Monday, March 6, 2017

Si kakak banyak songeh

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim...


Assalamualaikum, hari ini nak bercerita tentang si kakak yang banyak songeh bab makanan ni. Ceritanya tentang donut yang di minta oleh si kakak. Saya bangun pagi-pagi, semata-mata nak buat donut. Dah siap donutnya saya tabur sahaja gula "icing" bukan coklat seperti yang dipinta.

Apabila dia pulang dari sekolah, donut tersebut masih ada tak terusik langsung. Sanggup tahan lapar, sebab tak makan donut. Saya langsung tak bagi dia duit belanja supaya dia makan bekalnya.

"Kakak kenapa tak makan donut yang ibu buat" saya bertanya pinta penjelasan.

"Kakak nak donut coklat. Kat kantin sekolah ada jual donut letak "sprinkle". Si Sara cuba membela diri.

Petang itu, ibu buat juga donut coklat tanpa "sprinkle. Almaklumlah, kalau nak membeli "sprinkle" terpaksa ke pasaraya, kedai runcit tak jual sprinkle minkle ni. Balik dari sekolah baru dia cuba habiskan seketul donut. Konon-konon nak jaga hati ibunya.

Waktu yang paling mencabar, anak sudah pandai membandingkan masakan ibu dengan masakan kantin sekolah. Tiba-tiba rasa murung sebentar, penatnya masak anak pandai mengomel sahaja.