Tuesday, August 26, 2014

Tips Jahit Kain Lycra

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Di sini saya cuba kongsikan tip serba-sedikit yang saya tahu tentang jahit menggunakan kain lycra..kain yang agak memeri. Tetapi sedap di pakai. Kalau kena pada tukang jahitnya..serta gayanya. In shaa Allah..menutup aurat serta tidak menampakkan bentuk badan. Malah yang pasti tidak perlu `iron`. Mesti ramai yang suka bab tidak perlu `iron` termasuk saya. Bila sudah ada anak, bab `iron` menjadi remeh pada saya. Jadi saya kongsikan tip ini pada anda.

Kain lycra ni sebenarnya ada banyak jenis. Ini melibatkan kualiti serta nipis @ tebal kain lycra. Saya lebih suka lycra denim. Ini kerana tekstur kain lebih tebal. Ini contoh kain lycra denim simpanan saya. Ada juga kain lycra biasa (kosong @ bercorak) tetapi tebal. Bagi saya adalah lebih afdal merasa sendiri tekstur kain lycra. Baru puas hati.

Untuk menjahit kain lycra saya menggunakan tapak plastik (teflon). Sebab mesin saya jika menggunakan tapak biasa jahitan akan melompat-lompat. Tetapi saya sememangnya hanya menggunakan jarum Brand Schmetz sahaja. Tidak kira kain apa-ape pun termasuk lain lace langsir @ kain cotton. Ini atas nasihat `technician` mesin jahit saya. Untuk lycra saya mengguna kain jarum No 13. Untuk mesin Brand Brother saya guna kod DB.

Manakala untuk setting jarak jahitan saya masih kekal 2.5 @ 3 sahaja. Benang pun saya hanya menggunakan benang2 biasa yg ada di pasaran. Untuk memotong kain lycra adalah `DI LARANG` menarik kain semasa pin @ mengunting kain.
http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/2014/08/tip-menjahit-kain-lycra.html



berkenalan dengan penulis blog, Kasih Eliz
kelas blog mula bisnes
Pendaftaran kelas online blog dibuka stiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia


Mahu dan daftar ke kelas online blog, boleh hubungi saya
Berminat sertai Akademi Bekerja dari Rumah? tempah segera di borang tempahan kelas online



atau hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof