Sunday, September 7, 2014

Kenapa perlu guna nama sebenar, Buat Blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kenapa Perlu Gunakan Nama Sebenar Untuk membina blog.
Bukan untuk giler glemour. Ia bertujuan untuk BRANDING, dalam bisnes sangat penting branding. Untuk dapatkan kepercayaan dan membina kredibiliti bisnes kita.

Bila kita gunakan nama samaran seperti cintahatishoppe atau anys idayu zakaria. Mana satu yang lebih nampak meyakinkan dan profesional? Bila bisnes online, kepercayaan tu penting, sebab kita melakukan proses transaksi wang secara online sahaja. Kalau takder kepercayaan, tak mungkin strangers sanggup transfer duit dalam nilai yang banyak untuk beli sesuatu produk dari kita.

Cuba kita lihat Internet Marketer, penceramah, pakar motivasi terkenal, semua mereka menggunakan nama sendiri di website/blog. Inilah tujuannya untuk branding bisnes dan membina kepercayaan pelanggan dan bakal pelanggan.

Bagi yang baru hendak bermula, pasti masih belum cukup budget untuk mengeluarkan modal membuat kad bisnes yang nampak menarik dan eksklusif. Sebenarnya ada satu cara untuk kita mula sebarkan kad bisnes kita ini secara percuma sahaja.

Kad bisnes ini percuma sahaja, iaitu melalui asas email, blog dan google. Tulis yang baik-baik dan sebarkan. Tulis dengan integreti, bukan menciplak. Sebar yang bermanfaat. Jadikan tiga asas sahaja, menjadikan google, blog sebagai kad bisnes yang bertebaran secara online

8 analisa asas sebelum mengenalpasti mana yang sesuai untuk letak tapak carian kad bisnes atau nama kita. Jangan letak yang pelik-pelik, mulakan dengan nama kita. Contoh, biasanya kalau orang mahu memanjangkan silaturrahim dengan saya, minta kad bisnes. Saya katakan tulis sahaja pada carian google, Anysidayuzakaria . Cuba kalian buat.

Inilah salah satu asas yang diajar dalam kelas asas blog dan fan page mula bisnes. Ia sangat asas, nampak macam mudah tetapi ia sangat berkesan.
(Sumber: Ebook asas blog dan penulisan.)

Blog adalah medium percuma yang sangat sesuai untuk mula memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan. Mula sebarkan kad bisnes percuma kita hanya atas talian sahaja. Mula bina penjenamaan diri dan bisnes melalui penulisan di blog. 

Jadi kesimpulannya, belajar Asas Blog dahulu, dari situ dapat membantu kita untuk terus melekat dalam 'google search' dan nama serta produk kita berada di carta carian goggle.

Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi mereka yang sudah sedia. Hubungi saya dalilayusof untuk pendaftaran