ikut modul yang diajar di dalam kelas. Rajin buat entri menarik minat pembaca. Inshaallah akan ramai pembaca yang singgah di blog.
Ikut modul yang diajar di dalam kelas. Rajin buat entri menarik minat pembaca. Inshaallah akan ramai pembaca yang singgah di blog.
Jika entri tidak dibuat, walau dipromo setiap hari, pembaca akan rasa bosan sebab setiap kali singgah asyik entri yang minggu lepas. Akhirnya blog jadi bersawang.
Malah ada peserta saya yang memang rajin membuat entri yang berkaitan dengan tajuk blog, dalam masa sebulan sudah mencapai ranking 10 teratas dalam carian google. Mana tidaknya, sambil masak pun beliau masih mencari idea untuk menulis. Tiada laptop, guna telefon bimbit pun dapat siapkan blog mengikut standard akademi dalam masa 10 hari. Minat dan usaha harus seiring.
Apabila sudah mencapai standard, tidak bermakna peserta akan terputus hubungan dari akademi. Malah peserta masih boleh terus menyumbang dan berkomunikasi dengan guru dan peserta lain. Menambahbaik peluang bisnes yang ada antara peserta akademi dan mengembangkan ukhwah dan network yang ada antara peserta.
Moga niat kami ingin membantu suriumah yang ingin menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga masing-masing diberkati Allah.
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com