Suri Rumah Berpendapatan Sendiri
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Ulasan: Kelas Online ABDR (Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan)
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'
Setahun sudah berlalu, facebook mengingatkan aku ketika aku mula belajar mencipta blog. Mencipta blog dengan hasil usaha sendiri. Tanpa guru. Tanpa Mentor. Tanpa Pemerhati.
Kenangan Terindah Belajar Blog Melalui 'Uncle Google' |
Namun itu semua bukan penghalang untuk aku belajar sesuatu yang baru. Akhirnya aku berjaya walau hanya dengan bantuan 'Uncle Google'. Namun, kegembiraan itu terhenti seketika kerana aku mula bingung. Bigung bila berhadapan dengan 'java script'. Nampak sangat ceteknya ilmu IT yang aku ada. Aku baru nak belajar meneroka dunia blog dikala ramai anak muda dan remaja masa kini sudah mahir dengan berblog. Aku peduli apa! Kenapa perlu aku malu? Aku lagi malu bila dah tahu tak tahu buat tapi buat-buat tahu di depan orang ramai.
'Java Script?'. Wah! macam mana nak baca ni? Nak taip satu persatu ke? Mak ai, panjangnya. Takkan nak taip satu-satu? 1001 soalan ku tanya pada diri sendiri. Soalan demi soalan bermain difikiran ku. Aku buntu. Tak tahu pada siapa harus ku bertanya. Aku berkenalan pada beberapa orang rakan facebook yang mahir berblog tetapi mereka tak sudi mengajar ku. Mereka hanya meminta aku membaca hasil tulisan mereka di blog masing-masing.
Membaca? Aku sudah pun selesai membaca semua hasil tulisan dan perkongsian mereka di blog tapi aku masih buntu. Aku perlukan seseorang yang boleh aku ajukan pelbagai jenis soalan. Hanya setakat membaca? Siapa pun boleh membaca tapi aku perlukan seorang guru yang boleh membimbing aku dalam mencipta blog dan seterusnya menyebarkan blog yang ku cipta ke serata dunia. Bukan hanya mencipta blog semata.
Aku perlukan blog ilmu. Blog yang mampu memberi sumber inspirasi kepada blogger lain. Aku perlukan blog yang akan memberi aku sumber pendapatan untuk diri ku dan seluruh keluarga ku.
Aku sangat gembira apabila berjaya mencipta sebuah blog. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Aku mula bosan dan putus asa apabila berhadapan dengan bahagian 'java script'. 'Jaca Script' membuatkan aku putus harapan untuk meneruskan sesi belajar membina blog. Akhirnya blog itu terkubur seketika.
Suri Rumah Sepenuh Masa
Bermula 1 Disember 2014, dengan rasminya aku bergelar suri rumah. Suri rumah sepenuh masa yang tidak punya pendapatan hasil titik peluh sendiri. Pada mulanya aku selesa tapi dalam masa yang sama aku sering ternanti-nanti hujung bulan. Ada apa pada hujung bulan? Ya setiap insan yang bekerja tidak kira bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta semua akan gembira bila tiba hujung bulan. Duit gaji akan masuk akaun. Tetapi aku hanya menanti pemberian dari suami.
Aduuuh! Sungguh satu tindakan yang tidak aku gemari. Walau pun nafkah dari suami itu wajib tapi aku tidak suka meminta-minta apatah lagi berharap pada duit suami semata.
Di saat aku tidak keruan memikirkan hasil pendapatan sendiri, aku mula beri suntikan semangat pada diri sendiri. Aku mula bangkit. Merenung tajam ke blog yang sudah beberapa bulan terkubur.
Di saat aku nekad ingin hidupkan semula blog yang telah ku bina, aku dipertemukan dengan insan yang bernama Anys Idayu Zakaria. Cantik nama tu. Secantik empunya nama. Perkenalan di dunia blog dan facebook akhirnya kami menjadi sahabat. Walau hanya sahabat alam maya, namun hubungan kami seperti telah lama berkenalan dan telah bersua muka.
Hari demi hari melihat status Anys di facebook dan coretan ilmu di blognya membuatkan aku semakin ingin mengenali siapa Anys. Apa pekerjaannya? Begitu indah susun atur setiap bait kata-katanya. Setiap hari berkongsi ilmu blog di status facebook-nya. Aku semakin ketagih maklumat terkini darinya.
Berani Menanggung Risiko
2 Mac 2015, 9.10pm.
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
|
2 Mac 2015, 9.10pm. Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya. Disaat itu aku banyak bertanya tentang blog. Blog yang mampu memberi pulangan wang ringgit walau hanya bergelar suri rumah.
Setelah beberapa soalan ku ajukan kepada Anys tentang blog, aku semakin berminat dan bersemangat kembali nak mulakan semula belajar berblog tapi kali ini berbeza sedikit. Belajar mencipta blog dengan sistem, ilmu dan mentor.
Tanpa berfikir panjang, 31 Mac 2015, aku melaburkan sedikit modal sebagai yuran pendaftaran dan sah bergelar pelajar disalah sebuah akademi alam maya. Berani menanggung risiko belajar di Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang dikendalikan secara online. Macam seronoknya bunyinya. Yer tak? Belajar dari rumah sambil masak, sambil jaga anak, sambil kemas rumah, sambil tunggu duit masuk akaun. Namun begitu aku tidak dapat teruskan kelas kerana beberapa halangan menimpa yang harus aku selesaikan terlebih dahulu.
10 Jun 2015, 2.40pm adalah kelas pertama ku bersama Cikgu Anys Idayu Zakaria. Berkobar-kobar semangat di dada. Tugasan pertama yang diberikan cepat saja aku selesaikan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran ku ingin mencipta blog sendiri yang mudah dijejaki 'Uncle Google', dengan bimbingan mantap seorang mentor yang punya sistem dan ilmu semakin berhasil.
Modal RM300 Membuahkan Hasil
Walau hanya 3 minggu aku bersama protege-protege Akademi Bekerja Di Rumah, modal pelaburan iaitu yuran pendaftaran 'Kelas Blog Bisnes Penulisan' sebanyak RM300 dengan bonus 5 ebook telah membuahkan hasil. Ada diantara pembaca blog yang mengupah aku mencipta blog dan ada yang mengupah untuk mencipta FB page bisnes untuk mereka.
Yuran Pendaftaran RM300
Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
|
Alhamdulillah, RM300 hasil simpanan dari duit belanja yang suami berikan tiap bulan tidak sia-sia. Di minggu ketiga aku bersama ABDR, Cikgu Anys Idayu Zakaria menawarkan untuk menajdi Pengurus Online ABDR. Alhamdulillah, rezeki datang lagi.
Semenjak dari itu. rezeki berblog tidak pernah putus. Hari demi hari ada saja yang ingin aku lakukan. Dan setiap tindakan itu sering membuahkan hasil. Saat aku ditawarkan sebagai Pengurus Online ABDR, aku mula tawar hati memohon kerja di mana-mana agensi kerajaan mahu pun swasta kerana bagi ku keseronokan bekerja di rumah jauh lebih baik berbanding makan gaji di mana-mana sektor pekerjaan.
Tawaran Sebagai Pengurus Online ABDR
Pengurus Online ABDR:
Ebook Panduan Rakan Niaga
|
Setelah bergelar Pengurus Online ABDR, di saat itulah aku nekad menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung pada suami seorang menanggung hidup keluarga. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat dan dorongan walau apa saja yang ingin ku lakukan. Tidak lupa juga ibu bapa ku serta kedua mentua ku yang sering memberi kata semangat dan sokongan.
Pada sahabat-sahabat ku di luar sana. Anda jangan putus asa andai status anda hanya suri rumah. Jadilah suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri. Dari rumah kita juga berhak dan mampu menunggu duit masuk akaun. Kita sebagai suri rumah lebih istimewa. Kenapa? Apa yang istimewa? Kerana kita adalah suri rumah. Suri rumah yang akan menunggu duit masuk akaun setiap detik, setiap hari, setiap bulan. Hebat tak? Tentulah hebat bukan. Duit masuk akaun tak perlu tunggu hingga hujang bulan.
Berani Bermimpi
Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata.
Justeru, wahai sahabat-sahabat ku yang bergelar suri rumah. Andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah.
Kenapa di ABDR?
Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah;-
- Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
- Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah
- Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
- Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
- Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
|
ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
- Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
- Belajar asas berjualan melalui program dropship.
- Belajar menjual produk fizikal.
- Belajar menjual produk digital.
- Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Ebook Belajar Asas Blog
Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?
- Menulis cara santai, tapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
- Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
- Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
- Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
- Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
- Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:
selaku pengurus online, Dalila Yusof melalui whatsapp 019-3229480