Wednesday, January 21, 2015

Takut gagal penyebab impian mustahil

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...



Apabila kita mahu mempertingkatkan diri ke arah lagi baik, mesti ramai yang pertikaikan. Kalau kita mahukan menjana pendapatan sampingan cari kumpulan sokongan. Kita boleh kongsikan masalah dan mereka boleh memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.  Kebiasaannya, masalah yang kita hadapi, mereka juga pernah alami. Kita juga, kurang tertekan, dan akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun terdapat pelbagai halangan menimpa. 

Ramai surirumah yang ingin bekerja dari rumah pastinya mengalami cabaran berikut:


  • Anak-anak  yang asyik berkepit
  • Modal yang sikit
  • Suami kurang yakin
  • Tekanan dan sindiran daripada masyarakat.
Kita perlu sedar bahawa hanya kita sahaja yang mampu menolong diri sendiri. Kita sahaja yang mampu memberi motivasi dan tolakan untuk merubah diri menjadi lagi baik. Bukan orang lain hatta suami sekalipun, jangan terlalu berharap sokongan orang lain. Walaupun orang lain yakin dengan kita, tapi jika kita sendiri tak yakin, memang sukar untuk berjaya. Kegagalan itu langkah pertama untuk berjaya. Cuba renung kembali ketika kita mendapat anak yang pertama, ketika itu kita masih kosong tentang pengurusan anak. Waktu mula-mula menyusukan anak, waktu itu kita buntu, tapi lama kelamaan kita mampu buat. Kenapa? Kita sudah biasa, kita paksa diri kita buat, lakukan sampai berjaya. Begitu juga perihal semua perkara baru yang kita ingin lakukan pasti gagal permulaannya, kita perlu paksa diri teruskan sehingga berjaya. Sekian celoteh pagi ini...

Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam