Wednesday, December 31, 2014

Entri Khas Buat ibu tunggal daripada Sariah Awang Senik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Entri khas buat ibu tunggal

KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU TUNGGAL

Jangan bersedih kalau anda ditakdirkan sebagai seorang ibu tunggal. Terimalah dengan redha dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kita tidak pernah meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Memang hakikatnya terlalu amat pedih dan derita namun semuanya itu ada hikmah tersembunyi. Jangan biarkan diri terlalu lama bersedih. Memang agak sukar menerima kenyataan setelah hampir sekian lama bergelar seorang isteri. Tiada siapa yang meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Percayalah pada diri bahawa tuhan sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita hadapi sekarang.
Cari sesuatu kekuatan untuk bangkit semula daripada sebuah penderitaan. Contoh terdekat adalah anak-anak. Jangan abaikan mereka dek kerana asyik melayan hati dan perasaan kita. Selalulah bersama dengan anak-anak walaupun kita sekarang sedang melalui saat-saat yang paling sukar. Belajar untuk meneruskan kehidupan walaupun bergelar seorang ibu tunggal. Dan yang paling penting selalulah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kepada siapa lagi yang harus kita mohon pertolongan selain daripada tuhan yang maha esa.

Senantiasa sibukkan diri dengan sesuatu pekerjaan yang kita minati. Berhenti menagih simpati kerana ianya hanyalah melemahkan semengat kita. Berfikir secara positif dan anggap segala dugaan adalah sebahagian daripada sebuah kehidupan. Mungkin selama ini kita terlalu selesa sampaikan kita terlupa apa sahaja bakal terjadi di dalam kehidupan kita. Semakin banyak masalah bermakna tuhan yang maha esa semakin dekat dengan diri kita. Tidak siapa tahu apa mungkin penderitaan dan kesedihan adalah titik kejayaan di dalam kehidupan kita. Lihat di sekeliling kita....kita masih punya keluarga sendiri, anak-anak, ibubapa adik beradik dan juga saudara mara kita.

Pedulikan lah apa yang masyarakat kita anggap mengenai status seorang ibu tunggal. Anggap semuanya bagai angin lalu yang sesekali bertiup kencang. Apa yang lebih penting jagalah maruah seorang ibu tunggal. Mereka juga berhak bahagia walaupun tanpa seorang yang bergelar suami di dalam kehidupan mereka. Dan perkara yang lebih penting jangan sesekali menghukum sesiapa di dalam kehidupan kita. Sekalipun mereka semua selalu menghina dan menjatuhkan maruah seoarng ibu tunggal biarkanlah Allah SWT menjalankan tugasnya yang tersendiri. Jujur pada diri apa yang kita inginkan. Tidak perlu bersusah payah memuaskan hati dan perasaan orang lain yang sememangnya sifat seorang manusia itu tidak pernah puas. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT supaya kita senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Yakin pada diri bahawa seorang ibu tunggal juga mampu berjaya malah juga berjaya mendidik anak-anak menjadi seorang anak-anak yang soleh dan juga solehah.

Jangan terlalu bergantung dan berharap kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan kita walaupan saudara mara dan juga rakan-rakan terdekat. Cari punca pendapatan yangl lain. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan masalah yang mendatang.

Percayalah kita sebagai ibu tunggal mampu hidup bahagia sebagaimana orang lain. Kenyataannya di dalam negara kita sendiri terlalu ramai ibu-ibu tunggal yang sudah berjaya mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan bahagia. Dan yang teramat penting senantiasa lah tersenyum walaupun hakikatnya teramat pedih. Jangan terlalu bermuram dan murung memikirkan apa yang telah terjadi. Tiada yang menguntungkan jikalau asyik bersedih dan bermuram.

Apa sahaja yang terjadi hakikatnya bergelar seorang ibu tunggal umpama suatu anugerah daripada Allah. Hanya tuhan sahaja apa yang terbaik buat kita. Hidup mesti di teruskan..buang semua sifat negatif di dalam diri kita. Dan tanamkan sifat positif di dalam kehidupan kita.

Insha Allah suatu hari nanti kita akan berjaya mengatasi semua perasaan sedih dan duka itu. Belajar untuk memaafkan orang lain. Yakinlah dan hargailah apa yang kita miliki sekarang....kehidupan...anak-anak....perkerjaan dan juga keluarga yang kita sayangi selalu. Andai rasa terluka dan sedih ingatlah ada insan-insan yang lain yang lebih teruk daripada kita.
Berkenalan dengan penulis/ Pengurus Online ABDR; Sariah Awang Senik
Singgah di blog:http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/01/ketabahan-dan-kekuatan-seorang-ibu.html



Berminat sertai Akademi Bekerja dari Rumah? tempah segera di borang tempahan kelas online



atau hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof