Bismillahirahmanirahim...
Dalam sebuah artikel keluaran majalah anis, ada suatu petikan yang berbunyi"Semakin lama berkahwin... orang lelaki menjadi semakin pendiam (kerana tanggungjawab yang semakin berat dan anak semakin bertambah ramai) manakala perempuan jadi semakin bising. becok dan peleter (terhadap anak-anak yang semakin bertambah dan membesar)." Suami makin lama makin sukar difahami. Pernah dahulu dengar daripada sebuah ceramah, lelaki ini adalah makhluk yang hidup dalam pelbagai alam, sebelum kahwin lain, sebelum dapat anak lain, dengan kawan-kawan lain, itu belum mencecah umur 40 tahun, itu lagi lain. Jika kita lihat suami kita, memang ada sedikit sebanyak perangai berikut, cuma kita kena pandai tackle hati suami.
- Makin tak pandai luahkan perasaan
Kalau sebelum kahwin, macam-macam ayat manis boleh dikarang, tapi selepas kahwin. Rasanya dulu, sebelum berdating tu, mesti baca novel cinta sebanyak mungkin baru dapat karang ayat manis. Lelaki oh lelaki. Nak ucap "I love u" pun makin sukar, nasiblah kalau masih nak peluk dan salam waktu pergi kerja. Bicara suami lebih kepada signal, body language dan macam-macam signal lagilah. Kalau kita tak faham isyarat badan suami, bahaya juga kalau mengadu dengan orang lain lebih-lebih lagi perempuan lain. Pening juga kepala dibuatnya. Bagi suami, isteri sepatutnya sudah faham perangai suami sendiri tidak perlu diluahkan lagi. Namun, si isteri pula tergaru-garu kepala pening dengan tingkah suami yang diam sepi tanpa bicara. Jadi kena belajar banyak tentang gerak badan suami, perhatikan setiap tingkah si suami, mungkin ada yang ingin diluahkan dalam isyarat tersembunyi.
- Suka cakap lepas.
Ini yang paling makan hati, setiap inci perbuatan, masakan kita, apa yang kita pakai semua serba salah. Ini tak betul, itu tak betul, tapi tak reti nak tunjuk macam nak buat. Cakap dah takde tapis tapis lagi terus terang, bukan yang elok-elok ditegurnya, tapi makan dalam woo. Bukan main susah pula tu nak minta maaf. Egonya tak bertempat. Tapi kalau kita perasanlah tiba-tiba dia jadi baik, belikan makanan, tiba-tiba ajak berbual, itulah cara suami memujuk isteri. Biasalah kalau tiba-tiba suami buang tabiat itulah cara suami meminta maaf daripada isteri. Kan...kan...
- Makin pendiam.
Lelaki ni memang pendiam, kadang-kadang susah betul nak dengar suara di rumah. Cubalah, kalau jumpa kawan, macam nak rak diboraknya. Lagi-lagi jumpa kawan perempuan termasuk anak dara, bini orang, hui..berjam-jam boleh borak. Kadang-kadang dengan perempuan yang pendiam pun boleh diajak berborak, tapi dengan bini adui...kelu lidah. Sakit jiwa kan..kan...Pertanyaan bertubi-tubi daripad mulut kita tapi hanya sepatah perkataan dijawabnya. Ish, kalau tak mengenangkan anak-anak ni, mahunya lari membawa diri. Buat apa kahwin dengan pak pacak atau tunggul. Tapi tulah, lelaki yang kita pilih dahulu, menyesal pun tak guna. Ada kemungkinan juga masa kita tanya tu silap masa, tak pun tengah tertekan dengan kewangan yang makin meruncing atau trafik jem ke. Atau mungkin soalan yang kita tanya suami rasa tak payah jawab, ataupun jawapan pada soalan tu ada pada jawapan kepada soalan sebelumnya. Biasalah, kitakan ni kan depan mata, bagi mereka bila-bila masa boleh jawab soalan kita. Lagipun nak lari ke mana, kalau anak dah berderet-deret tu kan?
- Makin pekak.
Kita punyalah membebel dia buat tak dengar sahaja, rasa teruja nak luangkan masa dengan suami, bercerita pasal anak-anak. Bercerita tentang apa yang kita lakukan hari ini. Tapi kita tengok cik suami layan mesej, Fb la, whatsapp kawan la. Yela kitakan sepanjang hayat dengan suami. Tu kalau jodoh panjang, kalau tak panjang...sabar jelah. Tapi pelik juga kalau perempuan lain, telinga tak pekak pula, sepenuh perhatian diberikan. Nasib badanlah isteri woi, tak kiralah kita kahwin beribu kali, lelaki tetap lelaki. Lelaki kan makhluk pelbagai alam, jadi terimalah hakikat ini, sebelum kahwin bagai nak rak, pijak semut pun tak mati, lepas kahwin...la...la...la...Rasanya pijak gajah pun mati.
Tapi itulah hakikatnya, suami walaupun banyak kecacatan fizikal, kita perlu gali dan korek mana-mana keistimewaan suami, bukan sebab anak sahaja. Ada tuh, cuma kita sahaja tak nampak. Selagi perkahwinan kita aman, suami pun matang, tak tinggal kita terkontang-kontang, selagi tulah perkahwinan kita oklah tu....Suami biasanya kasih sayang ditunjukkan pada material, dalam diam-diam usahakan sesuatu untuk kita. Kalau kita pandai hargai setiap satu pemberian suami, memang akan ditambah lagi dan lagi. Jika kita perlekehkan setiap pemberian diberi, jaga-jagalah nanti.
Rujukan: Majalah Anis