Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum, selamat pagi, hari ini saya nak kongsikan resepi roti nan cheese gebu. Apabila, anak-anak semakin membesar, makin lama makin kuat makan, jangan terkejut anak-anak akan order macam-macam. Sudah lama teringin nak buat roti nan cheese ni, pagi tadi sambil belek-belek resepi, anak pun tumpang tengok sekali. Beria-ria anak mintak roti ni, sampai bangun tidur sahaja terus merengek mintak roti nan. Wah, makin pandai order berdasarkan gambar, macam-macam ragam anak sekarang ni.
Saya ambil resepi ni di Facebook, boleh dikatakan sekarang ni lebih ramai suka berkongsi di fb, godek punya godek. Kebanyakan resepi semua guna tepung 1kg, pakai yogurt asli, jenuh pula nak mencari di supermarket. Resepi yang saya guna ni hanya pakai susu dan tepung pun kuantiti sedikit sahaja. Cukuplah untuk anak-anak yang masih kecil. Bapak budak pun bukannya makan banyak pun.
ROTI NAN CHEESE daripada fb Buku Resepi Cik Bunga April.
Bahan2 :
# 300g tpg gandum
# 1 1/2 st yis
# 2 sb gula
# 1 st baking powder
# 3 sb minyak zaitun
# sedikit garam
# 100ml susu sgr suam
# cheese keping
# 1 1/2 st yis
# 2 sb gula
# 1 st baking powder
# 3 sb minyak zaitun
# sedikit garam
# 100ml susu sgr suam
# cheese keping
1. Mula-mula campurkan yis bersama-sama 1 sudu besar gula dengan sedikit air suam.
Biarkan sekejap sehingga berbuih-buih. Ini tandanya yisnya baik.
Biarkan sekejap sehingga berbuih-buih. Ini tandanya yisnya baik.
2-Campurkan tepung, minyak, 1 sudu besar gula, sedikit garam dan 1 sudu teh baking powder. Masukkan yis yang sudah yang sudah kembang tadi bersama campuran tersebut. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan susu suam sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Saya habiskan sahaja susu 100 ml susu. Saya gunakan susu tepung yang dibancuhsahaja. Tak perlu guna susu kotak.
3- Doh memang kelihatan lembik, teruskan menguli sampai doh tak melekat di tangan.
4- Letakkan doh di tempat yang panas supaya cepat kembang. Tutupkan dengan kain, biarkan dalam setengah jam atau lebih.
5-Bila doh sudah kembang. Bulat-bulatkan kecil-kecil. Taburkan dengan sedikit tepung. Biarkan dalam 10 minit, tutup dengan kain.
6-Kemudian, canaikan tak terlalu tebal, dan terlalu nipis. Kemudian, letakkan keju sesedap rasa. Tutup doh seperti kita buat kuih pau. Canaikan doh semula secara perlahan supaya keju tak terkeluar.
6-Kemudian, canaikan tak terlalu tebal, dan terlalu nipis. Kemudian, letakkan keju sesedap rasa. Tutup doh seperti kita buat kuih pau. Canaikan doh semula secara perlahan supaya keju tak terkeluar.
7. Panaskan pemanggang ajaib sebentar. Masakkan dalam 15 minit, menggunakan api perlahan. Balik-balikan roti supaya tidak hangus. Apabila roti sudah nampak masak, kita sapu dengan marjerin. Sedap baunya, sudah masak boleh hidangkan. Boleh makan begitu sahaja, cicah dengan kari, sardin dan ikut selera masing-masing.
Selamat mencuba, jadi ibu ni kena pandai masak macam-macam makanan supaya dapat memenuhi selera anak-anak yang makin peka dengan rasa masakan. Percayalah, satu hari nanti anak akan ingat masakan kita walau di mana mereka berada. Itu yang membuatkan mereka dekat dengan kita. Tak percaya cuba fikir masakan mak sendiri sekarang, mesti menangis nak balik kampungkan, nak puasa lagi syahdu. adui....