Friday, November 7, 2014

Pandai Buat Blog Melalui Kelas Online blog di ABDR

Pandai Buat Blog Sendiri Melalui Kelas Online Blog di ABDR

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, September yang cemerlang gemilang. Selamat datang protege baru ke kelas saya, Asiah BudimanRahimah Omar Isna Lydia Ifa Zahirah. Saya doakan kalian konsisten selesaikan tugasan. Sudah mula wajib selesaikan. Sudah mula konsisten berusaha.

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.

Bergabung dengan kami 830 blog, kami mara 1000 ahli, insya-Allah.



Alhamdulillah, tahniah untuk kekanda Asmah, yang konsisten menulis di blog. Kunjungan pelawat ke blog beliau juga semakin meningkat setiap hari, walaupun ada kala terbatas waktu untuk update.  Kak Asmah pelajar pertama saya dalam kelas blog di ABDR. Alhamdulillah, syukur sangat, beliau sudah mahir dan pandai menggunakan blog dan fb untuk mula berkongsi. Dahulu dari seorang yang zero pengetahuan tentang IT, dan dunia blog sekarang sudah ada sedikit kemahiran ini. Masih saya ingat, beliau sangat rajin dan komited. Pelbagai cabaran ditempuhi dalam menyiapkan tugasan blog ini. Mana komputer rosak, line internet ting tong, sanggup ke cyber kafe untuk siapkan tugasan beliau. Boleh singgah blog beliau, berkongsi panduan matematik untuk kanak-kanak

Untuk konsisten menulis blog, perlulah dengan kesungguhan, rajin, tulis dan kongsi dari hati. Blog yang selalu di kemaskini dengan entri baru setiap hari akan memudahkan untuk google jejak. Ada juga mereka yang bertanya adakah balik modal dengan mengikuti kelas online blog di ABDR. Bolehkan blog mereka capai traffik yang tinggi.  Macam mana kalau tak sempat nak update blog setiap hari. 

Di ABDR, guru online akan bimbing cara untuk mula membina blog berdasarkan analisa soalan yang akan diberikan. Analisa tersebut salah satu cara untuk mengetahui kemahiran dan kepakaran setiap pelajar. Dari situ, tajuk utama dan label akan diberikan. Panduan penulisan adalah berdasarkan apa yang kita tahu. Kerana analisa tersebut adalah maklumat atau biodata tentang diri kita. Sudah tentu penulisan juga berdasarkan apa yang kita tahu. Cuma lagi perlu gali dan banyakkan membaca untuk tambah ilmu dalam bidang tersebut. Guru online juga akan ajar cara untuk tarik traffik pelawat ke blog. Pelajar juga akan diajar cara untuk jadualkan entri. Entri akan publish setiap hari di blog walaupun pelajar sibuk dengan tugasan lain.Ini salah satu cara untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk menulis setiap hari. Kami akan bagi toturial berterusan untuk menggalakkan pelajar sentiasa ada semangat untuk menulis.

Pulang modal atau tidak, bergantung pada matlamat. Kalau matlamat untuk buat jualan, sudah tentu perlu usaha untuk buat jualan. Bukan setakat ada blog sahaja. Pelajar sendiri perlu konsisten dan fokus untuk menulis di blog. Tiada idea untuk menulis, baca buku dan bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk blog. Kongsi cerita, kongsi pengalaman. 

Ada ramai protege saya yang dahulunya malu untuk mula promosi produk sendiri di blog dan fb. Tapi sejak belajar di kelas ini mereka lebih yakin. Sudah pandai berjualan melalui fb, fanpage dan blog. 






Alhamdulillah. Itu yang menggembirakan kami guru-guru online. Dapat membantu suri rumah bisnes hanya dari rumah sambil menjaga anak-anak.

Bagi yang berminat untuk sertai ABDR boleh hubungi saya




Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof