Saturday, October 24, 2015

Jangan leka

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Beberapa hari yang lepas, asyik muntah-muntah, memang tak larat betul nak bangun. Jadinya, kerja rumah terbengkalai, anak ke mana, masak ke mana. Kerja makin timbun, sudah sihat kita rempit buat kerja rumah, sememangnya surirumah memerlukan kita melatih diri menjadi lebih pantas menguruskan rumah dan anak-anak. Barulah semuanya berjalan lancar.

Sewaktu sihat jangan leka, waktu sakit perlu gagahkan diri, itu yang perlu ada pada diri seorang surirumah. Perlu kuat dan tabah, apabila sudah selesai siapkan kerja  selaju mungkin penat memang ada tapi puas segalanya berjalan lancar kan?

Yang penting siapkan kerja rumah sepantas yang mungkin supaya kita boleh lakukan hobi kita atau apa sahaja yang kita mahukan. Sampai sini sahaja coretan saya, selamat tinggal.