Thursday, May 21, 2015

Cara scheduledkan blog

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Kebelakangan ini memang terlampau sibuk dengan aktiviti mengait, sampai tak mampu nak menulis di blog. Hu..hu. salah satu tips yang cikgu blog selalu ajar adalah tulis 5 entri sekaligus, kemudian jadualkan blog tersebut. Jadi walaupun sibuk mana sekalipun, entri kita akan disiarkan secara berjadual setiap hari.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan tips membuat  meyiarkan blog secara berjadual. Sistem ini akan membolehkan kita aktif di blog walaupun sangat sibuk. Perkara yang boleh kita kawal kita perlu kawal sepenuhnya. Supaya kita tak sakit kepala memikirkannya. Perlu bijak menyusun masa yang tak pernah cukup ini.


langkah-langkah:

1. Buat entri yang baru seperti biasa.

2. Apabila kita mahu tekan ke jadualkan penyiaran blog, tekan butang schedule.


Add caption
 3. Klik kepada set date and time. pilih hari apa kita mahu entri ini disiarkan berserta tarikh.

4. Sudah siap tekan butang done, dan tekan butang publish.

5. Hasilnya, blog akan disiarkan mengikut waktu dan tarikh yang kita tetapkan.



Jika mahukan blog anda disiarkan serentak dalam facebook anda, anda perlu mendaftar dengan networkedblog. Jadi apabila blog disiarkan secara automatik akan disiarkan dalam facebook tanpa perlu guna secara manual. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada tutorial untuk menselaraskan blog dengan facebook dengan menggunakan networked blog ini. Mudah kerana anda tidak perlu membuat kerja berulang kali. Memudahkan kerja dan masa anda.

Sekian dulu buat masa kini. Terima kasih kerana membaca.

Rujukan

khaiangel.blogspot.com