Thursday, August 21, 2014

Perangkap Kad Kredit Entri daripada Norzalina Hamzah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Perangkap kad kredit
1) "Beli je Dulu, Nanti Bayar"
Berbelanja tanpa mengeluarkan wang menjadikan kita berasa cukup selesa. Ia membuka jalan untuk berbelanja lebih dari yang mampu. Pertama, tidak perlu semak berapa wang yang kita ada dan kedua, tidak perlu beratur untuk keluarkan wang di mesin ATM. Awas! Ini langkah pertama masuk perangkap kad kredit.


2) "Bayar bayaran minimum je, masih boleh guna kad sebab belum reach limit"
Bila sudah berbelanja lebih dari kemampuan, hanya buat bayaran minimum sahaja. Interest 18% bukan sedikit, apatah lagi jika jumlah penggunannya besar. Alasannya kad masih boleh digunakan dan had limit kredit masih banyak. Baeri alasan kepada diri sendiri untuk berbelanja lagi.


3) "Bukan apa, tak perlu ke kaunter kalau nak isi minyak..."
Masa tiada kad kredit dahulu, boleh sahaja berjalan dari kereta ke kaunter. Buat bayaran dan isi minyak. Kini bila ada kad kredit, buat alasan tidak mahu ke kaunter lagi. Bila guna tunai, boleh semak berapa banyak kali sudah mengisi minyak bulan ini, boleh kawal dan atur perjalanan.


4) "Ada 16 hari nak bayar balik sebelum kena interest"
Bagi yang makan gaji seperti saya, mencabar untuk bayar balik penggunaan kad kredit dalam 16 hari. Gaji sebulan sekali. Jika berbelanja pertengahan bulan, masih boleh lagi bayar hujung bulan. Tetapi jika berbelanja awal bulan, jawabnya tidak berbayar kad kredit dalam 16 hari kerana menantikan duit gaji untuk membayarnya. Hanya selepas 16 hari, caj akan mula dikenakan oleh pihak bank.


5) "Nanti nak beli tiket Air Asia online mcmana"
Saya sendiri mencipta alasan untuk mengekalkan keputusan memiliki kad kredit kerana urusan pembelian online. Pembelian online memang lebih mudah dan pantas. Tetapi jangan lupa membayar semula kerana ada di antara kita tidak pun menyemak penyata kad kredit, sekadar menyelak penyata untuk mengetahui bayaran minimum sahaja.


6) "Kumpul mata ganjaran dan dapat hadiah"
Ini pun menarik juga. Bagi setiap wang yang dibelanjakan, dapat satu atau lebih mata ganjaran. Kumpul dan kumpul mata ganjaran, boleh tukar kepada hadiah. Seolah-olah dapat hadiah percuma kerana tidak perlu keluarkan wang untuk dapat barang tersebut.

Sebolehnya buat bayaran tunai, berbelanja dengan wang tunai. Hanya beli jika mampu. Dengan berbelanja tunai, kita tahu berapa banyak wang yang telah digunakan dan berapa lagi yang tinggal. Guna kad kredit sebagai kemudahan untuk tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sahaja. Ketika kad kredit menjadi satu kemudahan, jangan lupa bayar semula dalam tempoh 16 hari untuk elakkan sebarang caj dikenakan. Rancang waktu berbelanja. Bayar semuanya sekali jumlah yang telah digunakan, elakkan buat bayaran minimum. Ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Untuk kawalan, anda boleh elakkan dari membawa kad kredit bersama anda sepanjang masa. Tinggalkan dan simpan di tempat yang selamat seperti di rumah. Atau jika mahu, anda boleh juga potong kad kredit tersebut. Denga ini, ia tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang pembelian diluar tetapi masih aktif terhad untuk pembelian online sahaja. Jika anda tidak boleh kawal diri dan urus penggunaan kad kredit dengan baik, saya sarankan batalkan sahaja kad kredit tersebut. Percayalah, urusan pembatalan akan menjadi sukar kerana pihak bank seboleh-bolehnya mahu anda terus menggunakannya lagi. Anda akan diberi pelbagai tawaran dan ketika inilah anda perlu bertegas.

Sebagai alternatif, kita boleh beralih kepada penggunaan kad debit. Caranya hampir sama cuma apa yang kita belanjakan adalah menggunakan wang kita sendiri.

Berkenalan dengan penulis: Norzalina Hamzah.
Singgah di blog:)
.http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/08/bagaimana-kad-kredit-memerangkap-kita.html
Kelas asas blog dan penulisan
Guru online: Aishah Hussein


Berminat sertai Akademi Bekerja dari Rumah? tempah segera di borang tempahan kelas online


atau hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof