Sunday, March 5, 2017

Seronok ke sekolah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, hari ini saya berkongsi keletah anak ke tadika. Sudah lebih 2 bulan Kina ke tadika. Nampaknya sudah seronok belajar, cuma masih takut-takut untuk bersuara diam tiada langsung kedengaran bunyi suara.


"Ibu, cepatlah nanti semua kawan dah balik. " gesa Kina apabila lambat menghantar dia ke sekolah. 

Kalau dibandingkan 2 minggu pertama bulan januari,  menghantar ke tadika. Mukanya masam kelat, meraung dan melompat. Ada sekali, cikgu sampai main kejar-kejar nak tangkap Si Kina masuk dalam kelas. 

Sekarang dia masuk sendiri ke kelas, nasib baik kawan-kawannya juga banyak bercakap dengan dia. Hampir setiap minggu jugalah, ada jamuan hari jadi di tadika. Perkara ini, banyak juga membantu Si Kina seronok ke tadika. Cabaran sungguh apabila mahu mengajar anak sesuatu benda baru dan memasuki alam persekolahan. Tapi apabila sudah berjaya rasa lega dan gembira di hati. Ibu boleh fikir projek lain pula selepas ini.