Ini selalu menjadi kekeliruan usahawan online, terutama suri rumah. Ini sesuai bagi yang baru mula.
1. Apabila ada bakal pelanggan mahu, barang itu dihantar ke tempat sekian-sekian. Sangat perlu suri memasukkan kos, termasuk kos penghantaran. Jangan sekadar barang seciput untungnya RM2, tetapi mahu COD juga. Ia tidak berbaloi.
2. Apabila mengusahakan bisnes 'dropship'. Bakal pelanggan akan tanya.
Dimana kedai puan?
Jawab sahaja, kedai ini operasi secara online sahaja.
3. Rekod. Keterujaan menjual juga menyebabkan ada usahawan suri yang membenarkan hutang. Ingat ini, tidak ada pembayaran, maknanya tidak ada barang. Barang akan dikeluarkan dari stok, apabila sudah berlaku transaksi, dan sudah ada bukti pembayaran. Ada banyak kes, pelanggan yang kata sudah bayar tetapi tidak ada bukti transaksi.
Mungkin hanya kes-kes tertentu sahaja, contoh pelanggan setia yang kita sudah tahu kejujurannya. Tetapi rekod dan bukti pembayaran itu sangat penting.
Sumber: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Dapatkan naskah ini
hanya bernilai RM 50
Hubungi saya : 019-3229480