Sunday, December 28, 2014

Suami perlu bangunkan kemahiran isteri.


Teks: Dalila Yusof
Bismilllahirahmanirahim...


Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti percutian bersama kawan-kawan suami ke Perak. Orang lain sibuk berehat menonton bola, saya sibuk cari idea nak menulis, ha...ha. Antara yang mencuri perhatian dalam majalah ANIS keluaran Jun 200 adalah artikel mengenai betapa pentingnya suami membangunkan kemahiran isterinya. Zaman sekarang, isteri tidak lagi lengkap dengan ilmu kemahiran yang mana setiap wanita perlu ada. Antara kemahiran yang seorang wanita perlu ada, adalah mahir menjahit, memasak, hatta mengemas rumah. Lantaran, kebanyakkan wanita sibuk dengan pengajian hingga ke menara gading, kemahiran ini di tidak di titik beratkan oleh ibu bapa. Tak hairanlah kalau wanita yang baru berkahwin tak pandai macam-macam.

Saranan daripada Dr. Robiah, "Suami perlu bangunkan kemahiran isterinya mengikut apa yang dia mahukan,"

"Misalnya jika isteri tidak pandai masak, berilah ruang pada isteri untuk belajar masak. Suami kena sediakan kemahiran dan kemudahan supaya apa yang dia mahu itu terbina pada isterinya."

Dalam hal ini, katanya, suami harus berikan penghargaan pada isteri.

"Setiap wanita, biar dia penat tak apa, asalkan perhatian daripada suami ada. Ada Penghargaan."

Anis keluaran Jun 2007.

Kesimpulannya, jika mahukan isteri memasak hantarlah ke kelas memasak. Paling kurang pun, sediakan kemudahan internet, senang isteri nak cari resepi di internet. Kalau nak suruh belajar mengait dan menjahit, juga paling mudah belajar di internet. Cik abang hanya perlu sediakan printer dan komputer serta mesin jahit. Mesin jahit paling murah boleh dapat yang RM 200 ke bawah tau. Saya guna untuk jahit yang mudah-mudah sahaja. Janji saya jahit, tak payah tunggu cikgu depan mata. Jangan tak tahu sekarang paten nak buat baju budak-budak dah boleh diperoleh daripada internet secara percuma tak payah bayar. Banyak yang percuma kena rajin melayari internet mencari paten-paten yang percuma tak kira kait atau jahitan. Kalau nak isteri cantik, kenalah hantar pergi ke spa, belikan alatan mekap dan berikan masa untuk bermekap. ha...ha..nak rehat pun tak sempat bagaimana nak bermekap dengan anak kecil sekeliling pinggang.

Jadi para suami jangan terlalu cepat melatah, mengatakan isteri terlalu teruk berbanding perempuan lain, renung-renungkan banyak ke tidak, cukup atau tidak kemudahan yang diberikan pada isteri. Jangan sekadar bagi arahan, isteri bukan orang gaji, namun pendamping  suami di kala susah dan senang. Berikan isteri peluang membetulkan langkah setiap kali kecundang. Isteri pula jangan cepat putus asa, segarang mana pun si suami memberikan kritikan bertubi-tubi, hati suami pasti tersentuh apabila isteri makin pandai melakukan apa yang suami ingini.

Kalau rasa nak suruh isteri berniaga online, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.