Friday, November 7, 2014

Bekerja dari rumah bersama si kecil bah 2.

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim..



7. Hadapi gangguan dengan tenang

Apabila bekerja dari rumah, sistem kita tidak sama seperti di pejabat, baru sahaja duduk mengadap komputer, anak akan minta ke tandas. Di pejabat, kita boleh siapkan kerja 8 jam tanpa gangguan si kecil. Terima hakikat ini, biasakan diri dengan perkara ini. Kita tak mampu nak bekerja berterusan selama 1 jam hingga 2 jam. Mungkin kita mampu lakukan paling lama 15 - 20 minit sahaja.  Anak bosan akan kacau kita membuat kerja, walaupun diterangkan berkali-kali. Apa yang perlu kita lakukan, catat apa sahaja kerja kita lakukan dalam buku nota, supaya senang kita ingat kembali kerja yang terhenti tadi. Layan mereka bermain, bercakap dan melukis. Selepas itu, mereka akan benarkan kita bekerja semula.


Pakej mampu milik untuk suri belajar jana pendapatan dari rumah

8. Kurangkan memarahi anak

Setiap kali waktu tidur, makan, waktu bermain, jadikan waktu tersebut waktu paling mengembirakan bersama anak. Menyanyi, bercerita bersama anak membuat anak tenang bersama kita. Anak yang ceria membuatkan kita senang membuat kerja . Peluk mereka sentiasa, ucapkan kata-kata sayang, peluk cium anak-anak, menunjukkan kasih sayang kita pada mereka, menjadikan mereka lebih tenang di rumah bersama kita. Seboleh-bolehnya, elakkan konflik dengan anak jika berlaku juga elakkan daripada perkataan negatif. Jika berlaku konflik, kita perlu gantikan dengan perhatian dan pelukkan yang banyak supaya anak tahu kita sayang mereka tak kira apa yang berlaku. Masa emas inilah kita perlu beri perhatian yang lebih supaya apabila mereka menginjak dewasa, kita sudah tanam banyak kenangan manis kita bersama mereka. Kenangan ini sudah tentu mereka tak mungkin dapat lupakan.

Percutian bersama keluarga lebih selesa dengan perkhidmatan kereta sewa kami

9. Belajar bekerja bersama anak-anak di sekeliling.

Jadikan kerja kita mudah di bawa ke mana-mana (mobile). Biasakan anak melihat kita bekerja dan pastikan kita sentiasa bersedia dengan sebarang gangguan daripada mereka. Jika kita berjaya mengabungkan perniagaan dengan kehidupan di rumah kita, kita mampu meluangkan masa bersama anak sewaktu bekerja. Yang penting kita sentiasa berada di depan mata anak, makan minum mereka terjaga.
 
10. Gunakan penghitung waktu (timer)

Untuk mengajar anak memahami tempoh kerja kita, anak perlu tahu bahawa setiap kerja kita akan berakhir juga. Caranya, tetapkan penghitung waktu (timer), untuk membiasakan anak bahawa kita memerlukan waktu bekerja hanya lingkungan 5-10 minit. Apabila sudah siap kita akan melayan mereka, melakukan kerja rumah atau melakukan rutin harian. memang haru biru pada awalnya, tapi segalanya akan menjadi mudah apabila sudah biasa. Sekurang-kurangnya kita ada mampu meluangkan masa berkualiti dengan anak. Seelok-eloknya, kita letakkan anak dalam bilik pejabat kita, apabila kita bekerja, walaupun agak memeningkan, tapi kita tahu apa yang berlaku pada mereka. Kita boleh curi masa untuk bermain dengan anak, bermain patung, peluk mereka atau memulakan aktiviti baru, anak-anak tahu walaupun kita sibuk kita mampu meluangkan masa dengan mereka. 
Dapatkan pes segera nasi arab jenama al-baiyt untuk masak di rumah. 


11. Jadikan satu sudut di pejabat yang istimewa untuk anak-anak. 

Sediakan permainan yang khas untuk dimain dalam pejabat anda sahaja. Sediakan meja kecil dengan telefon mainan, laptop mainan dan surat buangan, supaya anak boleh meniru apa yang kita lakukan. Si kecil suka meniru perbuatan orang dewasa. Antara aktiviti lain untuk melekakan anak-anak termasuklah: 


  • Bermain tanah liat (playdough)
  • melukis dan mewarna
  • membaca buku bergambar


Ini membolehkan anak leka dan memberi ruang kepada ibu untuk membuat kerja. Lebih bagus, daripada membiarkan anak menonton televisyen sepanjang masa. Sepanjang pengalaman saya, apabila mereka seharian menonton tv, mereka sukar berasa penat, sukar mereka tidur awal, adakala hampir pukul 12 tengah malam. Mata masih bulat dan ligat bermain. Biarkan mereka bermain sepuas-puasnya pada waktu siang, mudah kita membuat kerja pada waktu malam. 

Sentiasa tukar permainan untuk mengelakkan anak bosan. Satu permainan untuk satu masa, supaya anak tidak mudah bosan. 

Pelanggan yang gembira akan menjadi pelanggan setia kita. Dapatkan tips bagaimana memikat hati pelanggan di sini.



12. Ajar anak berdikari dengan pengawasan

Peluang keemasan bagi seorang ibu, apabila bekerja dari rumah, mengajar anak berdikari namun masih dalam pengawasan kita sepeunhnya. Mudahkan anak untuk mengambil air sendiri, mengambil makanan sendiri, menjaga adik dan membasuh pinggan dan cawan plastik. Sediakan makanan dalam bekas plastik kedap udara, botol minuman berhampiran tempat mainan mereka. Apa yang saya perhatikan, seawal usia setahun, anak sudah menunjukkan sifat ingin berdikari, makan, minum, semua ingin dicubanya sendiri, langsung tak nak makan disuap. Apabila, kita mengajar mereka berdikari sudah pasti anak-anak akan terasa hebat, secara tidak langsung, kita membina keyakinan dalam diri mereka, dan kita pula mudah menyiapkan pekerjaaa yang lain. 
13. Sambil menyambil
Sambil buat kerja rumah kita msih boleh berkomunikasi, menyanyi dengan anak atau menyiapkan kerja sekolah. Kerja sipa, masa berkualiti dengan anak pun dapat. 
14. Bekerja daripada 5 -9 pm.

Waktu bekerja kita tidak sama macam di pejabat dulu-dulu. Ada juga yang beranggapan, bekerja dari rumah lagi mudah dan goyang kaki. Jangan tertipu dengan mitos ini, bekerja dari rumah kita perlu bekerja lagi kuat daripada makan gaji. Tak buat kerja tak de duit tau. Ada juga yang berpendapat, kalau bekerja dari rumah boleh bergolek-golek dan bangun lambat. Lambat bangun, bukan sahaja tak siap kerja malah boleh tunggang terbalik dunia, mana nak kejar anak, mana nak masak, mana nak buat promosi lagi. Jadi lupakan jadual kerja daripada pukul 9-5 ptg, waktu kerja dulu-dulu. Tukar kepada 5-9 mlm.

15. Masak makanan yang ringkas dan mengenyangkan.

Bawang sudah siap dikisar, sayur siap dipotong, bahan mentah sudah siap dipotong dan dicuci. Mudah apabila kita ingin menggunakannya.

16. Gunakan posting berjadual

Cukup sukar untuk menghadap komputer setiap masa. Jadi apa yang kita perlu lakukan, gunakan posting berjadual, untuk memudahkan intergrasi antara facebook dan blog boleh gunakan Networkedblog. Untuk menjadualkan posting di facebook secara berjadual boleh gunakan Buffer dan Hootsuite.

17. Libatkan anak dalam perniagaan.

Lebih mudah untuk menerima jika memahami. Semakin anak membesar, semakin mudah anak memahami, terangkan apa yang kita lakukan dan galakkan anak membantu. Contohnya, biarkan anak membantu anda membuka komputer. Anak akan belajar menggunakan peralatan dan mula menyerap prinsip perniagaan yang akan menolong mereka melalui hidupnya. Apabila kita berjaya, kongsi bersama mereka, beri mereka peluang untuk memilih permainan baru atau keluar makan di kedai yang istimewa. Apabila anak nampak faedah ketara yang mereka peroleh, mereka pasti menyokong dan mahu kita berjaya dalam perniagaan kita. 
Terima hakikat :



  • Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini, perniagaan adalah sangat sukar terutama 3 tahun pertama. Jangan putus asa, kita perlu buat apa yang perlu untuk berjaya.
  • Bekerja dari rumah, sangat mencabar. Masa yang kurang, dan sedikit, kerja rumah yang bertimbun,  perlu laju melakukan semua kerja. Namun, kita boleh lakukannya, konsisten dan teruskan berusaha. Perkara yang kita lakukan selalu, lambat laun akan terasa mudah, kita makin laju  melakukannya. 
  • Pada permulaan bekerja dari rumah memang agak sukar, kita perlu menyesuaikan anak dan suami dengan cara kita bekerja di rumah. Adakala, jika tak mampu kita perlu belajar untuk berkata tidak supaya mereka faham dengan cara kerja kita. 
  • Tekanan tetap ada, terutama daripada orang sekeliling dan pelanggan, hatta keluarga dan pasangan sendiri. 
Apa yang seronoknya: 

  • Kita mampu didik anak 100% mengikut acuan kita. Tak perlu bimbang kes dera anak, tak perlu gusar untuk menjana pendapatan. Anak depan mata, saya seronok mereka makin pandai makan apa yang saya masak. Saya boleh didik mereka dengan cara saya sendiri.
  • Tak perlu terkejar-kejar menghadap jem di jalan raya waktu pagi dan petang. 
  • Kita masih mampu membina kerjaya di rumah tanpa mengabaikan anak-anak. 
Pentingnya kita tahu apa yang kita ingini bukan apa yang orang lain ingini. Penat ingin puaskan hati orang. Apabila ada masalah orang senyap dan diamkan diri. Kita yang menanggungnya. Hidup memang sedia susah, jadi hadapi kesusahan itu dengan penuh tabah. Daripada kesusahan itu kita belajar menghadapi hidup yang semakin mencabar. Salam sayang jumpa lagi. 




Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof

Rujukan daripada Supermom yang hebat ini: 

http://www.bripblap.com/how-to-work-from-home-with-kids/
http://productivewahm.com/5-tips-to-get-work-done-while-caring-for-small-children
http://themogulmom.com/2011/02/work-at-home-with-toddlers/
http://www.reenaonline.com
http://www.sheknows.com/parenting/articles/951257/how-to-work-from-home-with-young-kids-in-the-house
http://www.homeworkingmom.com/how-to-have-happy-kids-2/
ebook Super WAHM Super Mom