Teks: Dalila Yusof
bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Siapa kata menjadi surirumah tiada tekanan dan mampu bergoyang kaki, berdangdut setiap masa, tidur lama-lama. Tak kira bekerja dari rumah atau bekerja apa pun, tekanan tetap ada. Baru nak melangkah sedikit anak sudah melalak, baru duduk mengait anak minta air, ke tandas, nak makan. Jom ikuti tips kat bawah ni, moga kita mampu bertenang walaupun rumah dilanda badai.
Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah boleh juga untuk suri bekerja luar rumah.
1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.
2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap, mudah itu dan ini.
3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus betul-betul, insya-allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari. Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati. (ingatan untuk saya sendiri)
4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai semua yang kita senarai.
5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Merekahli syurga, tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi 'hulk'. Sebelum mentol hulk menyala merah bertukau hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.
6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja buk!
boleh dapatkan lagi dalam ebook superwahm super mom
Salam kasih sayang
dalila yusof
Salam kasih sayang
dalila yusof
Promosi oktober , harga kasih sayang pilih mana-mana 3 ebook dapat harga RM 50.
Whatsapp: 0193229480 untuk segala pertanyasan dan tempahan.