Tuesday, October 20, 2015

Punca kemarahan pada Anak, surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Punca kemarahan pada anak, buat surirumah tangga

1. Terlalu banyak berfikir..

Terlalu banyak nak dilakukan sampai nak tak terbuat. Itu nak buat ini buat, yang paling tak bagus, kita tak buat satu hape pun. Asyik berfikir membuatkan kita serabut dan pening kepala. Anak-anak pula asyik main bukan-bukan, memanjat dan terpekik terlolong, bergaduh dan sebagainya. Pek rasakan...ibu sudah tertekan sangat ini. Sudah terlepas pada anak.

2. Terlalu mahu kesempurnaan

Kita mahu anak yang terlalu baik, pandai membawa diri apabila kita membuat kerja rumah. Rumah sentiasa bersih, kita mahu sempurna dan tersusun. Hakikatnya anak bukan robot boleh mengikut kata, mereka mempunya berjuta idea kreatif yang mahu dilontarkan. Aktiviti-aktiviti "mengemas " rumah lebih baik dan pantas serta lebih kreatif daripada ibu, baru kemas sudah terabur kembali.

3. Mahu lakukan semua sendiri.

Kita mahu jadi superwoman, semua daripada a -z kita lakukan sendiri. Suami tolong kita kritik. Tak cantik tak sempurna.Kita tak mahu ajari anak sedikit pun kemahiran melipat baju dan mengemas. Semua kita lakukan sendiri. Kita penat dan makin penat. Lama-lama kita mengamuk, merungut semua buat sendiri. Ah penatnya...

4. Permainan yang bermain dengan anak, bukan ibu bapa.

Anak-anak tak pandai main, bosan mereka rosakkan. Baling satu rumah, kita mengamuk dengan anak-anak. Kita makin penat, makin penat. Suami pula makin pening dengan kita dan anak-anak. Suami boleh melepak, kita terperuk la dengan anak yang makin banyak ragamnya.

Penyelesaiannya, bukan hanya berdoa memohon kekuatan pada Allah s.w.t sahaja, banyakkan baca buku psikologi kanak-kanak agar kita faham karenah anak-anak yang semakin mencabar. Perlu yakin dengan diri mampu hadapi karenah anak-anak. Lupakan kesempurnaan, kerja rumah buat laju-laju, tak perlu cantik dan sempurna,asalkan buat dan janji siap. Apabila suami dan anak-anak tolong kita puji dan beri penghargaan. Yang mana tak sempurna kita sudahkan. Sekurang-kurangnya, kerja kita kurang sedikit bebannya. ANak perlu diajar sedari kecil erti tanggungjawab, ajari tugasan yang mudah2, jangan ajar anak goyang kaki. Permulaan tak mudah, tapi lama-lama kita makin terpegun mereka semakin cekap lakukan kerja rumah berbanding sebelum ini. Tiada usaha yang terbuang.

Lagi satu kita perlu ada hobi sendiri, itulah yang boleh melepaskan tekanan kita secara positif dan bermanfaat. Mainlah dengan anak, ajarkan anak bagaimana bermain dengan baik, supaya mereka hargai apa yang kita berikan. Permainan adalah alat untuk kita merapatkan perhubungan dengan anak. Anak perlu diberi perhatian, waktu kecillah mereka mahu perhatian tertumpu pada mereka. Apabila sudah dewasa, mereka pula makin menjauhkan diri. Luangkan masa ketyika kecil supaya kita ada kenangan manis bersama mereka.

* Susah nak buang kemarahan dalam diri ni, kita ubah perlahan-lahan. Lega dapat tulis begini.