Monday, August 25, 2014

Tip supaya menulis blog dengan fokus

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Antara tip untuk kita menulis dengan lebih fokus ialah :

Kuasai penulisan berkaitan dengan tajuk blog kita. Usah hilang fokus.
Sesekali boleh tulis hal-hal lain sebagai tambahahan untuk lebih santai. Sebab itu kita ada label pengalaman, catatan harian untuk diselang-selikan dengan 3 label yang lain berkaitan dengan tajuk kita.

Entri untuk 3 label lagi perlu selalu dimuatkan dalam blog.
Kongsikan tips yang mudah-mudah. Kita mungkin rasa orang lain dah tahu tetapi jangan terkejut sebenarnya masih ramai lagi yang tak tahu benda yang kita sangka remeh-temeh.
Bila kita ada lagi info tambah lagi info dari semasa ke semasa. Pembaca yang dahagakan ilmu akan buka blog kita setiap hari untuk dapatkan info/panduan terbaru. Lama kelamaan blog kita dipenuhi informasi, pembaca juga akan datang dan datang lagi.

Mereka akan rasa kecewa apabila tiada lagi info baru dari kita. Setidak-tidaknya jika ada catatan harian, dapat juga mengubat hati pembaca bila mereka membaca.

Jangan biarkan tetamu datang ke rumah dan balik dengan perasaan hampa.

Mengapa pentingnya fokus blog, ia menjadikan blog kita ada arah tuju dengan pengisan utama, berdasarkan kepakaran, minat dan kemahiran sedia ada. Ini semua sudah ada dalam jawapan analisa kita dan sudah diberi 5 label untuk kembangkan catitan di blog.

Dalam penulisan blog, memilih tajuk blog yang spesific atau khusus sangat digalakkan untuk kita fokus menulis. Jika tajuk utama blog adalah umum, biasanya momentum untuk berkongsi di blog selalu berubah-ubah, hingga tidak tahu menulis.

Mahu belajar bagaimana menulis dengan lebih fokus, sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah.

Antara yang dipelajari dalam kelas asas blog penulisan ialah :
a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.

c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.

h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Mahu dan daftar ke kelas online blog, boleh hubungi saya

Berminat sertai Akademi Bekerja dari Rumah? tempah segera di borang tempahan kelas online


atau hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof