Thursday, December 18, 2014

Saya Tak Malas!

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

gambar: alphamom





Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya nak berkongsi satu perkongsian daripada FlyLady tentang betapa teruknya kita jika terlalu perfectionis. Apa itu "perfectionistism"? Perfectionism, dalam bahasa melayu bermaksud keinginsempurnaan.


Apabila kita perkatakan tentang keinginsempurnaan dalam menguruskan rumahtangga, mesti kita bayangkan rumah yang sentiasa berkemas, berkilat, cantik sentiasa, betul kan...kan...Anak-anak yang sentiasa comel dan kemas, perabot yang teratur. Em...hakikatnya? Apabila kita duduk rumah, sudah tentulah, rumah sentiasa berterabur, terutama jika mempunyai anak yang suka "mengemas". Jawabnya mestilah tak sempurna pun. Dan haruskah, masyarakat seperti pelik mengapa surirumah yang berada di rumah semuanya kucar kacir..ha..ha...Perlu diingatkan di sini, kekemasan rumah bergantung kepada aktiviti dan kesihatan anak-anak, rumah yang kemas menandakan anak-anak, tidak aktif dan sakit.


Senang betul nak masak nasik arab apabila menggunakan pes nasi arab jenama Al Bayt.



 Namun itu bukan penghalang untuk kita mengemas rumah, tapi taklah secantik di hotel, asalkan rumah sentiasa tersusun dan tiada najis, itu sudah cukup. Jika nak menghias pun, buat sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan keinginsempurnaan membuatkan saya selalu tertekan menjadi surirumah, saya mahukan anak saya tidak menyepahkan rumah, mahukan mereka sempurna makan, tidur. Pendek kata, boleh meroyan kalau inginkan semuanya sempurna. Sudah lelah saya biarkan rumah makin bersepah. Ha..Ha...rasa jadi teruk pula. 

Keinginsempurnaan ini memang banyak merosakkan pemikiran kita secara sedar atau tak. Perasan atau tidak, kita hanyalah manusia biasa, siapa kita untuk mengatakan kita cukup sempurna dalam setiap apa yang kita lakukan? 



  • Dijadikan alasan untuk tidak mahu maju ke hadapan. Kita jadi malas. 
Kita bukanlah malas sebenarnya kita takut melakukan sesuatu kerana takut dapat keputusan yang teruk, tak mampu nak pastikan rumah sentiasa bersih. Kita bukan malas cuma kita takut orang anggap kita tak cukup bagus, tak sempurna. Semuanya menjurus kepada lemah semangat menyebabkan kita tak mahu melakukan apa-apa yang membantu kita kepada peringkat yang lebih baik. Betul tak?

"Perfectionism is when we decide that we can’t do something because we won’t have the time to do it “perfectly”. " Flylady

Keinginsempurnaan adalah apabila kita rasa kita tak mampu melakukan sesuatu dengan "sempurna" kerana tiada masa, tak cukup masa. Ingat lagi dahulu, sewaktu dapat anak sulung, tertekan betul apabila tiada masa nak mengemas, basuh baju dan masak. Silapnya saya dahulu, saya tak cukup ilmu. Rasa menyesal kerana apabila dah ada anak 3 baru perasan banyak betul masa dengan anak seorang dulu. Saya perasan bukannya tiada masa tapi saya merasakan masa mengemas sepatutnya mesti panjang seperti  sewaktu tiada anak dahulu. Masa kebanyakkannya terbuang begitu sahaja, sebab terlalu fikir dan mencari cara bagaimana nak lakukan dengan cantik dan cepat.



Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Boleh saya simpulkan di sini, dalam hidup ini kita perlukan sesuatu untuk memaksa kita jadi terbaik. Kadang-kadang masalah itulah yang akan memaksa kita untuk berubah. Permulaan banyak yang silap, apabila kita lakukan sesuatu perkara itu setiap hari, dalam tak sedar kita makin bagus dan idea akan bercambah. Jadi berhenti perlekehkan diri, mengatakan kita tak mampu buat itu buat ini. Yang paling penting paksa diri setiap hari untuk mahirkan diri dengan melakukan sesuatu perkara atau kemahiran berulang kali, tak kiralah memasak, atau menjaga anak, mengurus rumah tangga. Kemahiran memerlukan masa untuk diasah dan digilap supaya jadi semakin bagus.

 Kita tak mampu jadi macam mak kita atau mak mertua kita, jangan memperlekehkan  diri mengatakan kita teruk semata-mata kita tak sebagus mereka. Mereka hidup sudah lama, pastinya banyak pengalaman sudah dikumpul menjadikan mereka semakin baik. 



"You can do anything for 15 minutes
Housework done incorrectly still blesses your family
You can’t organize clutter; you can only get rid of it." flylady

Saya suka dengan cara menguruskan rumah daripada FlyLady yang selalu menekankan kita boleh lakukan apa sahaja, dalam masa  15 minit. Dengan syarat kita betul-betul fokus dengan apa yang kita lakukan. Walaupun kita mengemas rumah tak sebaik mak kita, jangan tertekan, yang penting kita lakukan kerja rumah dengan baik. Rumah nampak elok, tersusun dan teratur, tiada najis sudah cukup buat kita selesa untuk duduk di rumah. Kita tak boleh mengatur rumah yang berselerak tapi kita boleh membuang semua benda yang membuat rumah berselerak. 



  • Memperlekehkan anak, dan suami. Perosak hubungan kekeluargaan

"Perfectionism is the thinking that other people are incompetent compared to what you can do and how you can do it"


FlyLady


Keinginsempurnaan adalah  sentiasa merasakan orang lain tidak mampu melakukan sesuatu perkara berbanding dengan apa dan bagaimana kita melakukannya. Pendek kata, apa sahaja orang lain lakukan, tidak sebaik yang kita lakukan. Ada sahaja tak kena di mata kita. Saya pun kadang-kadang begitu dengan anak-anak, malah suami. Apabila mula-mula membaca artikel daripada FlyLady ini, baru rasa seperti kepala diketuk dengan kayu sahaja. Baru saya sedar, betapa teruknya saya, saya pentingkan keinginsempurnaan dalam setiap aspek dan inci rumah. Semua nak sempurna, akhirnya saya juga yang merana. 


Contoh paling mudah, apabila suami menolong kita mengemas rumah, mesti pernah terdetik dihati kita, banyak yang suami buat tak menepati apa yang kita ingini bukan? Banyak yang salah, cara basuh pinggan, cara sapu rumah. Selepas itu, apa yang kita lakukan? Kita buat semua sendiri, sebab nak kan semua nampak sempurna. Suami makin malas menolong, kita makin penat buat semuanya sendiri. Bukan apa yang suami buat tak sempurna cuma tak sama macam kita buat! Yang paling penting kita tekankan  dan galakkan anak-anak dan suami menolong dan tahu tanggungjawab membersihkan rumah. Makin lama, makin mereka pandai dan paling penting mereka tahu tanggungjawab mengemas rumah bukan terletak pada bahu kita sahaja. Jika mereka buat tidaklah sempurna 100 %, saya tetap ucap terima kasih, sebabnya mereka meringankan beban saya tak banyak sikit tak mengapa. Saya akan sudahkan kerja yang tertinggal tanpa merungut. 



Keinginsempurnaan bukanlah tidak bagus, ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan sendiri, dan apabila kita lakukan sendiri, kita tak boleh merungut, kerana kita lakukan atas pilihan dan tanggungjawab  kita sendiri. 

Bayangkanlah, kalau setiap apa yang kita lakukan asyik dikritik dan serba tak kena, bagaimana perasaan kita, mesti  tertekan dan rasa rendah diri. Begitulah yang dirasai oleh pasangan dan anak-anak, hasilnya kita merosakkan pemikiran mereka dan menjadikan mereka rendah diri. 

Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 

Cukup payah sebenarnya nak membuang perangai yang sudah sebati dalam hidup kita. Semuanya memerlukan latihan untuk membuang perangai keinginsempurnaan dalam diri kita. Kita tak perlukan masa yang "sempurna", keadaan yang "sempurna", dan rancangan yang "sempurna" untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Tetapkan jam detik selama 15 minit untuk fokus pada sesuatu tugasan atau perkara, daripada bazirkan 15 minit berfikir dan merungut tentang tak ada masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan tersebut. 






http://www.flylady.net/d/br/2013/06/01/there-is-no-perfect-time/