Tuesday, June 9, 2015

Tips sebelum berhenti kerja

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Ramai yang bertanya dan teruja untuk bekerja dari rumah, tapi jangan  terus terjun tanpa apa-apa persiapan dan ilmu. Buruk padahnya, memang kita perlu terus lakukan, terjun tapi siapkan dengan payung terjun. Maksudnya berilmu, walaupun berguru sekalipun, risiko tetap ada, tapi kita mengurangkan risiko dengan berguru.

Antara tips yang saya petik daripada idea home based bisnes, Persediaan sebelum berhenti kerja:



1. Lakukan secara sambilan

Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gaji

Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampingan

Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.
untuk tips-tips bisnes daripada rumah, BACA LAGI DALAM EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES


Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com