Wednesday, January 21, 2015

Resepi Mini Piza

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini, cuba buat mini piza dengan oven yang comel di rumah. Mungkin tiada pengalaman, ada yang hangus, ada yang menjadi. Leceh sungguh apabila buat saiz mini-mini ni, serabut yelah, cik Ecah demam, nak berkepit. Yang si kakak-kakak pula buat onar, "mengemas rumah".  Lepas ini, cuba pula buat yang besar terus. Tak yah nak gentel banyak kali, senang letak tunggu masak je.

Doh piza, saya buat guna resepi buat doh donat. Rasa lembut dan gebu. ha..ha perasan. Nasib baik cik Sara kata cam pizza hut, kalau tak mesti tak nak makan. Yang hangit pun kata sedap, anak-anak memang perangai camtu. Baru perasan kalau kita sentiasa masak, anak-anak akan makan masakan kita walaupun tak lah sedap mana. Jadi pasni, bersemangat nak masak macam-macam resepi. kalau tak dulu menangis tengok apa sahaja dimasak tak dijamah. Pening kepala, yang penting kurangkan makan kat luar, kat kedai, piza, kfc dan sebagainya. Kalau tak memang budak memilih makan.

Piza terakhir yang sempat diambil gambar.

Saya kongsikan resepi doh piza @ donut.

2 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
3 sudu makan gula pasir
2 sudu susu tepung
1 paket yis mauripan (11 g)
1 sudu makan majerin bunga mas (dicairkan)
1 bj telur gred B
1 sudu kecil baking soda
1/2 kg tepung
1/2 mangkuk air suam (saya guna magkuk plastik taufufa) 


Inti pizza. 

Sos preggo
daging kisar
sosej 
Keju
daun herba


Cara-cara:

1. Rebus 2 biji kentang yang telah didadu sehingga empuk. Kisarkan kentang empuk bersama air, gula pasir dan susu tepung. Hasilnya kita akan dapat semangkuk penuh dalam bekas taufufa hasil kisaran bahan-bahan tadi. 

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan telur, yis, baking soda dan marjerin. Gaulkan sebati kemudian campurkan tepung sehingga tak lekat di tangan. Uli doh, penyek, dan tumbuk-tumbuk uli untuk keluarkan angin, campaklah sikit. Tapi berpadan-padan lah, itukan makanan.  Sesuai kalau bengang dengan cik abang, memang buatlah donut, gerenti surut tekanan tu...ngeh..ngeh..Rehatkan sekejap, dalam 10 minit sahaja. 


3. Dah naik doh tadi, buat bebola kecil. Uli dan gentel di tangan dan penyek-penyek sedikit untuk keluarkan angin sekali lagi. Kemudian leperkan adunan, untuk membentukan piza base. Biarkan seketika. dah naik sekali ganda dalam 10 minit sahaja. Sapukan sos prego, masukkan daging kisar, dan sosej yang dihiris halus. Taburkan keju  dan daun herba. Bakar dalam oven mengikut setting oven. . 

Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Sedap hingga menjilat jari. Dulu-dulu saya ingat kentang tu akan terasa apabila makan. Tapi tak rasa pun, kentang tu hanya bertindak sebagai pelembut donut sahaja. Dulu-dulu tak reti buat donut, pelik asyik tak jadi, dah ada anak tiga baru jadi. Tak pela janji anak-anak pun suka. 

Iklan: 

Antara pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam.