Tuesday, May 19, 2015

Berjimat cermat jika bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Awal-awal apabila perniagaan masih tak masyuk dan tak stabil, kita perlu berjimat cermat dan melupakan keinginan yang meluap-luap. Ingat lagi awal-awal pindah ke rumah baru, saya  mengajar anak buang air di tandas, semata-mata mahu jimatkan perbelanjaan membeli pampers. Banyak la boleh jimat untuk 3 orang. Duit yang jimat tu bolehlah beli barang dapur, dan pelbagai barang keperluan lain.

 Masih ingat lagi ketika itu, betapa penatnya saya, membersihkan rumah yang berbau hancing dan tengik dengan najis mereka. Adakala ketika menulis di  blog, anak sudah melepas merata-merata. Menangis rasanya, hasilnya sekarang ini, ketiga-tiga nya sudah tak pakai pampers, namun 2 orang anak masih lagi memakai pampers ketika tidur dan berjalan. Namun masih lagi jimat berbanding dahulu. Kepenatan yang berbaloi sangat-sangat, bukan mudah namun semuanya menjadikan saya makin kuat.

Perihal baju pula, saya masih lagi dalam peringkat belajar menjahit dan mengait baju untuk anak-anak, senget benget namun puas hati. Bolehlah nak bagi anak pakai, jimat jugaklah dan puas hati sebabnya boleh design ikut suka hati.


Mengasuh anak pula, banyak juga cabarannya, dengan perangai mereka semakin hari semakin baik. Adakala kesabaran tergugat juga, namun semakin hari semakin faham karenah mereka. Biarlah, janji saya yang menjaganya. Kadang-kadang, jika lemah semangat, saya cuba gagahi juga demi anak-anak. Adakala, apabila mendengar keluh kesah ibu-ibu bekerja yang kurang masa bersama anak membuatkan saya makin kuat.  Penat sangat penat, namun berbaloi melihat anak depan mata. 


Perihal kerja pula, siapa kata tak perlu kerja kuat. Waktu malam, saya bersengkang mata juga, membuat tempahan kait. Yang pasti, apa yang berlaku pada anak kita berada di sisi mereka. Kesimpulannya, bekerja di rumah memang mencabar, yela mana nak urus anak, nak masak lagi, buat itu buat ini. Anak pula mahu berkepit sepanjang masa.  Namun, kita boleh berjimat sehabis baik, dan kita tentukan dan uruskan hidup kita walaupun mungkin tak semewah orang yang bekerja. Kita mewah masa, dan anak membesar depan kita. 

Bekerja dari rumah memang sukar, pengurusan masa itu penting, rehat pula tak seperti orang bekerja di pejabat. Kita perlu bijak sambil menyambil kalau tidak mahunya kerja menimbun tinggi. Nota untuk diri sendiri.