Monday, May 23, 2016

Pertanyaan pelik anak, bah 1

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum,sudah lama bersawang blog ini. Hari ini, gigih menulis di blog. Asah balik penulisan yang semakin berkarat ini. Hari ini saya nak kongsi catatan harian saya bersama anak-anak. Semenjak dapat adik baru ini, anak-anak suka tanya soalan pelik-pelik. Apabila anak semakin pandai bercakap, bersiap sedialah pertanyaan pelik-pelik yang keluar daripada mulut anak-anak. Mungkin kerana pelik dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Pertanyaan baru kakak, macamana adik boleh ada dalam perut ibu.

" Ibu, macamana adik boleh ada dalam perut ibu, ibu makan banyak-banyak
 sampai adik dalam perut ibu ke? " tanya si kakak.

Rasa nak tergelak dengar, tapi tak tahu nak jelaskan pada anak macamana. Senyap jelah ibu apabila dia tanya pelik-pelik.  Kadang-kadang, anak-anak akan makan banyak supaya ada bayi dalam perut mereka. Haih, kalaulah mereka tahu betapa tak selesanya sewaktu mengandung, mereka mesti tak akan cakap begitu. Tak mengapalah, satu hari nanti anak-anak akan faham macamana bayi boleh wujud dalam perut ibu.