Wednesday, December 24, 2014

"Saya Hanyalah Surirumah"


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


http://www.slideshare.net/mindmantra/housewife-hurdles

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ni saya ingin kupas sedikit tentang sindrom "saya hanyalah seorang surirumahtangga". Saya tahu ramai surirumah yang sangat rendah keyakinan diri termasuklah saya yang menulis ini. Tergerak hati menulis entri tentang ini, selepas saya terjumpa perkongsian daripada Dr Hemantt Mittal tentang situasi surirumah di India. Pernah tonton  cerita english vinglish lakonan Sri Devi, cerita tersebut memang sangat meruntun hati walaupun hanya sekadar lakonan, memang sedikit sebanyak mengambarkan kisah seorang suri rumah tangga.

Dalam kajian Dr Hemantt Mittal, beliau banyak menemui ramai surirumah yang hebat-hebat, namun tersembunyi disebalik status surirumah. Ramai yang merasakan diri mereka merana dan tertekan disebabkan 5 perkara.


  • Kurang penghargaan (Lack of Recognation) 
Jika ditanya surirumah berapa kali keluarga memberikan pujian setiap kerja yang dilakukan, bukan hanya kerana masakan, boleh dikira dengan jari. Penghargaan dan pujianlah adalah ibarat bayaran bagi setiap penat lelah seorang surirumah menguruskan rumahtangga, anak-anak, memasak menguruskan keperluan suami. Adakala, suami tak perasan perkara tersebut dan dianggap remeh bagi si suami. Paling sedih, apabila suami mula membandingkan setiap inci kerja yang dilakukan dengan ibu suami, mungkin pada suami supaya isteri semakin bagus, namun sebenarnya melukakan hati si isteri sedikit sebanyak. Paling terkilan, apabila suami terlalu membandingkan isteri dengan perempuan lain. 

  • Sikap Mertua
Jarang kita lihat mak mertua menganggap menantu seperti anak perempuan mereka. Mertua biasanya terlalu ego, sistem kepercayaan yang memandang rendah pada menantu perempuan terutama yang tak bekerja, kurangnya komunikasi positif menyebabkan berlakunya konflik sepanjang perkahwinan, paling teruk membawa kepada penceraian kerana campur tangan daripada keluarga mertua. Tapi tidak semua mertua begitu, kalau kita perasan apabila kita jadi menantu, kita banyak belajar daripada mak mertua berbanding mak sendiri, mak sendiri kita masih manja lagi. ha..ha..

  • Anak
Tak kira apa pun peringkat sosial, surirumah berterusan dipersalahkan jika:

  1. Melahirkan anak perempuan
  2. Anak tidak mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan 
  3. Perangai anak nakal. 
Pelik...pelik...anak adalah benih yang tercantum antara lelaki dan perempuan, jika dapat anak perempuan bukan sebab perempuan yang bermasalah, segalanya daripada lelaki. Penentuan jantina berdasarkan daripada  sperma gen x atau gen y sudah tentulah daripada lelaki. Benih perempuan hanyalah memiliki satu faktor x ataupun gen x. Jika gen x daripada sperma lelaki bergabung dengan benih perempuan berfaktor x, maka hasilnya xx, jadilah bayi perempuan. Jika yang bergabung dengan ovum , x adalah sperma gen y , maka xy terhasil bayi lelaki. Jadi sebenarnya bukanlah salah perempuan, lelaki yang perlu dipersalahkan. Tak caya ? Saya rujuk daripada artikel ini...benih suami atau isteri yang menentukan. Karenah anak , pencapaian anak adalah tanggungjawab bapa juga, jika si bapa tak menunaikan tanggungjawab mendidik anak, sambil lewa, anak akan jadi nakal , walaupun si ibu cuba mendidik sebaik mungkin. Lesen besar si bapa dah beri macam mana anak tak nakal. 
  • Sindrom Saya hanyalah Surirumah
Status sebagai surirumah adalah pembunuh terbesar bagi motivasi  untuk mencipta identiti untuk berdikari pada diri seorang surirumah. Dr Hemantt Mittal, berkata beliau menjumpai ramai surirumah yang berpotensi tinggi menjadi hebat tapi tersembunyi di sebalik identiti seorang surirumah. Saya tambah di sini, biasanya apabila kita jadi surirumah kita rasakan kita terlalu teruk, terutama apabila kewangan meruncing, kita rasakan tak mampu membuat suami, malah menyusahkan suami yang terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Kebanyakkan surirumah mempunyai banyak idea untuk menambah perbelanjaan keluarga. Malangnya suami tidak mengizinkan bimbangkan anak tak terjaga. 

  • Keinginan
Kebiasaanya, tugas surirumah yang paling utama, adalah memastikan kebahagian suami, kemudian kebahagiaan anak. Kita lihat surirumah terpaksa mengorbankan badan yang cantik untuk melahirkan anak-anak yang sihat sebagai zuriat buat suami. Badan makin mengeleber, kembang sudah tak secantik dahulu. Manakala, tugas surirumah yang kedua, untuk kebahagian dan keperluan anak-anak. Ramai surirumah yang serabai di rumah, ramai yang bertanya kenapa? Ini jawapannya, kalau ke tandas pun anak melalak, inikan bersolek lagilah sukar. Kebiasaanya, keperluan malah, keingininan diutamakan terlebih dahulu berbanding diri sendiri. Kemudian, pada masa yang sama surirumah perlu memastikan keseimbangan pada keluarga dan sosial. Statusnya surirumah kenapa berat sungguh tugasnya? Sepanjang perjalanan hidup  pernahkah ditanya keinginan seorang surirumah? 

Adakala, drama banyak memaparkan cerita-cerita yang tak sesuai ditontonkan, terutama drama percintaan, keganasan, paling teruk cerita hantu. Maka, banyaklah hantu-hantu yang berkeliaran malahan lebih menakutkan daripada drama yang ditonton. Mat-mat jiwang yang pandai berkata-kata, kalah dialog hero kacak dalam filem. Namun, saya suka sungguh cerita English Vinglish, walaupun lakonan sahaja, menggambarkan sedikit sebanyak cerita sebenar kisah duka surirumah. Salah satu kata-kata Sri Devi pada babak terakhir yang paling saya suka:.

"This mariage is beautiful thing. It is the most spesial friendship, friendship of two people who are equal. Life is a long journey. Meera sometimes you will feel you are less. Kevin you will also feel lees than Meera. Try to help each other, to feel equal. It will be nice. Sometimes married couple don't even know, how the other is feeling. So, how they will help each other? It means marriage is finished? No. That is the time you have to help yourself. Nobody can help you better than you. If you do that, you will return back feeling equal. your friendship will return back. Your life will be beautiful. "

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah. Satu persahabatan yang istimewa antara 2 insan yang sepadan. Hidup merupakan perjalanan hidup yang panjang. Adakala anda  akan terasa rendah diri dengan pasangan. Adakala, pasangan anda juga akan merasa rendah diri dengan anda. Anda perlu menolong antara satu sama lain untuk rasa yakin diri, rasa setaraf antara satu sama lain. Ia akan jadi baik . Adakala, pasangan berkahwin tak tahu apa yang difikirkan pasangannya. Jadi bagaimana, mereka menolong antara satu sama lain? Adakah perkahwinan sudah berakhir? Tidak. Inilah masanya anda perlu menolong diri anda sendiri. Tiada siapa yang boleh menolong selain diri sendiri, Jika kita lakukan itu, kita akan rasa setaraf kembali, perhubungan dalam perkahwinan anda akan kembali baik semula. Hidup akan menjadi indah semula."

Apabila kita menjadi surirumah, kita rasa terkongkong, terasa diabaikan, terasa dianiaya dan tak dihargai. Kenapa? Kerana kita tak ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan, kita terlalu mengejar pujian daripada orang lain. Kita terlalu mengharapkan suami menolong kita. Tiada pujian, kita tertekan. Kita terlalu merendahkan diri kita, menyakitkan diri kita, kita membenarkan kata-kata penghinaan yang ditujukan pada kita. Kerana apa? Kita hanya surirumah? Cuba renungkan sejenak, kita ini hebat lebih daripada orang lain. Kita lakukan pelbagai perkara dalam satu hari, pengasuh anak-anak, pendidik anak-anak, membersihkan rumah. Kita sedang membina dan mengasuh anak-anak kita menjadi terrbaik, supaya anak-anak kita menjadi terbaik di dunia dan akhirat. Kita mampu memeluk anak-anak kita setiap hari, memberi makan kepada mereka, memastikan mereka makan dan tidur yang cukup. Jangan ingat ini perkara yang mudah. Kalau suruh bapak budak jaga anak satu hari pun boleh nangis, inikan orang gaji dengan pengasuh. Berhentikan kata-kata negatif pada diri, perbanyakkan ilmu psikologi tentang anak-anak dan juga suami. Ini zaman dunia tanpa sempadan, ilmu mudah didapati melalui internet sahaja. Rebut peluang ini untuk memantapkan diri kita dari hari ke hari. Sudah-sudahlah mengeluh dari hari ke hari, fikirkan apa yang kita mampu lakukan walaupun hanya di rumah sejajar dengan teknologi yang makin moden. Pemasaran percuma yang kita perlu manfaatkan, bayarannya hanya fokus sahaja setiap hari berserta tentulah internet ya saudari.

Jika berminat boleh dapatkan Pakej mampu milik, untuk belajar blog bagi menjana pendapatan dari rumah. tak payah susah-susah tinggalkan anak. Mengadap komputer selang seli dengan rutin anak-anak. Mula-mula susah lama-lama dah biasa nanti makin ok. Ok nanti saya mengomel lagi...he...he