Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...dan selamat sejahtera, hari ini saya mahu ceritakan sedikit tentang sikap kebanyakkan wanita bergelar surirumah. Mungkin tak ramai seperti ini. Tapi ini yang perlu surirumah perlu lakukan untuk menghadapi ekonomi keluarga yang agak sukar terutama jika terlalu mengharap sumber kewangan daripada suami.
- Perlu berjimat cermat.
Dalam keadaan ekonomi yang sangat sukar ini, makin perlu ikat perut untuk berjimat. Tapi hal ini tidak boleh dipraktikkan untuk anak-anak mau terbantut. Jalan mudah ibu-ibu perlu memasak sendiri. Rasanya lebih jimat berbanding makan di kedai kerana pernah makan di kedai. Anak-anak tak suka makan di kedai, mereka suka makan di rumah. Mungkin keadaan tidak terkongkong yang memerlukan mereka berada di suatu tempat sahaja. Di rumah mereka boleh berlari-lari, dan makan sebanyak yang mereka suka.
Penjimatan jika berbanding di kedai bermodalkan hanya 20 ringgit boleh masak berulang kali. Boleh makan sehingga kenyang. Berbanding dengan hanya bermodalkan RM 20 hanya lepas makan sekali sahaja di kedai. Itu pun belum tentu kenyang, kadang-kadang masakannya tidak memuaskan.
- Diy hampir semua benda.
Lumrah seorang wanita bergelar seorang ibu, mahukan yang terbaik untuk anaknya. Takkan sanggup melihat anaknya comot, dan baju bercompang camping. Jalan paling mudah belajar menjahit. Zanman dahulu kemahiran menjahit dan memasak memang sangat ditekankan daripada kecil. Tapi zaman sekarang kebanyakkan wanita belajar, tak sempat nak belajar kemahiran menjahit dan memasak.
Tapi yang bagusnya zaman blogging ini, hanya perlu tanya mak cik-mak cik blogger kita sudah boleh belajar kemahiran baru seperti menjahit dan memasak. Tapi perlu sabar dan tekun belajar kerana guru bukan di depan mata. Saya pun belajar mengait daripada internet. Makan masa juga bertahun, tidaklah pandai dan pakar. Lepaslah nak kait topi dan cekak untuk anak-anak dara.
Sememang diy itu menjimatkan daripada segi kewangan, tapi bukan daripada segi masa. Perlu tekun dan sabar menyiapkannya. Tak seperti membeli, bayar terus dapat. Permulaan, produk yang disiapkan memang agak kelakar dan tak secantik, sekemas di kedai. Tapi yang pasti ada, dan menjimatkan. Makin banyak kita asah kemahiran kita. Makin baguslah kemahiran kita.
- Pro dan Kontra
Kesimpulannya, setiap orang punyai keinginan, tapi tak semua mampu membeli. Jadi jalan singkat dengan lambakan tutorial percuma diy di internet. Memudahkan kita memiliki apa yang kita ingini. Jika tak mampu membeli berusahalah membuatnya sendiri. Kelak memberi kepuasan sendiri. Sekian itu sahaja.