Bismillahirahmanirahim/...
Pagi ini siap print lembaran kerja anak untuk belajar menulis, dan kraft gunting dan tampal. Kedua-duanya saya ambil daripada Teachers pay teacher dan the measured mom.
Senang anak-anak dah bangun, siap makan boleh terus buat kerja. Apabila mengajar kanak-kanak comel ini, tak ambil masa lama pun, tak sampai pun 15 minit perhatian anak-anak ini. Mereka kemudian bermain dengan riang. Ramai yang beranggapan jaga anak kat rumah bermakna perlu duduk menghadap anak 24 jam. Tidaklah begitu, lebih-lebih lagi apabila anak dah tiga ni. Mereka sudah pandai membuat aktiviti sendiri. Berlari, melompat dan biasalah "mengemas rumah". Kadang-kadang, anak-anak pandai jumpa kertas menconteng kertas dengan pensil warna. Saya tak galakkan anak menonton tv dan ipad, sebab utama anak tak penat, maka lambat mereka nak tidur malam.
Semalam, saya print satu lembaran kerja untuk cik ecah belajar menulis, crystalandcomp. Cik Ecah dah pandai pegang pensil. Tapi hanya tahu menconteng sudah mula, mahu mengajar Cik Ecah dengan serius.
Mahu bekerja dari rumah dan perlukan sokongan, bergabung dengan kami di Akademi Bekerja dari rumah
Rajinnya awak DY.....dulu okje masa anak sorang rajin jugak buat mcm awak ni...tp bila anak dah semakin ramai mls pulak hihi...
ReplyDeleteMenarik... Sangat bagus benda yang dikongsikan... terima kasih....
ReplyDelete