Bismillahirahmanirahim...
Gambar: supercamp
Saya tiruvasikan perkara ini untuk renungan surirumah yang baik dan comel lote..
Untuk hidup yang lebih bahagia sebagai surirumah,
BERHENTI:
- Merasakan diri mangsa keadaan. Suami itu, suami ini. Anak itu, anak ini. jangan rasakan semua benda yang jadi pada kita berpunca daripada orang lain. Orang tak ambil peduli pun kalau kita jatuh, apabila kita jatuh lagi orang pijak.
- Banyak alasan, anak saya nakal, tak cukup masa. Saya tak boleh bekerja kerana anak masih kecil.
- Membiarkan masyarakat memberitahu dan tentukan cara kita hidup. Masyarakat selalu memberitahu betapa bodohnya kita tak bekerja. Kita terlalu membebankan suami. Betul ke?
- Cuba membuat orang lain gembira. Kita cuba ikut apa sahaja cakap dan kehendak orang lain. Kita mahu orang tahu betapa pentingnya kewujudan kita. Sedangkan kita ini sangat diperlukan anak-anak dan suami. Kita perlu jadi terbaik untuk keluarga kita.
- Terlalu bergantung pada orang lain untuk membuat kita gembira. Kita terlalu takut dengan apa yang orang perkatakan tentang diri kita, kita tak berani nak membuat sesuatu yang baik untuk diri kita. Kita makin rendah diri memikirkan orang sentiasa memperlekehkan diri kita. Teruknya kita makin tertekan dan tertekan. Hidup kita terumbang ambing disebabkan kata-kata orang yang tak bernilai.
MULAKAN:
- Cara masa bersendiri. paling mudah bangun seawal pagi, kita ada masa untuk mandi dan buat kerja tanpa "gangguan" anak dan suami. Kita rasa tenang walaupun hanya sekadar 1-2 jam sudah memadai.
- Tutup segala gajet sebentar, dan hirup udara segar, dalam rumah pun boleh, buat lah perkara yang paling kita suka, menjahit, mengemas, memasak.
- Berfikiran positif. Tak kira apa pun berlaku, orang khianat kita, duit tak cukup, anak nakal, orang pandang rendah pada kita, jadikan perkara tersebut sebagai tekanan positif, menjadi pemangkin dan pemaksa kita berubah ke arah yang lebih baik.
- Cari sendiri kebahagian kita. Jangan paksa orang untuk sayang dan hormat kita, kalau kita sendiri tak sayangi diri dan terlalu perlekehkan diri kita. Perlajari perkara baru dan cari ilmu baru, supaya minda kita sentiasa terbuka. Cari hobi baru, resepi baru, baca dan buat eksperimen, Apabila kita sentiasa sibukkan diri dengan perkara yang kita suka, kita kurang berfikir yang bukan-bukan dan kita bina keyakinan dalam diri kita.
- Pamerkan kreativiti, betul tak semua orang dilahirkan dengan kreativiti tapi zaman sekarang kita boleh cari idea-idea kreatif di internet. Paling saya suka cari idea di Pinterest, pelbagai imej kreatif terkumpul dalam satu pinterest. Contoh macam yang saya kumpulkan dalam Pinterest saya. Kita cuba sampai berjaya!
- Hargai dan tulis apa sahaja impian kita. Kalau tak tulis kita lupa. Kalau kita cuba ingat balik boleh jadi gila tau! Apabila kita tulis kemudian baca, ibarat memahat di dalam otak, ingat sampai bila-bila. Boleh baca kalau lupa, lebih-lebih lagi apabila semangat merundum gila.
- Kemudian berusaha sampai kita berjaya. Jangan fikir sangat jadi ke tak. Dulu-dulu saya selalu fikir, bagaimana, macamana. Rupanya, jalan penyelesaiannya kita akan dapat daripada pengalaman. Pengalaman kita akan dapat daripada banjyaknya mencuba, bukannya banyak bertanya sahaja, dan membaca tanpa mengambil tindakan drastik.Paling penting tanya orang yang berpengalaman, biasanya walaupun mereka marah kita, kutuk kita, sekurang-kurangnya kutukan itu kutukan positif. Kutukan positif akan paksa kita lebih maju. Kritikan terlalu negatif sila buang dalam tong sampah. Nanti melemahkan kita.
- Carilah kegembiraan untuk diri kita, bukan buat benda yang bukan-bukan dan merosakkan diri kita. Tapi carilah sesuatu yang memajukan diri kita daripada hari ke hari. Banyakkan membaca buku orang yang berjaya. Ilmu...ilmu..., baca, baca dan baca, kemudian kaji, kaji, kaji sampai berjaya.
Berminat bekerja dari rumah, boleh dapatkan Pakej Mampu Milik untuk belajar bagaimana menjana pendapatan dari rumah.
- Bagi semangat pada orang lain untuk percaya bahawa mereka boleh lakukan. Bantu mereka, berikan mereka ilmu, dan sentiasa buat mereka percaya mereka boleh percaya.
Kalau anda, perlukan kereta sewa Hiace dan Inova untuk percutian keluarga boleh lihat di Perkhidmatan kereta sewa MPV Inova dan Hiace.
Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi, kalian usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.
1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun
Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline
Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory
Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (dalila)
**************************************************************************
[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Yuran: RM 250
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory
Bonus 3:
Jaminan pulangan wang
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
sms /whatsapp : 019-3229480 (Dalila)