Monday, January 19, 2015

Kenangan di Pantai Puteri

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terpaksa mendiamkan diri seminggu dua ni, gara-gara rancangan balik kampung secara mengejut hampir seminggu lebih. Saja-saja je, sambut tahun baru sambil sambut hari jadi ayah, orang yang berwang belanja la katakan, dapat gaji. Murah rezeki Cik Nor belanja adik beradik ngan anak-anak buah yang macam pirana ni. Mengigil Cik Nor ketakutan. ha..ha...

Balik sahaja rumah tak sampai berapa hari pergi pula kenduri kahwin, kawan baik suami. Adui berjalan sahaja mak cik ini, penat pula terasa nak demam. Kerja rumah yang berlongokkan terpaksa juga gagahkan badan menyiapkannya, kalau tak lagi la bertambah.

Semasa balik ke kampung, pagi esoknya pergi membeli sarapan singgah sebentar di Pantai Puteri. Memang dekat sahaja kawasan pantai dengan kedai roti canai tu, bertentangan sahaja. Redup sahaja mata memandang, banyak pokok Ru yang ditanam di sepanjang pantai.

Semasa tingkatan 2 , sibuklah beramai-ramai kami geng budak sekolah menyertai aktiviti menanam pokok di sepanjang pantai. Ala..sebenarnya pokok tu dah siap gali dan letak pun, hanya perlu kambus sahaja. Sekarang pokok ni dah besar, tak tahu mana satu saya punya, kalau tak boleh tunjuk anak-anak, inilah pokok yang di tanam oleh ibu mereka. He..he,,,dengan perasaan bangga dan hidung kembang kempis. Dah besar meninggi pokok ni, ada umur panjang boleh tunjuk kat cucu pula. Ok sampai sini coretan saya. Sekian terima kasih....

Iklan:

Antara pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam.