Tuesday, September 8, 2015

Ibu mudah lupa.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum...sudah lama tak mencoret di sini, bukan apa faktor kesihatan, hari tu tergolek sakit kemudiaan perangai anak asuhan yang kadang-kadang meragam menyebabkan rancagan tak menjadi. Ceh alasan inilah membuat kerja banyak tertangguh, tapi jujur, kalau duduk rumah berblogging. Sehari kita tak update blog, tak paksa diri update blog. Memanglah terasa susah.

Cikgu blog selalu sarankan, menulislah walaupun seperenggan ayat. Janji kita menulis, paling mudah tulis catatan harian kita. Apa sahaja pengalaman yang menarik kita kongsikan. Supaya kita boleh melatih menulis dengan laju.

Hari ini nak kongsikan tentang latihan menulis dengan Cik Sakinah, permulaannya memang teramat payah. Punyalah manja si anak dara ini, siap melalak nak menulis ni. Asyik cakap tak tahu sahaja. Alasan untuk mengelat. Si Sara duduk dengan wannya. Maka inilah peluang untuk tumpukan perhatian pada dia.

Pengalaman mengajar Si Sara ini, memang boleh buat kita makin faham nak ajar anak yang lain. Kalau diperhatikan prosesnya berulang-ulang. Memang mula-mula anak takkan faham. Tapi perlu ajar sampai biasa, baru mereka rasa tak susah. Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa". Yang penting jangan ajar anak sampai pandai, tapi berhenti sebelum bosan, paling lama adalah 15 minit. Budak bukan macam kita, boleh tumpu perhatian sampai berjam-jam. Kita pun kadang-kadang bosan ini kan anak-anak kecil. Secara tak sedar, anak makin pandai dan minat belajar makin mencabah.

Sekarang dia dah pandai menulis, tapi perlu ajar menulis sebaris dan ajar bagaimana nak jarakkan tulisan pula. Kalau difikirkan dulu, lupa sekejap macamana belajar menulis dan membaca. Sampailah boleh taip blog sekarang. Proses pembelajaran terasa susah permulaannya. Ingat lagi, ayah siap buat papan hitam untuk ajar abc di rumah. Terlupa kita dulu pun merangkak nak belajar. Jadi saya  biar je tulisannya tak cantik nanti lama-lama tulisannya kemaslah tu.

Proses mengajar anak, sebenarnya mengajar kita luangkan masa dengan anak, sekaligus ajar kita jadi penyabar, dalam sedar tak sedar.