Sunday, November 2, 2014

17 Tips Bekerja dari Rumah bersama si comel


Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim....

Bekerja dari rumah sebenarnya memang sangat mencabar terutama jika ada si kecil yang memerlukan perhatian kita tak berbelah bahagi. Ada kala kelamkabut dengan anak-anak dan anak, rumah yang terabur, bersepah mengundang tekanan yang memuncak. Kadang-kadang, rumah sudah dikemas cantik, anak-anak menyepahkan kembali sesuka hati. Apabila kita cukup tertekan, kita tak mampu nak menghadapi tugas dengan baik.

Bekerja dari rumah bukanlah bermaksud goyang kaki, hakikat sebenarnya:


  1. Bekerja di kelilingi anak-anak, teriakan dan jeritan, gelak tawa anak. Bak kata orang boleh bikin stress. Mungkin bagi surirumah sudah biasa, lali dan menjadi muzik dan irama yang paling merdu. Walaupun kadang-kadang bingit, tapi apabila takde muzik ni boleh tak tentu arah tau. Tapi bagi yang bekerja di pejabat boleh tertekan, kerana terbiasa dengan cara di pejabat yang aman bekerja tanpa anak-anak. 
  2. Bekerja disaat orang lain, nyenyak dibuai mimpi. Bangun seawal pagi, bukan sahaja menyiapkan kerja perlu menyiapkan kerja rumah dan sarapan. 
  3. Waktu kerja yang sering diganggu si kecil. Pada awal bekerja dari rumah, anak-anak seakan pelik, apabila asyik menghadap komputer. setiap kali mula mengait, menaip mesti anak akan minta ingin ke tandas. Paling seronok berak dalam bilik pejabat. Bagus betul atas karpet. uhuk..uhuk haru betul. Tapi, lama kelamaan anak sudah biasa, mereka makin faham. Kuncinya biasakan anak dan suami, dengan cara kita bekerja.
  4. Adakala, kita tertekan denagan perangai anak yang makin kuat memberontak. Tapi, jujur saya suka anak memberitahu apa yang disuka, dan benci kita makin faham mereka.  Di sini, kita berpeluang mengajar mereka menyuarakan pendapat sendiri dengan cara baik. Lupakan cara orang melayu dahulu, bahawa anak perlu diam tanpa membantah, ini dunia tanpa sempadan. Kita diam orang memijak, sampai lunyai. Persiapkan anak untuk menempuh dunia mereka yang penuh dengan cabaran. Ajar mereka berusaha dengan gigih apabila kita juga menunjukan kesungguhan dalam melakukan perniagaan di rumah.  
Namun, kita jangan sesekali putus asa tau. Walau apa pun rintangan tempuh dan belajar untuk hadapinya. Apa yang cukup menyeronokkan, apabila anak kenyang dengan masakan hasil air tangan kita. Kita boleh bentuk dengan acuan kita. Tak perlu risau, anak jatuh, bangun di depan mata, kita tahu apa sebab musabah anak berdarah dan lebam. Walaupun, kita kadang-kadang jadi Godzilla, kurangkanlah kemarahan dengan bermain dan berseronok bersama anak-anak. Jadilah kanak-kanak riang bersama mereka. Jujur saya masih ingat apa aktiviti yang saya lakukan bersama emak sewaktu kecil sehingga kini. Itu jugalah , saya ingin sematkan pada anak-anak. 

Malahan, jika kena pada gayanya, bekerja sendiri memberikan pulangan yang sangat lumayan. Bukankah dalam Islam,  9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Yang seronoknya, sambil berniaga kita belajar untuk tidak lupa menjaga anugerah yang Allah s.w.t berikan. Duit dapat, anak pun dapat. 


Ada beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting apabila bekerja dari rumah, rumah terjaga, makan minum anak dan suami terjaga dan kita mampu melakukan kerja sambilan walaupuna apa sahaja rintangan yang mendatang. Tak buat kerja tiada pendapatan kan? Saya kumpulkan di sini pelbagai tip daripada blogger-blogger yang berpengalaman luas bekerja dari rumah.

1.Tentukan matlamat
Perlu tahu dan jelas, matlamat bekerja dari rumah. Jika kita berpendapat bekerja dari rumah, untuk goyang kaki, merajuk daripada bos, kita akan dirundung kekecewaan, berhadapan dengan pelanggan yang sangat cerewet, dikritik dengan orang malahan keluarga hatta pasangan sendiri. Ini antara yang perlu kita hadapi jika mahu bekerja dari rumah. Jadi tentukan matlamat , namun jika bekerja dari rumah kerana ingin menjaga anak, lambat laun kita akan mendapat semangat melihat si kecil kita. Bagi saya rezeki pertama apabila mendapat anak, adalah semangat berkobar-kobar untuk berusaha lebih gigih, memberikan yang terbaik untuk anak. Walaupun, dahulu kitalah yang paling malas sekali. ha..ha...Tulislah matlamat anda dalam buku, baca setiap hari supaya kita boleh tanam dalam minda separa sedar kita. Paling penting jika semangat mula runtuh, kita akan bersemangat kembali apabila melihat matlamat kita. 

2.Bangun seawal pagi.
Bangun pagi-pagi paling seronok, terasa nyamannya udara walaupun saya tinggal berdekatan jalan raya. hu..hu...Tinggal berdekatan hutan, memang nyaman, sejuknya yang amat. Seronoknya, waktu ini anak dan suami tengah tidur. Cepat-cepat, siapkan kemas rumah yang terbengkalai. Masa inilah paling sesuai membuat kerja, rasa nyaman dan aman sahaja tanpa rengekan dan gangguan anak-anak. Paling seronok apabila anak dan suami, bangun , sarapan sudah tersedia atas meja. Sesudah kenyang, boleh mula bekerja semula.

3.Biar suami bantu kerja rumah.
Apabila bekerja dari rumah, masa memang tak cukup pun, mana nak mengait, mana nak kemas rumah. Jadi pentingnya kerjasama dengan suami. Paling penting jika suami tiba-tiba, rajin tolong kemas, jangan dikritik, nanti kalau dia mengajuk dah payah. Ucapkan terima kasih walaupun hasilnya tak lah macam yang kita nak, sekurang-kurangnya dia mengurangkan beban kita. Kita hanya tinggal perkemaskan lagi kerjanya. Nanti lama kelamaan suami makin pandai dan rajin menolong. Kita ni isterinya, bukanlah emaknya.

4.Utamakan keperluan anak terlebih dahulu.
Apa yang penting apabila bekerja dari rumah, kita perlu pastikan anak diutamakan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Mandikan terlebih dahulu, bagi makan dan susu.   Apabila, segala keperluan mereka sudah dipenuhi, mereka akan kurang merengek dan memudahkan urusan mengemas rumah. Bangun sahaja anak mandikan, tukarkan lampin, berikan sarapan dan susu, kemudian bukakan rancangan kegemaran mereka.

5.Bekerja pada waktu tidur anak.
Waktu yang paling aman membuat kerja apabila anak tidur. Waktu pagi dan tengah malam. Waktu ini mereka sudah kepenatan dan kekenyangan. Apa yang perlu pastikan mereka cukup makan makan dan puas bermain pada waktu siang.


6.Ajar anak berdikari dan berdisplin
Perkara paling penting jika bekerja dari rumah, ajari anak seawal setahun melakukan kerja rumah, Mulakan yang mudah, dan senang untuk si kecil, misalnya meletakkan botol susu di sinki selepas minum. Ajar mereka mengemas mainan selepas main. Memang menguji kesabaran mengajar mereka. Tapi jika mereka tidak diajar daripada kecil, sukar untuk membentuknya ketika dewasa. Pastikan jangan lupakan memuji anak apabila mereka berjaya menyiapkan semua kerja yang di berikan. Budak kecil memang suka pujian. Anak-anak kalau dapat pujian siap melompat dan berjoget lagi



tips bekerja dari rumah bahagian 2


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof