Saturday, May 2, 2015

cabaran WAHM, rumah bersepah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahamanirahim..

Assalamualaikum, selamat sejahtera, sibuk dengan mengait bunga ros sampai tak tertulis dalam blog. Raya ni memang banyak projek nak siapkan bukan mudah tapi sebab nak jimat, buat semua sendiri. Kalau nak tunggu beli, memang tak terbeli le. Kita sambut la seruan kerajaan berjimat cermat, tapi jangan pula ikat perut, tapi gunakan kreativiti untuk menghasilkan sesuatu daripada modal yang rendah. Contoh jahit sendiri baju dan langsir, beli dah mahal, kadang-kadang tak cantik. Baik buat sendiri kan?

Perihal 3 orang wonder girl ni, memang ibu sibuk kebelakangan ni, nasib baiklah bertiga. Banyaklah idea nak buat selain menyepahkan rumah sementara ibu sibuk buat kerja ni. Ramai yang tanya macamana buat kerja dengan kanak-kanak riang ni. Aih..takkanlah mengadap diorang ni 24 jam. Tak masaklah, mengemas rumahlah ibu. Anak-anak pun lemas kalau ibunya mengadap mereka je. he..he..

Biasanya anak-anak akan main kejar-kejar, melukis mewarna, ibu curi-curi masa untuk buat aktiviti dengan anak-anak. Bukannya kuantiti masa tu, tapi kualiti masa. Awal-awal dulu, memang tertekan, tak tau mana nak kejar, lama-lama dah nampak macamana nak uruskan anak-anak. Biasanya kalau mengadu dengan guru online ABDR, Pn Zaila mesti bagi semangat. Beliau mempunyai anak lebih ramai daripada saya tapi masih mampu berniaga online. Jadi kalau anda nak bekerja dari rumah marilah join geng mak jemah ABDR , kelebihannya kita akan nampak masalahnya dan penyelesaiannya.

Biasanya, kalau kita mengadu dengan orang lain yang tak paham corak bekerja dari rumah mereka akan suruh kita bekerja sahaja, makan gaji. Tapi apabila join ABDR ini saya dapat aura positif dan cara menguruskan anak sambil bekerja dari rumah. Bukan mudah, memang sukar, kita kena buat perlahan-lahan sampai berjaya. ok...


Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com


sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof