Wednesday, January 14, 2015

Antara ciplak dan tiruvasi.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kupas sedikit masalah menciplak yang berleluasa dikalangan blogger masa kini, menular di kalangan khususnya blogger yang dahagakan trafik tinggi macam saya, hu..hu..Sebenarnya ramai yang tak tahu apa bagaimana nak mencipta identiti sendiri apabila baru berjinak-jinak menulis di blog. Cara paling mudah, copy dan paste entri daripada blogger lain kemudian tempek di blog sendiri. Memang mudah, tapi tak dapat nak belajar apa-apa pun sayang oi...

Anda tahu apa maksud menciplak? Menciplak atau plagriasm menurut Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya mengakui karya tersebut adalah usaha sendiri. Bagi yang baru bermula atau berjinak-jinak dalam blog mesti tak tahu mereka melakukan perkara ini. Jadi sangat penting mengetahui bagaimana meniruvasi hasil daripada orang yang berpengalaman dalam bidang blog. 

Pemilik sebenar karya pasti marah kerana mereka penat-penat memerah otak menghasilkan karya yang hebat, tiba-tiba ada pula yang mengakui karya tersebut adalah milik mereka. Maaf itu kurang hajar namanya. Namun, bagi pemilik karya, tak usah risau, orang yang suka menciplak mereka tidak akan belajar sesuatu namun gunakanlah pengalaman yang sedia ada untuk mendapatkan idea yang lebih baik. Apa yang penting jangan terlalu marah jika kita ditiru ini menandakan karya kita adalah yang terbaik, jika tidak orang tak kan mudah-mudah meniru. 

Jadi bagaimana pula jika kita blogger baru yang mahu mencipta nama. Apa yang saya pelajari daripada kelas asas blog adalah kita menulis semula entri yang menarik perhatian meggunakan ayat kita. Baca, baca, baca, dan baca fahami isi kandunganya dan tulis semula mengikut apa yang kita faham. Kita belajar sesuatu di sini bagaimana menulis dengan baik. Jangan dilupa letak rujukan daripada mana, seperti yang kita lihat penulis buku tidak pernah lupa meletakkan rujukan di belakang buku, begitu jugalah kita.

nanti saya sambung ya..ada urusan bersama keluarga...hu2...