Monday, March 30, 2015

Perkembangan Maisara.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Semalam buat aktiviti tampal menampal gambar puzzle dengan anak-anak. Mereka ni cukup seronok aktiviti tampal menampal ini. Suka betul bermain gam, selalu sahaja risau gam tu cepat habis. Selalulah mengawal budak-budak yang baik ini supaya tak menumpahkan gam, membazir betul. Tapi seronok tengok anak beria-ia membuat aktiviti tampal menampal ini.







Malam semalam Cik Sara, melukis gambar babanya, taklah comel macam baba. Rasa nak gelak juga tengok gambar yang dilukis. Tahan sahajalah, baru permulaan belajar melukis, sekurang-kurangnya dia tahu lukis muka, badan dan kaki babanya. 




Iklan: 

Apabila duduk di rumah sebagai surirumah, jangan sia-siakan masa kita duduk di rumah dengan tidak membina kerjaya sendiri. Siapa kata surirumah tiada nilai, memasak, mengemas rumah, mengasuh anak bukan satu perkara yang mudah. mungkin dipandang sepi oleh masyarakat gara-gara tak berbayar. Kita tahu bayarannya bukan duit tapi gelak tawa anak, mengadap anak yang baik perangainya 24 jam, yang pasti anak sihat dan kita didik ikut acuan kita mahukan.

Jadi surirumah perlu bijak mencari duit sampingan melalui berniaga kecil-kecilan dari rumah. Gunakan mediumpemasaran melalui internet yang percuma. Dapatkan pelbagai tips dan  panduan melalui ebook  Surirumah juga boleh berbisnes. Promo april hanya RM 50 untuk 3 ebook. 



Untuk pembelian, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof