Wednesday, June 17, 2015

Lagu untuk mandikan bayi.

Teks: Dalila Yusof
bismillahirahmanirahim...

Semalam sibuk urus si kecil yang baru selepas pantang, penat juga menjaga bayi. Antara sebab bayarannya agak mahal boleh mencecah sehingga 300 hingga 400. Yelah, bergantung sepenuhnya kepada pengasuh, susu, tukar pampers dan mandi, semuanya pengasuh lakukan. Biasanya bayi baru selepas pantang, kebanyakkannya suka menangis, sukar pengasuh lakukan kerja. Antara sebab pengasuh meletakkan bayaran yang tinggi. Mungkin mereka terasa seperti dalam perut jadi mereka perlu sentiasa didakap.

Iklankan homestay anda bersama kami di Homestay Malaysia, kami bantu promo sepanjang tahun.

Semalam sewaktu nak memandikan si kecil, teringat satu lagu yang mak selalu nyanyikan sewaktu menjaga anak saya semasa pantang. Mak selalu nyanyi lagu ini semasa mandikan si kecil. Agak lama tak mempunyai anak kecil, terasa ingat-ingat lupala.

Bangau-bangau minta leher, 
Badak-badak minta daging, 
Rimau-rimau minta belang, 
Kancil-kancil minta akal.

Itu sahaja yang saya ingat, kalau panjang sangat lagunya mengigil si kecil kesejukkan. Banyak juga dah lupa, lagu tradisional untuk si kecil. Mungkin perlu buat kajian ke atas orang-orang tua, sedut seberapa banyak yang boleh ilmu mereka. Moga-moga lagu ini tak lapuk dek kerana zaman. Sekarang ini, anak lebih banyak menyanyi lagu-lagu barat seperti lagu "Let it go" dan "Twinkle-twinkle litle star". Budaya barat sudah meresap dalam diri anak-anak.
Jaga emosi pelanggan,

Sekarang ni kita terlalu memperlekehkan budaya dan adat kita. Kononnya mundur, diagung-agungkan budaya liar barat yang bagi kita menyeronokkan. Budaya dan adat kita ada yang bagus dan ada yang tak sesuai. Yang negatif kita buang, yang elok kita kita simpan dan pelihara buat warisan anak cucu. Orang barat bukan maju kerana budaya liar mereka, namun mereka berusaha keras untuk memajukan diri. Tak salah meniru orang, tapi pandai-pandailah kita tapis daripada pengaruh barat. Bukan semuanya salah, dan tak semuanya betul.

Itu sahaja buat pembaca sekalian, insyaallah saya kongsikan perkara yang lebih menarik nanti.

Ulasan kelas asas blog