Monday, September 26, 2016

Fasa 6 bulan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Fasa umur 6 bulan ke bawah.

Fasa paling mencabar, jadual perlu fleksibel. Jangan harap kesempurnaan kalau tak nak gila. Rumah sentiasa bersih dalam mimpi je.
Tangisan bayi adalah lagu paling merdu. Tertidur sekali sewaktu tidurkan anak adalah normal. Sentiasa bertenang walaupun sukar, kalau tak nangis la sama2 dengan bayi. Tu belum karenah kakak-kakak lagi. Iklan daripada si kakak-kakak.
Tapi apabila anak2 mampu berlari nanti, rindu nak gaduh dengan mereka. Anak2 waktu kecil sahaja rapat. Hargai waktu mereka membebel dengan kita, walaupun ntah apa2 dan kurang faham.

Baru mampu berenggang sedikit dengan si kecil, fasa sekarang, fasa belajar menyepahkan rumah dan mengoyak kertas. Si kecil kurang melalak tak macam dulu-dulu.