Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog
Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS
Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
TENTANG PENULIS
Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.
Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.
Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof
Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.
Untuk Pendaftaran boleh hubungi saya Dalila Yusof melalui:
Whatsaapp: 019-3229480
gmail: dalilayusof86@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/PanduanSuriJadiBlogger