Friday, December 12, 2014

Tips Atasi Krisis Mengemas Rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selepas habis pantang, mesti cukup tertekan bagaimana nak mengemas rumah, memasak kan? Saya ingin kongsikan satu tips mengemas rumah daripada Flylady, saya aplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai surirumah yang bekerja dari rumah memang sangat membantu terutama jika ada anak kecil yang memerlukan perhatian lebih daripada kita. 


Yang pertama sekali, sila buang perangai kita yang dahulu. Sebelum ada anak bolehlah kita nak mengemas secara lemah lembut, dan bersopan santun. Sekarang, belajar sedikit demi sedikit untuk meningkat kelajuan mengemas rumah dan memasak. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan yang penting kita lakukan kerja rumah, kesempurnaan sila buang dalam tong sampah. Pentingnya, kita luangkan masa dengan bayi kecil kita, bukannya mengajar dia berkepit 24 jam. Rumah boleh dikemas banyak kali, tapi masa kecil anak masih bayi tak boleh diulang banyak kali. Tapi ajar dia sedikit demi sedikit bermain seorang diri. Terasa rindu sangat dengan Sara dan Kina masa bayi. Rasa nak putar kembali tapi tak boleh. Sekarang si Aisyah jadi mangsa gomol ibu. ha...ha...



Mari kita lihat kaedah mengemas rumah Flylady, yang boleh diaplikasikan dalam hidup seharian kita. 


Sediakan alatan mengemas sebelum itu, bakul (untuk meletakkan barang yang bertaburan di lantai), kain pengelap meja dan kain pengelap habuk, mangkuk/ baldi untuk isikan pinggan mangkuk kotor, dan tak lupa mop dengan air bersabun untuk mengelap lantai. Senang semua dah tersedia, mari kita mulakan.




  •  Pertama sekali, saya tambah, bangun lebih awal daripada orang lain, hasilnya kita ada masa untuk tumpukan pada diri sendiri.

Kita boleh siapkan semua kerja rumah dengan tenang dan gembira. 


  • Mandi pagi-pagi, bagi badan wangi dan segar, basuh muka, sikat dan ikat rambut, dan kalau nak pakai mekap pun boleh

Badan rasa segar dan rasa bertenaga nak buat kerja rumah. Flylady cadangkan guna music dan pasang lilin wangi, saya tak suka dengar muzik dan tiada lilin wangi. Saya selalu berzikir sewaktu kemas rumah, rasa boleh fokus dengan cara tersebut. Lain orang lain lain caranya, tapi yang penting cara tersebut boleh buat kita fokus 100 %.

  • Tetapkan masa jam detik (timer) sebanyak 15 minit bekerja di dapur
Kita mulakan dengan dapur, sebab kalau dapur bersih, satu rumah akan bersih. Mula-mula kita kilatkan sinki terlebih dahulu. Biasanya saya guna sabun mandi buku, atau sabun mandi untuk sental sinki nampak berkilat dan cantik. Masukkan air panas bersabun ke dalam sinki dan mulakan mengelap semua perkakas dapur. Kosongkan rak pinggan. Apabila masa tamat, terus berhenti, dan pergi ke ruang tamu.

Tetapkan masa jam detik kembali, bersihkan meja kopi atau kutip semua permainan atau suratkhabar.  

Tumpukan pada satu perkara terlebih dahulu, jangan nak buat semua benda. Kumpulkan semua barang-barang yang tak berkenaan ke dalam bakul baju kotor. Masukkan sampah ke dalam plastik sampah, jangan terlalu fikirkan tentang nak kitar semula barang tersebut. Apabila rumah dah teratur, kita punyai banyak masa untuk mengitar semula. Sekarang tumpukan pada menjadikan rumah nampak kemas sahaja. Kita tak mampu lakukan jika terlalu fokus kepada menyusun dan mengitarsemula, buang sikap terlalu inginkan kesempurnaan. Apabila masa jam detik tamat, pergi semula ke dapur. 

  • Di dapur, tetapkan masa selama 15 minit, sambung semula bersihkan dapur.
Jangan pula lari fokus, nak bersihkan barang dalam kabinet. Kita hanya membersihkan secara kasar sahaja. Kita mahu rumah nampak teratur sahaja, bukanlah sempurna.


Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik  untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.
  • Masa untuk rehat
Sekarang mari kita lihat apa yang kita telah capai dalam masa 45 minit tadi. Tetap jam detik selama 15 minit, buatla apa yang kita suka atau minum secawan kopi. Tamat sahaja masa, mulakan bekerja semula. Kali ini, kita cuci bilik air selama 15 minit. Cuci sinki bilik mandi dahulu, cuci tandas, dan kutip segala tuala dan baju kotor, masukkan dalam bakul. Jangan pula pergi basuh baju, tumpukan sahaja cuci bilik air sebersih-bersihnya.

  • Cukup sahaja masa 15 minit. Kembali ke dapur semula. 
Sapu lantai dan boleh mula mengemop lantai. Kita boleh lakukan apa sahaja dalam masa 15 minit. Kemudian, masa tamat , selesaikan kerja di ruang tamu. 

  • Ruang tamu
Selesaikan kerja mengemas secara kasar sahaja di ruang tamu. Susun semula barang, apabila sudah siap, sapu dan mop lantai.

  • Setiap kali cukup 45 minit, rehat selama 15 minit. Kemudian buat semula kerja, setiap bahagian dalam rumah kita lakukan dalam tempoh 15 minit. 

Jika saya, apa yang saya lakukan biasanya, saya akan tetapkan masa 15 minit, mengait, kemas rumah, berblogging, kemudian rehat. Jika anak kacau, tutup dulu jam detik, bermain dengan mereka, bagi apa yang mereka inginkan. Sesudah itu kembali kepada kerja kita. Sekurang-kurangnya kerja berjalan, tak macam dahulu, terlalu fikir nak sempurna semua kerja tak jalan. Apabila sudah ada anak ni, tiada masa lagi kemas berjam-jam macam dulu, banyak masa perlu ditumpukan pada anak. Rehat pun tak boleh lama-lama sangat, sebabnya perangai anak tak terjangka. Tidaklah katakan diri sempurna, hari ini mungkin kita boleh buat kerja dengan baik, hari esok mungkin kelamkabut. Kehidupan kita jangan sesekali samakan dengan orang lain, hatta mak bapak kita sendiri. Kita perlu sentiasa belajar daripada pengalaman orang lain dan juga pengalaman sendiri. Permulaan memang banyak silap, tapi kita belajar daripada kesilapan untuk menjadikan diri semakin baik, setiap masa. 


Boleh lihat video tips  mengemas rumah secara pantas dalam masa 30 minit sebelum tetamu datang ke rumah.






Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace. 


Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)



Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (dalila)


**************************************************************************








[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Yuran: RM 250



Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya 
sms /whatsapp : 019-3229480 (Dalila)

1 comment:

  1. Setuju sangat, bila ada anak-anak kecil, sikap perfectionist dalam kekemasan rumah perlu dikurangkan sbb keutamaan kepada kita adalah pada anak-anak..at the same time kebersihan rumah perlu dijaga..

    ReplyDelete